Wednesday, June 29, 2011

Melatah? Jangan laa kacau diorang.

Assalamualaikum dan salam senyuman dari Siti. :)


Wokeyh. Latah? Korang tau tak latah tu apa? Kalau tak tahu, pergi cari kat Mr Google tu, apa itu latah. Hehe Tadi aku tengok TV. Rancangan 360. Eh. 360 tak silap aku. Aku pun tak ingat. Ye lah. Dah lama tak tengok tv. Selama duduk kat UiTM tu mana ada aku tengok tv. 

So, LATAH. Korang rasa korang seronok tak tengok orang melatah? Tak?? Jangan tipu. Aku tau, kalau korang tengok orang latah, sure korang akan gelak dengan keletah diorang kan? Aku cakap macam tu sebab aku pun macam tu. Ketawa bila tengok orang melatah. Lagi aku kacau ada lah. Hehe. 

Tapi. Korang perasan tak, kebanyakan orang yang melatah ni sebab sebelum ni diorang kacau orang yang melatah. Diorang kacau. Kacau. Kacau. Last2 diorang pulak yang termelatah dengan sendiri nya. Haa.. Bahaya kan?



Aku berani cakap ni atas pengalaman dan dari apa yang aku lihat. Contoh adalah saudara terdekat aku. Adik aku sendiri. Yup. Before ni dia tak pernah langsung ada penyakit latah. Tapi sebab dia selalu kacau kawan dia latah. Nah! Dia pulak melatah. Bukannya sikit. Tapi teruk tau.! Sampai boleh pukul-pukul lagi tau. Kalau duk sebelah dia and kacau dia. Dush2 lah jawabnya! Haha Tapi. Tu dulu. Lepas kena marah dengan mak and ayah. Aku tak kacau adik aku melatah dah. Aku cakap ngan kawan2 aku, jangan kacau dia sangat. Sebab makin menjadi2. Hehe. So, lepas dah lamaaaaaaa tu, alhamdulillah, dia dah tak melatah dah. Betul ni. Tak tipu. Hehe

So. Apa yang aku boleh cakap pasal latah ni. JANGAN KACAU diorang. Aku kesian tau tengok diorang. Ingat tak penat ke? Bila korang selalu kacau orang latah ni, mungkin ia akan jadi jugak kat korang. Serius! Aku kesian gile bile aku tengok Ida moin dengan Noor Khiriah tadi. Diorang melatah. Sebab.. Ada orang kacau diorang. Please lah. Kesiankan diorang. Diorang yang melatah ni. 

LAstly. Latah itu bahaya! 

7 comments:

myra yusreena said...

opocot mak kau meletup! HAHA

cik aisha said...

tak sampai ati pun nak kacau...tp org suka jadikan tu sbg hiburan...xptt2

a!n n!a said...

betol2..
kaco kaco2 lagi owg yg melatah/
lg melarat2 de la..
cian diowng...

Bro ahmad said...

orang melatah jangan main2 kena dia pegang pisau ke benda tajam..ko sergah cari nahas tu..ada yang melatah carut hihihi XD suka usik..
missabrinaa pun kuat melatah yek..

Siti Suriani said...

hahaha,, bro. sy x melatah okay. alhamdulillah. :)

akutetapaku.com said...

bahaya kat kita la klu diorg telatah..silap2 kena kick jer kita,nk mrh tak blh kn..

Siti Suriani said...

haha. dah pernah kena dah ngan org latah. kite kejutkan kite, xpasal2 dy tolak blik kepala kite. kuang asam tul .. =.='