Tuesday, June 14, 2011

PENGHARAPAN



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawaKEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMUMENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

 ...................................................................

sumber : artikel iluvislam.com

8 comments:

Andrik McVean said...

hi there..i have just followed your blog and i hope you can follow me back :-)

CintaZulaikha said...

sgt indah kata2nya...

Siti Suriani said...

sangat bermakna kata2 ni.. org yg memahami je yg akn faham.. :)

rara pinkmafia said...

sedihnya baca.tersentuh hati rara.betul tu.kalau dh syg tu.syg lah.jgn lah ditinggal2 kan lagi.sama macm kes ikan tu.

Siti Suriani said...

hurm..jgn bgi harapan kalo tak boleh nk tunaikan.. perempuan yg sakit masalahnya.kn?

sebab perempuan dan lelaki tak sama.

►AdamXis◄ said...

Assalam...kesimpulannya mengharap pada yang tak sudi...pedih sekali hati...chewah

Entri Terbaru : ►Sinetron : Para Pencari Tuhan Jilid 4

Siti Suriani said...

w'salam.. yup2..lebih baik kalo berterus terang.. :)

Ummu Ukasyah said...

Assalammualaikum.. jom join contest ni..

http://personatrading.blogspot.com/2011/05/persona-trading-my-first-contest.html