Wednesday, July 27, 2011

#7 Wordless Wednesday : UiSF 6th 2011







UiTM International Sport Fiesta 2011
I was a Liaison Officer for Institut Teknologi Bandung, Indonesia.

Monday, July 18, 2011

Seminggu~

Assalamualaikum semua. Dah tido lom semua2 ni? Bangun2 semua. Haha




Hurm. Esok dah 18 hb. Eh. Esok ke? Hari ni lah kan 18 hb? Lepas tu 19 hb pulak kan. Sekejap je kan dah 19 hb. Mungkin dalam masa seminggu ni aku berehat dari blogging ni kot. Kot laa kan. Ini semua mungkin ok.



Alkisahnya, kawan aku ada ajak aku jadi budak baik. Jadi sukarelawan. Baik la kan? haha Aku sebenarnya tak tahu pun apa aku kena buat. Kena jadi apa. Tak tau apa-apa pun. Yang aku tau, just bawak baju aku, daftar dekat UiTM Shah Alam. Tidur sana untuk seminggu and jadi la apa yang aku patut jadi nanti. Haha



Kawan ni just bagitau jadi sukarelawan  untuk jaga budak sukan ke apa entah. Honestly, memang aku tak tau apa aku kena buat. Haha. Tapi okay la. Ada jugak aktiviti sikit kan. Makan bagi. Tempat tidur bagi. Elaun pun bagi! Lagi satu. Bertambah sikit kawan-kawan aku. Kan.Kan.Kan. =p 



So, aku harap semua berjalan dengan lancar. Dan yang penting. BERGUMBIRA okeyhsss.. ! 



Okay lah. Goodnite yerp semua. Jumpa lagi. 



P/S : Actually aku mengharapkan sesuatu tau. Tapi aku tahu ianya tak mungkin berlaku. Err. Masa makin berjalan. 24 jam dari sekarang..! Semoga mimpi ini menjadi kenyataan! 


:):):)
Nak ajak someone. Tapi. Biar lah. Huhu

Friday, July 15, 2011

Kena jawab soalan

Assalamualaikum semua yer. Harap korang sihat-sihat belaka lah yerp.. :)

Miss Iezza dah tag aku suruh jawab soalan-soalan dy. Haha. So, tengok lah jawapan aku. :p


Tag By :: Miss Iezza Comel

Soalan 1 :: Nama Betul
Siti Suriani


Soalan 2: Nama Palsu
.mS.


Soalan 3 :: Hobi
mengorat rabbits kat rumah.


Soalan 4 :: Cita-cita
nak jadi big bOss.
Soalan 5 :: Suka makan
apa-apa yang boleh dimakan. kecuali petai!


Soalan 6 :: Suka minum
air laici and soya. nyum2


Soalan 7 :: Single or double
triple triple triple


Soalan 8 :: Berat
penimbang kat kedai TF 49 kg.
penimbang kene bayar 20sen kat kedai TS 51 kg.
kat klinik pun 49 kg.
tak tau yang mana betul.haha


Soalan 9 :: Lelaki / perempuan disukai
ayah ngan mak.hehe


Soalan 10 :: Perkataan disukai
sekeh nak ? ke nak kene cubit ?haha

Soalan 11 :: Binatang kesayangan
suke kucing yang comell..
tapi kat rumah ada rabbits yang comel jugak..


Soalan 12 :: Adakah anda sedang sukakan seseorang ?
spe??
Suke Asyraf Muslim ngan Shaheizy Sam ngan Aaron Aziz


Soalan 13 :: Suka duduk kat kampung ke bandar ?
kampung yang aman dan damai. hehe


Soalan 14 :: Nak kawen umur brape ?
24. kalo ade orang nak lah. hahaha


Soalan 15 :: Nak letak nama anak ape ?
macam nama blog ni. hak3


Soalan 16 :: Kalau suka cakap suka
suka. suka tengok bunga api . boomm..haha


Soalan 17 :: Anda stalker 
dulu la. sekarang dah pencen.


Soalan 18 :: Kata-kata semangat diri
bawak besaborr siti..


Soalan 19 :: Tempat paling diminati 
rumah ku. syurgaku. hak3


Soalan 20 :: Suka lagu dan sebab
lagu-lagu jiwang. sebab sedap.haha


Soalan 21 :: Tak tau
tak tau apa akan jadik esok. heh2.


Soalan 22 :: tak suka pergi
kelas akaun


Soalan 23 :: Sangat suka makan
masakan yang mak aku masak laa.


Soalan 24 :: Suka baby ?
mestilaa suka. kalo ade baby sendiri lagi suka. hihihi 


Soalan 25 :: Anak manja ?
manja la sikit-sikit dengan mak. hik3




Dah. Ni just suka-suka jer tau. 
:):):)

Thursday, July 14, 2011

#1 Spontaneous Thursday : Handphone

Assalamualaikum.




Siapa yang tiada handphone? Tak akan ada yang tiada. Kerana semua nya ada. Ianya bukan lagi menunjukkan kemewahan. Ia hanya lah satu keperluan. Keperluan yang penting untuk berhubung. Sekian.



Dah beberapa hari, baru hari ni baru aku cas phone. Betapa 'penting' nyer phone bagi aku sekarang. Sampai kesian phone tu pun duduk sorang2 dalam bilik. Hahahaha.



Nak buat camne. Aku bukan artis. Aku bukan model. Aku bukan pelakon. Aku bukan pengarah filem. Aku juga bukan big bos yang orang nak cari-cari. Aku hanya insan biasa. Gadis yang low profile. Chewahh..



Nah. nak spontan sangat yerp. At least aku dah cuba try test eh.. hehe

:):):)

Aku sangat kuat.

Assalamualaikum dan selamat pagi yer.. :)



Aku sangat kuat? Cess. Kuat laa sangat. Sampai sakit-sakit belakang aku ni ha. Hoho. Malam tadi aku kemas bilik tidur. Err. Kasi ubah posisi pulak. Ni konon nak tunjuk rajin lah erk ? Haha Sakit belakang sebab alih katil lah kot. Erk. =.='



Okay laa. Ni aku nak kasi tunjuk. Ni sumer keje time aku tengah bosan yer malam tadi.. haha


Sebelum


Yang hijau tu meja solek.
Yang oren tu meja study.
Yang purple tu almari.
Yang biru tu pintu. 
Yang merah and panjang tu tempat sangkut telekung or apa2 lah.hoho



 Selepas

Aku dah alihkan almari dan jugak katil. Pergh. Caya lah aku boleh buat sorang2! 
*Tipu jer. Aku mintak tolong mak jugak..hehe*



Meja ni kasi bawak keluar. Memenuhkan bilik aku jerr.. 



So, dah siap! Penat tau!
:):):)

Wednesday, July 13, 2011

#6 Wordless Wednesday : Playing with my fluffy rabbits

Assalamualaikum.. :)



Diorang tengah berbincang-bincang.^___^


Rabbit pun tau minum milo erk. hehe. :)

Tuesday, July 12, 2011

Cermin mata ku~

Assalamualaikum semua.. :)



Wah.. Hari ni aku beli cermin mata baru! Itu pun mau cerita ka ? haha Okay. Survey. Punyer survey. Punyer survey. Lastly dapat jugak beli. Kaler dia, kaler HITAM + ORANGE. Comel kan? hik3. (gedix!)



Okay. Alkisah mula-mula aku beli tu kan. Kedai pertama aku pergi tu, okay la. Dia kasi aku Baek punyer layanan. Tapi aku tak berminat. Mahal and tak cantik pulak tu. Hak2. Demand! Ceh!



Then. Aku agak geram dengan Kedai yang kedua. Giler la. First time aku pergi kedai cermin mata yang macam tu. Kalau korang pergi kan. Dah laa tak ade harga kat cermin mata tu. So, tak tau laa macam mana nak decide kan? Dia just cakap.

Aku : Ini berapa harga?
Tokeh : You pillih jer mana-mana yang you suka. Nanti saya decide harga. Kita tengok lah macamana nanti. 
Aku : Apa beza semua bingkai ni? Sama je ? Laen kedai saya tengok ada harga maa..? Ini semua tak ade.
Tokeh : Itu saya kasi tau, You pilih saja mana you suka. Nanti saya kasi tau harga lah. Kita tengok itu cermin saja laa mau beza mahal atau murah. 
Aku : Erk. Macam tu pulak? First time saya tengok kedai macam ni lorh.
Tokeh : ( Pandang aku, tak serve dengan baek sekali! Ergh!) You try laa mana you suka. Pilih pun susah ka.



Aku pun try laa 2 3 cermin. Then aku memang tak selesa giler duk situ. Dah la gelap. Apa punya kedai dah ini macam. Aishh.. =.='



Aku : Mak, jom lah. Kita survey tempat laen pulak. Okay lah tokey. Lain kali saya datang lagi lah. 



Apa punya kedai daa. Dah laa tak layan aku. Nak tanya pun, apa pun tak tau.



Pastu aku pun pergi kat kedai ketiga. Haa. Aku datang-datang jer, tokey dia datang. Baik giler. Okay. Lebih baek dari yang tempat aku pergi tadi. Heh2.Taukeh cina tu pun hensem. Lalalaala~



Aku : Ini pattern je ke ada?
Tokeh : Tak de lah. Ini ada banyak lagi. Ini baru sampai ma. You try dulu laa. Okay. You try yang ni. 
Aku : Haa. Cantik jugak. Keh2. Alaa.. Tak tau la nak pilih yang mana ni. Banyak sangat. Kui3.
Tokeh : Haa. You try yang ni lah. Nice what. Sesuai dengan you.
Hahaha. Dia kata aku nice. Erk. No lah. Dia kata spek aku nice. Hahaha. Okay. Aku terperasan sekejap. 
Aku : Mak. Ni okay ke ?
Mak : Okay je. Mana-mana pun sama jer.



Aku cuba yang lain-lain jugak. Lastly, kesian lak tengok tokey tu tunggu and layan aku kan. So, aku decide pilih kaler HITAM + ORANGE. Yang macam tokey tu suggest kan. Hehe.



Lepas semua tu. Sejam lepas tu baru aku pergi ambil spek mata aku. Yang lama dah boleh simpan. Then, the way diorang serve aku, memang beza giler dengan yang second tadi. Entah apa-apa je kan. Patut la tak de orang datang. Huhuhu



So, pengajaran yang aku dapat hari ni, kalau dah berniaga tu, tolong la jaga customer baek-baek. Sebab sekali customer dah tak suka, sampai bila-bila pun dia takkan datang lagi. Tapi kalau sekali customer tu dah suka, satu hari nanti pasti dia akan datang lagi. 



You all should be a good customer service! 


:):):)

Nasib baik lah pakcik~

Assalamualaikum semua.

Woot woot! Lama sudaaa tak tulis blog. Idea tak de lak bila duduk2 kat rumah ni. Haha



By the way. Ada la seorang pak cik ni. Dia tanye lah aku belajar lagi ke tak. So. Of coz laa aku kata aku belajar lagi. And aku tengah cuti semester sekarang. Macam-macam dia tanya aku. Dulu SPM dapat berapa A. Belajar kat U mana. Belajar dah sampai mana dah. Bla. bla.bla. 



Then. Aku jawab la semua soalan dia. Tetiba jer dia cakap. UiTM ni universiti paling bawah sekali. Bila orang tak dapat masuk u, baru dia bagi budak-budak masuk UiTM. What the fish ? Erghh. banyak kali kot tamya aku SPM dapat berapa. Dia ingat budak yang masuk UiTM tu takde A kat SPM ke apa? Geram tau. 



Tak kisah lah aku U apa pun. Agak-agak la kan. Aku tau la. Aku tak pandai macam orang lain. Tapi at least SPM aku dapat la jugak 5A even UiTM pun. Adik aku pun even 6A je pun. Dapat gak UiTM. So, nak kira paling bawah jugak ke ? Sakit woo hati. Dah 4 tahun aku belajar. Ni first time ade orang cakap depan2 cakap macam. Menusuk sehingga ke hujung kalbu gitu noo.. 



Dah rezeki aku dekat sini. nak buat cane kan? Waa.. geram dengan pak cik tu. =.='



Nasib baik aku sabar. Huhuhu~ Kalau tak. Dah lawan dah. Haha. 



Apa pun. Tak kira lah kat mana kita belajar pun, jangan lah nak cakap menda2 macam tu kan. Jaga kata-kata tu. tak baik lah pak cik ni. 



Saya sayang sekolah saya. Universiti saya. UiTM dihatiku. hehe 

Sunday, July 10, 2011

Sepintas lalu~

Sepintas lalu untuk malam ni.


Dapur 

Mak : Eh. kawan kau tak de kirim salam dengan mak pulak ek sekarang.? Senyap je.
Aku : Kawan mana pulak mak ni.
Mak : Ala. Yang selalu kirim salam tu la.
Aku : Oo.. Entah laa mak. Tak tau laa.. (aku jawab endah tak endah) Nak take2 shower jap eh mak. 



Tengok tv 

Mak : Kau dengan kawan ko tu apa cerita?
Aku : Kawan mana ?
Mak : Kawan akak tu la. Yang selalu kirim salam kat mak tu.
Aku : Owh. Entah la mak.
Mak : Kalau tak, selalu je kan.
Aku : Akak pun tak tau mak.
Mak : Dia buat apa sekarang?
Aku : Akak tak tau la mak.
Mak : Dia keje ke sekarang ? Dia buat apa ?
Aku : Itu pun akak pun tak tau mak. Duk rumah je la kot. (aku gelak sikit)
Mak : Laa. Dulu bukan dia selalu kol2 kau tu ke ?
Aku : Bila masa pulak ni mak. Mana ada la.
Mak : Entah. Kol ke mesej pun mak tak tau lah.
Aku : Haha. Mak ni. Rindu dia ke apa?
Mak : Takde la. Dulu asyik2 kau cakap kat mak. Sekarang ni senyap je. Korang gaduh ke ? Haa..Kau pukul2 dia  ke ape? (mak gelak2)
Aku : Haha. Mak ni. Mana ade la. Eh mak. Dah la mak. Kita tengok tv jom. Meh akak cabut uban mak ek. Hehe
Mak : Haa. Bagus2. Cepat cabut.



Iklan TV Selang sejam.

Mak : Korang gaduh ke ni? Haa.(mak tanya lagi)
Aku : Haha. Mana ada la mak. Mak ni asyik tanya je.
Mak : Ye la. Selalu ada je menda kau cerita pasal dia. Ni senyap je. Korang gaduh ye? (Mak macam gelak)
Aku : Haha. Takde la mak. Macam biasa je laa. Haa. Ke mak yang rindu ni??? haa
Mak : Ada ke mak pulak. Mak tanya je laa.
Aku : Haha. Mak2. Entah la. Akak pun tak tau. Macam tu je lah kot mak. Dah2 mak. Cerita dah start. 



Sampai tiga kali kot mak aku tanya tu tak boleh bla. Nway. Ni hanya sepintas lalu. Tiada kaitan dengan siapa2. Kot. huhuhu




Actually aku tengok cerita Kau Bukan Ibuku. And aku dah decide. Aku just bagi 1 bintang je kat cerita sebab aku tak faham pun jalan cerita dia. Jalan cerita dia pun agak macam tak tersusun. 



By the way, tahniah kepada pihak polis sebab dah berjaya redakan KL. 


Saturday, July 9, 2011

Apa agak nya terjadi dengan BERSIH eh nanti ??

Assalamualaikum semua. Wah. Dah pukul 12 lebih rupanya. And aku pun tak tidur-tidur lagi kan ? heh.



Hari ni dah pun menjelang 9hb Julai 2011. Tarikh dimana BERSIH akan diadakan. Aku duduk Bentong. Kalau nak pergi KL ambik masa 45 minit lebih kurang. Aku perasan, banyak kali kot weh kereta polis pergi balik untuk jaga kat tol. Polis Bentong jadi tuan rumah tak silap untuk jaga perhimpunan ni. Tuan rumah bahagian Pahang. Tak silap aku laa sebab ada polis kasi tau hari tu. :)



Aku tak sabar nak tahu apa yang akan jadi hari esok. Eh. Hari ni lah kan ? 



Aku harap tak akan jadi perkara-perkara yang tak baik berlaku esok. Semoga tak ada lagi senjata-senjata tersorok yang akan ditemui esok. Sebab sebelum ni polis dah terjumpa bom buatan sendiri , pisau , parang dah senjata lain milik penyokong BERSIH. Harap tak ada lah senjata-senjata macam tu sebab SURE akan terjadi perkara yang tak elok nanti.



Di atas kedegilan sesetengah pihak, mereka telah berjaya susahkan sebahagian rakyat terutama di Kuala Lumpur. Motif buat di Kuala Lumpur ? Kenapa agak-agaknya tak buat dekat negeri-negeri pembangkang ek? Entah. Kena tanya penyokong baju kuning ni kot. haha



By the way. Kita tunggu okay! Jangan tiba-tiba NATO datang buat hal jugak sudaa...



P/S : Pelik jugak, kalau SPRM tak bersih kan. Kenapa Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang jatuh dekat tangan pembangkang ek ? Kalau tak bersih mesti semua negeri dah jadi milik kerajaan. Entah la labuuu... Kita tengok je laa orang-orang Melayu berhimpun esok ek. Dan ketua India ek ? Hohoho

Thursday, July 7, 2011

Bro, Kasi kritik blog gua skit ... bleh ?? "



Macam dah lama je tak join contest kan. So, siapa yang nak join. Click sini okay. :)

Harap korang kritik blog Siti yang tak seberapa ni eyh. 
Tak kisah la teguran or pujian ke, Siti terima jerp.
Apa-apa pun nanti Siti akan cuba baiki apa yang patut okay.
:):):)

Thanks all of you guys...!