Friday, July 1, 2011

Facebook? Baik ke tak baik?

Assalamualaikum semua.. :)


Macam bese. Senyum lah dulu! Hehe :)


Okay. Hari ni aku nak buat entry pasal Facebook. Wah. Dah laa femes. Bertambah-tambah femes engkau yer Hencik FacebOok. Hehe  So, sape yang tak de FB sekarang? Rata-rata yang kita jumpa, mesti akan ada FB kan? Boleh kira laa sapa yang tak de FB ni. Kan. Kan. Kan. :)


Bagi aku, sebenarnya banyak pro and cons untuk FB dia. Kan?Hehe. Baik? Apa yang baik dia? Wah. 

1 - Korang akan jumpa ramai kawan-kawan lama korang balik kan? Macam aku jugak, ramai gile kawan2 sekolah, kawan universiti, teman pejabat dulu yang aku tak jumpa ada FB. So, kat sini, even korang jauhh sekali pun kan, korang still boleh contact kawan2 korang kan? Mana tau korang nak kahwin ke. So, melalui FB jer korang boleh inform suruh datang kenduri.Kan? Hehe


2 - Tempat untuk berbincang. Ahaa. Salah satu kebaikan dia la. Hehe Betul la. Korang akan buat satu group samada private atau public just untuk persatuan korang misalnya. So, kat sini, korang akan berbincang antara satu sama lain untuk membangkitkan satu idea2 yang bernas untuk dilaksanakan. Contoh macam korang nak buat satu logo. Tapi masing2 jauh sebab cuti. Kat sini lah tempat korang boleh berbincang sama2. 


3 - Medan untuk bercinta dan berkenalan dari hati ke hati. Haha. Tak semua kot yang macam ni. Maksud kat sini, ada sesetengah orang, diorang bercinta bermula dari berkenalan di FB. Tak semua tau! Ye lah. Mula2 berkenalan kat luar la contohnya. Pastu, tak kenal dengan rapat. Then, FB ni lah yang akan jadi satu medan yang menjadi kan mereka rapat. Comment2. Post2. Chat. Betul tak? Lama2. Chat2 sokmo. Jatuh sayang sebab dah rapat sangat dalam FB ni. Aha. Ye lah camni kot. Hehe Siap ada yang ber I lap U lagi kat wall masing2 kan. Kalau ada yang hebat sikit. Tulis dalam bahasa Jepun. Cina. Korea. Tul tak? Padahal ade yang baru kenal pun dah macam ni kot. hoho


4 - Bila ada sesuatu aktiviti. Masing2 akan upload pics kan? Contoh macam konvokesyen. Atau family day? Atau lawatan ke. Apa2 lah. Yang melibatkan ramai orang. So, time ni lah masing2 nak upload pics. Senang la kawan2 lain nak copy and paste. Tag kawan2 masing2. Pastu kalau ramai. Sure. Comment tu akan panjang berjela2. Haha. Here. Kononnya akan rapatkan silaturahim lah erk? Kot lah. Hehe


5 - Boleh sebarkan maklumat2 penting. Macam I Luv Islam. Macam2 info yang dia bagitau kat kita. So, automatik bila kita baca, maklumat yang dia nak sampaikan tu, sampai kat kita kan? Haa.. :)


Okay. Tapi. Dalam2 baik dia tu. Banyak jugak yang buruk nya kan? Bese la tu. Hehe



1 - Bagi orang2 yang dah terjebak dengan FB ni. Nanti dia akan terlalu excited dengan FB. So, bila dia excited. So, 24 jam dia akan mengadap laptop dia. Tak ke buang masa tu nama nya? Kan? Dah laa tu. Boleh rosakkan mata pulak tu. Rabun pun boleh jadi teruk kalau selalu sangat ngadap. Ni untuk orang yang gila FB je lah ek. Hehe


2 - Tadi aku ada sebut medan untuk bercinta kan? Haha Tapi tak semestinya yang indah itu selalu indah. Melalui FB jugak hubungan seseorang tu mungkin akan terputus. Ahaa. Sebab apa boleh jadi macam ni? Okay. See. Contoh la. Si lelaki A kerja di pejabat dia. Then ambil gambar dengan teman perempuan sepejabat dia. Upload lak photo tu kat FB. Si gf A tadi ni tengok. Of course la CEMBURU. Kan? Haha. Then, apa yang akan jadi agak2? Haa.. Boleh pikir lah sendiri lah kan? So, sometimes Fb pun boleh bagi bad effect jugak even pada hubungan seseorang. Husband and wife pun boleh bercerai tau kalau mende2 macam ni terjadi. Hubungan dah cantik, perfect. Tapi atas sebab2 kecik macam ni pun, boleh jadi retak menunggu belah. Ececee. 


3 - Banyak sangat iklan2 kat FB ni. Tak rasa serabut? Suruh kita bayar itu lah. Masuk ni dapat duit ni Masuk tu dapat duit tu. Then, tag2 gambar duit. Tak suka! Sebab aku tau, sape2 yang masuk, tapi tak buat betul2. Aku rasa lesap jugak duit dia tadi tu.Duit hilang. Untung pun tak dapat. Kui3. Kesian laa sape yang terlibat ngan skim2 macam tu.


4 - Bergaduh dalam FB. haha. Ya. Bergaduh. Masing2 tak puas hati dengan masing2. Pastu komen2 atau post kat wall ngan apa yang tak puas hati. Ada yang siap maki-maki la. Marah2 lah. Then, semua friends pun baca. Haha. Aku pernah jer tengok situasi macam ni. Tapi kita just ambil pengajaran je lah kan. 


5 - Actually banyak je lagi keburukan dia. Tapi aku rasa macam cukup lah dulu kan. Lenkali kalau ada lagi, aku buat je entry baru. Buat sambungan ke kan? Haha



Teringat kat Friendster - nak kumpul ramai2 friends. Tengok sape lagi banyak. Haha
Bila Myspace - Orang nak cari kawan2 yang best la kononnya. Bile letak prof pic. Sume nak cantik. Macam hebat la kan. Hehe
Kalau Tagged - Kalau kat prof laki, friends pompuan yang ramai. Kalau pompuan lak, sure friends laki ramai giler. Macam nak cari jodoh je kot.
Twitter pulak - Sekarang still femes lagi. Besenya nak tau perkembangan artis2 jer la. Kalau nak selalu update aktiviti kita. Twitter kot yang sesuai. 
Formspring - Orang nak tanya2 je yang ni.
Skype - Meebo - YM - Imesh - Wah. Ni tempat nak berchatting2 jer ni. Haha Tiba2 aku rindukan Imesh. Nudge! :)


:):):)

Nway. Apa-apa pun. Kita tak boleh nak fokus sangat kat menda2 ni. Nanti masa akan terbuang macam tu jer. Peringatan ni aku tujukan kat diri aku jugak tau! Hehe

19 comments:

myra yusreena said...

yes! setuju fb ney medan punca2 penceraian sebenaqnye..hukhuk

Bro ahmad said...

ada baik ada buruk,huhu terpulang siapa yang memakainya...macam pisau,,boleh potong sayur..tapi boleh juga membunuh,,

Tea said...

HAHA.. tmpt cr kawan tu mcm kureng r, sbb kawan2 ni men pakai add je, keep in touch nye xde pn.. hampeh, senang2 lah kene delete gn tea.. HUAHUAHUA..

Phat said...

nice entry, bagi phat baik buruk FB ni terletak kepada tuan punya FB tersebut..kalo digunakan untuk kebaikan maka baik la ia tetapi kalo digunakan ke arah yg x betul tu yg jadi mcm2 tu..cerai berai, kutuk mengutuk dan sebagai nya...

EiZaRaZiErYa said...

ahaha..stuju3~!! betul je sume dalam entry nie~ kat fb boleh bercinte~ kat fb jgak bpleh b'pisah nye~ huhu..

Siti Suriani said...

kena beretika lah yerp kalo duk dalam laman2 sosial ni. heh3

Siti Suriani said...

eiza.. betul2.. kawan biar lah berhemah2..kan.. :)

cik aisha said...

dulu saya sangat addicted dengan games kat fesbuk 2....erm bab gaduh2 tu slalu sangat da kot,kdg2 benda yg xspttnye diluahkan kat status mcm membuka pekung didada je,tp yg best mmg jmpa semula kwn2 yg mmg da bkrn lost kontek...pro n kon terpulang kpd kita sebenarnye...

Our Productions said...

yup2... btol... dah tkene... sket ati gak ngan fb ni... da x nk siyes2 da ngan fb ni... gne utk cri duet je...


FOllow me baCk dear..... =)

Siti Suriani said...

aisha.. sama laa.. game addict. last2 xabis pun game tu. haha

our prdction - biz? biz ape? :)

akutetapaku.com said...

dulu ym mmg glamour ms zaman sy.FB pun dpt gak jupe kwn2 lm,tu yg best.

Siti Suriani said...

yup.. ym. sgt suke ym. buzz! tapi tu dulu.. evrything is change. makin umur mningkat. sume tu makin macam tak penting dah. haha

OhMyLord said...

entry ni stylo lah...it's up to the people who r using this kind of medium..

eh,mana dia yg dulu?hehe

Bro ahmad said...

fb bro jadi tempat post entri je..sangat jarang masuk fb...XD

Siti Suriani said...

nesta ~ haha. tukar la. org sama jer pun. hurm..

bro ~ siti xbrapa suke post kat fb. xtau nape. hehe :)

SYAF said...

Setuju Sgt.... Setiap Yang Baik Pasti Ada KeburukkannYa... :)

Siti Suriani said...

Betul.. :)

BeloG MTT said...

Ada pro dan kontranya facebook nie...Kadang ada yang membawa kebaikan,yang membawa keburukan pon tak kurang hebaknya.. =.='

Siti Suriani said...

xsuke yg buruk2 tu.. kalo boleh nak pi buang jauh2.. haha