Wednesday, June 29, 2011

Melatah? Jangan laa kacau diorang.

Assalamualaikum dan salam senyuman dari Siti. :)


Wokeyh. Latah? Korang tau tak latah tu apa? Kalau tak tahu, pergi cari kat Mr Google tu, apa itu latah. Hehe Tadi aku tengok TV. Rancangan 360. Eh. 360 tak silap aku. Aku pun tak ingat. Ye lah. Dah lama tak tengok tv. Selama duduk kat UiTM tu mana ada aku tengok tv. 

So, LATAH. Korang rasa korang seronok tak tengok orang melatah? Tak?? Jangan tipu. Aku tau, kalau korang tengok orang latah, sure korang akan gelak dengan keletah diorang kan? Aku cakap macam tu sebab aku pun macam tu. Ketawa bila tengok orang melatah. Lagi aku kacau ada lah. Hehe. 

Tapi. Korang perasan tak, kebanyakan orang yang melatah ni sebab sebelum ni diorang kacau orang yang melatah. Diorang kacau. Kacau. Kacau. Last2 diorang pulak yang termelatah dengan sendiri nya. Haa.. Bahaya kan?



Aku berani cakap ni atas pengalaman dan dari apa yang aku lihat. Contoh adalah saudara terdekat aku. Adik aku sendiri. Yup. Before ni dia tak pernah langsung ada penyakit latah. Tapi sebab dia selalu kacau kawan dia latah. Nah! Dia pulak melatah. Bukannya sikit. Tapi teruk tau.! Sampai boleh pukul-pukul lagi tau. Kalau duk sebelah dia and kacau dia. Dush2 lah jawabnya! Haha Tapi. Tu dulu. Lepas kena marah dengan mak and ayah. Aku tak kacau adik aku melatah dah. Aku cakap ngan kawan2 aku, jangan kacau dia sangat. Sebab makin menjadi2. Hehe. So, lepas dah lamaaaaaaa tu, alhamdulillah, dia dah tak melatah dah. Betul ni. Tak tipu. Hehe

So. Apa yang aku boleh cakap pasal latah ni. JANGAN KACAU diorang. Aku kesian tau tengok diorang. Ingat tak penat ke? Bila korang selalu kacau orang latah ni, mungkin ia akan jadi jugak kat korang. Serius! Aku kesian gile bile aku tengok Ida moin dengan Noor Khiriah tadi. Diorang melatah. Sebab.. Ada orang kacau diorang. Please lah. Kesiankan diorang. Diorang yang melatah ni. 

LAstly. Latah itu bahaya! 

#4 Wordless Wednesday : Berat nya saya!


Bila mau jadi apa yang aku TEKAD ni??
hahaha

Tuesday, June 28, 2011

BERSIH ? Kotor adalah kot!

Assalamualaikum semua.



Aku baru lepas tengok berita TV3. Berita utama. Pasal BERSIH. Apa BERSIH ni? Mesti semua orang dah tau apa itu BERSIH ni kan? Kalau nak tau apa itu BERSIH sila click sini sebab aku malas nak explain disebabkan ramai yang dah tau. Tak mungkin tak tau kan? Erk. 


Pendapat aku lah kan. Tak perlu lah nak susah-susah buat perhimpunan haram macam ni. Cuba bayangkan kalau ada perhimpunan macam ni. Tak ke lebih kurang macam berperang? Hoho. Menda2 macam ni menyusahkan orang lagi ada lah. Kan? Cuba tengok kat Thailand tu. Ingat? Semua pakai baju merah. Siap ada bom lagi. Sampai kan penduduk situ nak keluar rumah pun takut. Diorang nak Malaysia jadi macam tu jugak ke? Nak biarkan semua orang takut nak keluar rumah.? Siap ada baju lagi kaler kuning kan? Err.


Ini Malaysia lah weh. Yang nak bagi susah hidup orang tu kenapa? Kita negara demokrasi. Tunggu lah pilihanraya kalau nak sangat kuasai Putrajaya sana tu. Negara ada undang2 beb. Aku bukan nak menangkan kerajaan or apa. Tapi bila orang yang bijak pandai pun dah macam tak pandai sebab nak gulingkan kerajaan disebabkan kalah dalam pilihanraya nanti. Ape kes bro?? Dah kalah tu kalah je lah. Yang nak pergi guling2 tu buat ape? Baek kau tolong mak ekau guling cili kat rumah jadi sambal lagi bagus. Hahaha.


Haishh.., Tengok. Pusat pelancongan from China pun tak jadi nak datang sebab dengar ada perhimpunan haram ni. Rugi dah kat situ almost RM1million. Itu baru sikit. Investors lain? Haa? Jawab2.. Bayangkan. Kalau ramai orang pergi kat perhimpunan HARAM tu kan. Nanti lori2 yang bawak beras ke, gula ke, barang2 makanan from outside sana, takut nak datang Malaysia sebab menda2 macam ni lah. Kat dah susahkan orang tu! 


Fuh. Emo sekejap.haha Kita orang Malaysia. Negara dah aman. Dah tak perlu Perhimpunan2 ni. Cukup lah ada perhimpunan masa dekat sekolah dulu. Lagi aman. Ngeee~


Lagi satu, tolong jangan nak kotorkan KL tu. Kalau dah rajin sangat, baik tolong DBKL kemas KL tu jadi bersih dari sampah-sampah yang ada.Lagi bagus! xD


Nama je bijak pandai. Belajar tinggi-tinggi. Tapi bodohnya tak pandainya bertingkat-tingkat.


Maaf di atas kata-kata yang tak memuaskan.. :)



Saya sayang negara saya..
MALAYSIA.

:):):)

5 TANDA GEJALA SAKIT JANTUNG



1. Sakit dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)
Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.
Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.
2. Sesak nafas
Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti.Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.
Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.
Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.
3. Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
4. Mudah berpeluh
Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
5. Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.
Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.




Tiba-tiba aku nak tulis pasal tanda penyakit jantung kan? Haha. Macamana kalau aku ada penyakit jantung?  Sebab aku dah pergi check. Dia just cakap ada tanda untuk dapat sakit jantung kalau tak jaga dari sekarang. So, kena jaga kesihatan Siti.! Jangan banyak makan ayam and daging. Kalau tak jaga betul2 kesihatan tu, boleh dapat penyakit jantung tau. Aku tak nak.!

So, starting from today, aku patut kena jaga makan. Jangan suka-suka hati je nak makan itu ini. Badan pun kena jaga jugak! hehe Tapi tanda yang kat atas ni aku tak alami lagi lah. Alhamdulillah. Tapi baru-baru ni aku ada berjoging dekat bukit. Bukit Bauk. And you know what. I collapsed at there. Oksigen tak cukup kot. Haha Tapi tu bukan tanda sakit jantung kan?

''Tu lah, mak suruh makan vitamin ke apa entah. Tak nak. Makan mula-mula je. Lepas tu tinggal terus. Haha.''
Aku copy ni from 5 Tanda Penyakit Jantung



Monday, June 27, 2011

Bila mereka bercerita

Asssalamualaikum dan selamat malam semua ... :)

''Yes! Aku berada di rumah juga akhirnya. Cuma macam malas jer nak update. So, sekarang dah ada masa terluang, boleh lah nak mengupdate sekejap yerr my sweety blog ni... :)''


Actually semalam baru aku sampai rumah. Penat bukan main. So, aku ada masa dua bulan jer nak duk kat rumah ni. Yes. Mak aku cakap aku makin kurus. I like it sebab hari tu aku dah niat nak turunkan berat. Hahaha. Suke.. Sayang mak. Muah3.. Tapi mak cakap. Tengok lah dalam masa seminggu. Mak sure, badan tu gemuk balik punyer.. Haha. Ala. tak kisah pun kalau gemuk ke kurus. Janji dalam hati ada taman kan ? :p



Tadi, macam biasa lah kan, duduk dengan mak and ayah,. Borak-borak. Isu dia. Ex GF ayah aku. Haha.. Apa lah punya isu. Ayah cakap dulu dia banyak GF masa muda-muda dulu. You know what, dia cakap macam tu depan mak aku tau! Tapi tu dulu-dulu okay! Tapi, entah mana lah diorang sume pergi. Tapi at last, ayah pun jumpa mak. So sweet. So. ada hikmah lah kat situ, sebab kalau ayah aku still dengan ex dia masa zaman muda dulu, tak de lah dia jumpa mak aku. Then, takde aku kat dunia ni yang tengah tulis blog ni kan ? haha Erk!



So, kat sini aku pun terfikir. Kalau dah jodoh kita takkan kemana. Lari lah korang kat benua China sekali pun. Kalau jodoh korang tu dekat sini. Sini jugak lah.. Cuma masa je yang akan menentukan. Chill Siti!



P/S : Rabbits kat rumah dah semakin membesar. terkejut aku balik2 jer terus besar. Masa aku baru nak pergi UiTM tu, rabbits tu kecik lagi. Besar tapak tangan jer. Sekarang dah macam anak patung. Gebu giler. So, rabbits aku baru ada 9 ekor. Bile nak beranak lagi si mak arnab ni! :p

Sunday, June 26, 2011

Penat tau~

Hari ni sangat penat dengan macam-macam menda yang aku dah buat dalam masa satu hari. Pergh. Bangga aku sebagai sorang perempuan sebab aku dapat buat semua menda ni. Haha. Padahal bukan buat apa2 pun. :p


- Pergi cari workshop kereta.
- Mintak orang workshop tu tukar tayar.
- Tunggu berjam2 sebab nak tunggu kereta siap sebab dia betulkan masalah ape entah .
- Borak-borak dengan pak cik yang tunggu kereta dia jugak. ( tengah2 batuk pun still nak cakap jugak kan Siti! ) (peramah jugak aku rupenya. haha)
- Kemas barang-barang yang nak letak pergi rumah sewa.

- Then, pergi Mesra Mall. Konon nak tengok wayang. Tapi lambat sangat. So.. Main Bowling!
- Tak pandai main. Sebab yang ni baru 2nd time main. Kesian betul. =.=' Haha.
- Even tak pandai pun, tapi seronok. Sebab release tension! :)
- Maen 2 game je. Lepas tu tangan pun sakit. Padan muka,! Haha

- Main bola jaring yang game tu. Just masukkan bola dalam jaring. Nanti dia kira la berapa kali masuk. 3 games je aku main.
- Have fun main game tu sebab boleh jerit-jerit dengan my sis. Haha.
- Balik UiTM.

-Then pergi dekat Dining Redang.Guest what. Lelaki dan perempuan dicampurkan dalam satu kolej. Gila tak..? And senang je kalau nak berdating kat sini. Sangat penuh dining dengan lelaki dan perempuan. Sampai tak de meja pun nak duduk.
- Kalau zaman aku dulu lah kan, sesape yang dating tu, macam susah sikit. Err. Bukan susah. Cuma tak sesenang sekarang. Tak mau lah citer pasal dulu. :) next time ok.. :)

- Hari ni mOod nak cerita pasal apa aku buat untuk hari ni je. Maaf yerp kalau bosan..!

Friday, June 24, 2011

Hari ini. Yang membosankan.

Assalamualaikum.. :)



Well. Aku bersendirian lagi hari ini. Dari pagi sampai lah ke malam. Nasib baik ada online ni kan. Kalau tak. Aku tak tau nak buat apa. So, petang tadi. Aku pun ambik keputusan nak pergi bandar. Sorang. Sebab charger tak de. Dah rosak. Terpaksa beli baru. Jalan kat Dungun pun boleh sesak. Unbelievable! haha. Terbang lah RM10 aku beli charger hari ni semata-mata. Pastu pergi pulak beli ubat batuk. Batuk tak baik2 lagi. Sampai kan suara pun dah macam itik. macam Donald Duck dah ni! Tak sedap! (geleng kepala).. haha. Plus lagi RM 7. Mahal2. Dah laa nak balik ni. Adesss...


Aku banyak sangat mengelamun time drive tadi. Giler lah kan. Kalau lah ada apa-apa jadi kat aku..? Bahaya kan? Sampai nak tekan clash pun menggigil2. Bukan ape. Sebab ada polis wat roadblock. Tapi aku tak pakai seat belt. Getetar kaki lutut sume. Haha. Tapi alhamdulillah tak de apa-apa pun. :)


Then, macam awal lagi. Aku pun ambik keputusan nak pergi pantai. Sorang lagi? haha Ajak adik pun , si adik tak mau ikut. Berlagak tul ! haha So, aku pun parking kete. Tapi aku tak keluar. Just mengadap laut jer. Takut nak keluar. Sebab ramai lelaki. Ee.. Bahaya-bahaya. So, aku just pandang je lah laut tu dari dalam kereta. Tapi aku macam tak boleh tengok pantai kat sini. Sebak. Then, start kete. Terus balik. 


And guest what. I'm alone in this room. :(


P/S : Cepat laa Ana. Bila nak sampai ni. Waa.. D':

Nak tengok maharaja lawak! 

Aku akan keseorangan. Teman aku!

Assalamualaikum. Pagi sumer! :)


Yeah. Hari ni dah 24hb Jun. Hari ni bufday kawan aku. Hepi bufday friend! Semoga ko bahagia selalu! :)


Aku akan keseorangan? Apa punya tajuk daa kan. Haha. Harini sume kawan-kawan aku balik. Balik rumah. Aku betul-betul akan duduk sorang-sorang dengan kolej Karah ni. Waa.. Takut ni. Bosan lah aku. Sebab aku kena tunggu adik aku dekat sini. Dia datang esok. So, memang sorang2 lah aku untuk hari ni. SORANG2. Cepat. Sape2. Temankan aku!


Apa nak buat ni. Sampai malam kot! Adess..


Hari ni kena makan sorang2. Minum sorang2. Cakap sorang2. ERk? Cakap sorang2? Gila ke? Haha Then, online sorang2. Sume2 lah. Sebab SEMUA kawan2 aku memang dah balik. Aku? Aku kena tunggu adik aku! Hurm. Nasib baik aku adalah SEORANG KAKAK yang baek. Kalau kejam la kan. Sure tinggal kan dia dah ni. Hahaha..


Nway. Selamat pagi kat korang sumer.

:):):)

Thursday, June 23, 2011

Genap Setahun 1 hari.




My blog! Yeah. Blog aku yang tak seberapa ni. Rupenyer dah mencecah setahun rupenyer. Heh2. Baru aku perasan. Ye lah. Actually aku start berblogging bertarikh kan 22 Jun 2010.. 2010 tauu.. Masa tu aku tengah kerja. Yeah. Kerja. Kerja sementara jer pun. Dan jugak. Adalah sehari selepas hari istimewa aku yang kesetahun jugak time tu. ( Tapi tu semua kenangan yerp. :') ),..  Time aku buat blog ni lah yer.. Hehe..


Bila fikir-fikir balik. Aku pun tak tahu kenapa aku buat blog. Sebelum ni aku just buat blog sebab nak luahkan apa isi hati aku. Dulu-dulu lah kan. Kononnya tak nak ada orang tahu aku ada blog. So, aku pun buat senyap je lah. Haha. Then, blog aku pun bersawang-sawangan lah sesorang kat sini. Tak lama lepas tu, aku mengaktifkan balik my blog ni. Actually nama dia dulu Misssabrinaa Home. Then, atas sebab-sebab tertentu, aku pun tukar nama jadi Misssabrinaa Spirit♥ !. Sebab waktu ni aku dalam keadaan kecewa. Kecewa yang amat sangat. So, nama ni yang bagi aku semangat. Spirit = Semangat. kan? Haha (tapi skarang dah okay tau!)



So, sekarang kekal lah buat sementara nama ni untuk blog aku.Tapi aku rasa aku tak tukar kot nama ni. Sebab aku sayang kat nama ni. Hehe Btw, sekarang apa aku rasa, apa yang aku nak kongsi, aku tak nak sorok-sorok macam dulu dah. Nak rahsia konon..haha Sometimes, ada perkara yang kita kena kongsi jugak kan? Nak pendam sorang2. SAKIT! dan buatkan aku sangat PENAT! hahaha.. Ni first entry aku dulu. Kelakar! Morning Everybody


Ada lagi menda tertinggal. First time aku dapat hadiah dalam blog ni. Walaupun tak seberapa, tapi i like it! :) Mula2 kan. Banyak laacontest nak masuk Contohnya : Hadiah kawan baik and ade jugak dapat 200 Followers. Tu je kot..haha


Tapi yang pasti, aku dapat kepuasan dalam berblogging! Biar lah aku tak macam orang lain. Enjoy keluar sana sini kan. Aku juga ada kehidupan. Walau aku tak sesosial macam orang lain. Aku sentiasa gembira. Sebab aku masih ada mak ayah adik2 dan kawan2. Dan aku juga masih tahu jaga diri aku sendiri. Nway..Chill! :)

:):):)

Wednesday, June 22, 2011

Hujan yang mendebarkan aku!




Assalamualaikum and gOod mOrning readers! 


First sekali. SEnyum dulu yerp sumer! Tengok. Kan manis bila senyum tu kan.. :)


Oke. Actually, malam tadi hujan turun lebat giler. Aku tertido awal malam tadi. Then, dalam pukul 1.35 pagi macam tu, tetiba TAPP!. tak de elektrik! Aku terbangun sendirik. Hujan punya lah lebat. Macam hujan ribut. Petir sabung menyabung. Kilat pulak dah macam bunga api dah. Tapi. Aku memang takut sangat la semalam. Dah laa gelap. Pastu petir, guruh, kilat. Masyaallah. 


Nak tau tak apa aku fikir malam tadi? Aku takut ada Tsunami datang. Serius! Ye lah kau. Duduk kat betul-betul tepi pantai. Laut besar pulak kan. Kalau betul lah ada Tsunami kan. Sapa yang kena dulu? Kitorang lah kan? Tapi memang tu yang aku fikir pun malam tadi. Tak tipu ni! Haha


Then, masa aku nak tidur balik tu, memang aku peluk kuat2 la semua bantal and teddy bear yang ada. Kain pelikat, selimut. Semua tu lah. Serius aku takut ni. Ingat memain ke? Haha. Tapi memang gila kuat ribut semalam. Aku tidur ngadap tingkap. Bercahaya sokmo la tingkap dengan kilat tu. Tapi at last, aku tertidur sendirik jugak. Heh3.. Oh ye. Kawan aku cakap kalau petir, jangan tutup telinga. Bahaya! Sebab aku tutup telinga semalam. Haha


Sekarang hujan dah reda. Alhamdulillah. Tapi, elektrik takde lagi. Nasib baik aku ada bateri laptop ni. Kalau tak memang tak ley la nak bukak my lappy ni sebab plug tak ley pakai kan. Hehe

Okay lah. Kepada awak2 semua. Jangan lupa mandi. Berus gigi. Makan. Study. Dan sebagai2 nya. Jangan bangun lewat-lewat. Tak elok untuk kesihatan. Eceh.. Cam aku sihat sangat lak erk.. Haha


P/S : Aku nak mintak maaf kalau aku ada pernah buat salah dengan siapa2 kat dunia ni. Erk. *Tetiba jer.. :)

:):):)

Tuesday, June 21, 2011

Pada hari ini..Aku..Err..


Pada hari ini aku?Aku. Aku..Err.. Apa ni Siti. Ayat tergagap-gagap ni! haha Tak de ape pun. Cuma nak cakap. Pada hari ini. dan malam ni. Aku nak sambung study.. Sebab lusa aku ada final lagi..! Adesss.. Lalalalaa...


Lagi satu. Aku cuma. Nak cakap. Err.. Aku suka sangat tarikh hari ni. Sebab banyak sangat 'makna dan kenangan untuk aku. Tapi. 'Maknanya hanya untuk aku sorang je. Tidak pada orang lain. Kan?? Aku je lah kot kan?


Aku dah cakap hari tu kan yang tarikh ni ada sentimental value untuk aku. Hanya untuk aku sorang. Kan? Sebab aku je yang ingat tarikh ni. Orang laen tak pun..! Entah la. Aku pun tak faham. Entah pape lah. Ngarut jer memalam buta ni Siti! 


Aku. Herm.. Susah jadi insan bernama Siti Suriani ni kan.


Dah lah. Tetiba rasa tak de MOod nak tulis blog. Chow dulu lah. Nanti ada masa aku datang balik kat sini..

Maaf : Entry yang ni cam teremo sikit. huhu.

Terima kasih..! :')

P/S : Apa yang aku tau. Aku tak suka kan PJJ! :'(

Assalamualaikum.

21 Jun 2011
Sentiasa Dalam Ingatan

Wish me luck, FRIENDS.




Aku nak pergi berperang dengan kertas akaun. Fight habis-habisan! hehe

Okay lah. Nanti aku datang balik kat MiSsabrinaa Spirit blog ni ek. 

Wish me all the best yeah friends.. 


Demam itu seronok kah?



Seronok tak bila demam? Haha. It's a stupid question lah Siti! Opkozz lah tak seronok. Sebab bila demam. Asyik tak larat jer. Bila dah tak larat, semua benda tak boleh nak buat. Haa..


Okay. Sekarang aku selsema. Batuk dan juga sakit tekak. Hidung tersumbat.! Panas? Tak pun. Tapi rasa macam nak demam. Macam je lah. Nak cakap pun suara macam Abu Bakar Ela dah ni. Erk.


Aku ni. Selamba-selamba je online.. Padahal esok final ni. Tak sedor ke diri tul. Hoho. Lantak lah. Janji aku dah study. Nak tido lewat, esok lak tak bangun2. Siapa susah? Aku jugak an..??


Okay. Actually, aku rasa macam nak kongsi something. Err. Tapi tak pe lah. Next time!


Apa-apa pun. Esok, memang kena jumpa doktor tau Siti! :)


MOod Sebenar :  Atas kepala banyak betul tanda soal. Kenapa. Mengapa. Siapa. Dimana. =(

:):):)

Sunday, June 19, 2011

Rindu kat blog tak? Yes? No? Yes? No?

Assalamualaikum n selamat petang sume2.. ;)

Wah. Dah dua hari aku tak tulis blog yerp. Winduuu sama ini blog! heh3

So, nak luangkan masa sekejappp jer kat blog ni okay!? ;)


Aku ada final exam lusa n lusa punye lusa ni. Means, 21 Jun and 23 Jun ni lah kan? Perghh..Tinggal sikit lagi masa ni. Struggle Siti! =D


Semalam, ayah aku ada reunion sekolah dy. SMK Sulaiman, Bentong. Actually sekolah aku jugak tu weh. Tapi oleh disebabkan cuma warga-warga sekolah yang 1975 and ke bawah jer. Of course lah aku tak layak nak pergi! Sebabnya time tu mak and ayah aku pun tak kawen lagiii..1975 kot..!Mana laa aku ada lagi..haha


Then, apa yang best tu, diorang kena pakai baju sekolah. Lelaki baju putih and seluar hijau kot? Tak pun Seluar putih. Kot? Then, yang perempuan kena pakai baju sekolah warna putih and kain biru. Can you imagine, our parent wearing baju sekolah when they are 50+ years old! so cute! ;) Kalau korang tengok berita TV3 semalam. Ada lah kot. Sebab kawan aku gak yang bagitau.. :)



Then, aku pun kol lah ayah aku. Ada jumpa kawan-kawan lama tak? Haha. Dia pun cakap. Mesti la ada. Sume dah ada cucu cicit dah pun rupenye. Tetiba dy pun berkata. ' Hem. Ayah je la. Bila entah nak ada cucu ni. Kawan-kawan ayah sume dah ada cucu.' Aku pun. Glurp..! Telan air liur saja laaa... Haha Then. Apa lagi.. Tukar tajuk! hahaha..



Apa-apa pun. Agak seronok kan bila ada wat reunion. Tapi, batch aku tak tau laa bila. Lambat lagi kot? Sebab semua orang still belajar lagi. Pastu, semua malas nak arrange kan. Well. Nanti, sesape yang rajin nak arrange tu, jangan lupa jemput aku okay.!



P/S : Aku adalah pelajar kesayangan cikgu2 saya sebab saya baik. (Statement ni tipuuuuu! Jangan percaya!)



Rindu sama kamu wahai kawan-kawan sekolah ku..
Lupe lak : Wish you all da best kat korang2 yang exam ESOk, LUSe, TULat, TONGgeng. Sume2 lah ek..hehe


:):):)

Friday, June 17, 2011

REsuLT dah keluar. Excited kah ?

Assalamualaikum dan selamat pagi yer semua. Salam senyuman dari Siti.. :)


Wah. Result dah keluar. Tapi aku tak nak tengok lagi. Tak nak.Tak nak. Tak nak. Tak boleh perform well hari tu. Waaa.. :(

So, siapa-siapa jer yang dah tengok result. Tahniah okay. Siapa yang tak tengok lagi, tengok2 lah cepat-cepat sikit. Nanti bagitau Siti ek.. Haha

Nway. congrats to all my friends..

Mood : Tak excited nak tengok result. Takut? Tak rase apa-apa? ENTAH. hehe

:):):)

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan Malam ni?


Ayah aku cakap malam ni ada gerhana bulan. Tapi tak taw lah kan. Kalau korang nak tengok, jangan tido awal pulak. Pasal gerhana bulan ni jadi dalam lebih kurang pukul 1.25 pagi sampai pukul 7 pagi esoknya. Wallahualam. Tempat aku sekarang hujan. Hurm. Macamana nak tengok malam-malam camni? Ada effect ke ? Haha..

Nway, kalau sapa2 nak tengok, tengok lah malam ni yer kalau betul lah ada.. 

nak tau lagi lanjut, tekan sini..
:):):)

#3 Wordless Wednesday : Thank You




Thank you and Smile Always okay! 

:):):)

Tuesday, June 14, 2011

PENGHARAPAN



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawaKEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMUMENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

 ...................................................................

sumber : artikel iluvislam.com

Sunday, June 12, 2011

PDSZA 2011 BeST!!

Wah. Penat.Penat.Penat. Tapi penat-penat pun best. Haha.. First time aku jadi Pegawai Delegasi budak debat. Tapi pengalaman ni memang seronok. Mula2 masuk dulu,aku kata aish. penat lah aku nanti. Tapi kepenatan tu lah sebenarnya keseronokan. Keh3. Betul lah. Kena lari sana, lari sini. Aku rasa macam masuk explorace pulak. Haha. Berebut2 nak jadi YDP or Penjaga masa. Sampai kan aku tersalah group lah. Hakim hilang lah. Haha. Kelakar2.

Ni masa mula-mula tunggu budak UiTM Pahang BM 1. Tapi tunggu2 tak sampai2 pulak. Rupanyer sampai malam. Diorang bertolak lambat kot. :) Ni time kat politeknik. Kena tido situ. Condition? Teruk!

 Ni classmate aku. Budak sekolah. ADAMaya.. Haha

 They are debaters from UNISZA. Siyes tak sombong. Sebab dyorang peramah giler. Best!

Mereka pun budak delegasi jugak. :) Milla n mimie.. :)

Ni masa dinner PDSZA.. :)


 Before nak gi UiTM.. :) SAmbil2 tunggu budak debat..:)

Yang laki ni kawan baru kitorang. Faizal.

Ehem. Ni lah Laila! Majnun.. hehe

Sempat lagi men posing-posing before gi UiTM.

Haa.. yang ni masa nak tunggu usul debat. Tak sabar2..

Ni sumer adik-adik aku yang baru. Eh. sebelah aku ni adik kandung tau! 

 Kawan-kawan baru saya.! :)



Ni time nak tunggu result sape menang. Hehe. So, kitorang pun.. Bergambar! :)

Malam tu kitorang gi tengok BOLA! Haha

Before tengok bola ?

Kena kemas kelas laa..!

Rajin mereka kan.kan.kan.haha  

 Haa.. ni adik Aliff.. Kawan Firdaus..Sopan giler dy ni. Pasal part1 kot.. Haha

Ni adik Asyraf ngan Amin. 

Gambar bawah ni time dah habis final..

Ni dari UiTM Pahang BM2 n KIST. Linda jage group ni.. :)

My friend from Kelantan. Kenal dia sebab dy dak dikir barat. Tak sangka pendebat rupenyer..Tengku.Tengku :)

My group! Tapi tak sempat take pic ngan diorang sebab aku hantar Firdaus balik bilik. Demam.
Aku kena jaga pendebat : Asyraf, Affifi, Nizam n Nina. :)

Ni budak2 Pahang yang happening giler aku tengok. Rasa dah tua pulak bila panggil ak kak Siti yerp. Hehe
Time ni ade Nina n Affifi jer. Nizam n Asyraf dah balik.

Excited lak. Ni time nak blik. Sedih.. :')

Ni lak group UMP. Dyorang naib johan. Tahniah2.. :)

Pendebat2.. :)

Haa. Ni HAfiz. Dy bukan Cina okey. Tapi Melayu + Bugis + Jawa. Dy ni hakim BI. Terbaek lah Hafiz! :)

Sebahagian urusetia yang dah bersusah payah uruskan PDSZA ni.. :)

Ni dah habis. Penat2 sumer.

 Ape2 pun. Tahniah kat UNISZA sebab Johan. Korang memang best.. Hehe

Dah habis-habs sumer, aku pun balik, online sekejap. Then. Tidooo..

Yang best nyer. Esok aku ada test! And nak settlekan saman aku!!! Waaaa..!

P/S : Apa2 pun aku memang enjoy uruskan PDSZA ni sebab aku boleh lupakan sekejap masalah dalam diri aku. KEMURUNGAN. :(

:):):)