Friday, September 30, 2011

Aku banyak penyakit!

Assalamualaikum semua! :)

Waaaa.. Aku ada penyakit! Tapi tak boleh nak ubat laaa.. HURM... Aku kalau ketawa susah nak berhenti laa.. Aishh. HAti banyak geli maa.. Bila hati geli, aku ketawa maaa.. Bila aku ketawa aku manyak susah mau berhenti maaa.. Waa..




Okayss..Bila aku ketawa aku jadi tak serius. Bila aku tak serius. Memang benda yang orang suruh buat tak menjadi lah. COntohnya. Macam tadi. Orang pejabat kolej suruh buat announcement. Sebab aku dengan kawan duduk lepak2 kat situ kan sebab tak ada kerja. Orang tu pun suruh la aku buat announcement. 2 kali aku tekan bunyi tu, tapi tak boleh nak bercakap sebab tahan gelak. Kali 3 tekan button nak announce, tapi separuh jalan je aku cakap sebab nak gelak. Nasib baik kali ke 4 dan 5 tu okay je. Waa.. Gelak tu bukan sebab apa. Sebab diorang gelak jugak. Lagi laa aku tak boleh nak stop. Sobbsss...




Habis laa ilmu-ilmu aku banyak keluar sebab banyak ketawa. Bukan elok sangat ketawa banyak-banyak ni. Hari tu pernah ada orang suruh aku jadi MC. Memang tak laa kan sebab aku tau, bila duduk kat depan tu, sure aku gelak + gagap. Apasal entah. Belum ada keyakinan diri kot. Haha. 


Lately aku banyak betul salah cakap. Waa.. Apasal ni.. Sobsss.. Before ni tak macam ni pun.. :( Sedih betul laaa.. Aishh..


What should I do friends ?


P/S : Apa pun. Nak buat macam mana. Bila dah terlebih-lebih happy kan. Hak3. Happy bukan sebab apa. Sebab kawan buat lawak! Aku tak kata aku tak suka ketawa tau! Cuma susah nak berhenti.. Tu jer.. ^___^

Wednesday, September 28, 2011

Start Busy. Betul kah?

Assalamualaikum semua! :)


Macam biasa. Rasa macam rajin sikit nak coretkan something kat dalam blog comel aku ni. hehe Rasa macam nak dekat seminggu tak coretkan apa-apa kan..? Blogwalking pun macam dah tak da masa sangat macam dulu dah. Masa itu emas. Sekejap je masa tu berlalu. Huwaaa. Apa ntah aku mengarut. Wee~


Macam nak dekat sebulan aku masuk UiTM dah kot kan. Entah. Aku pun dah tak berapa ingat sangat tarikh-tarikh ni. Haha. Tak kisah lah kan. Ahaa.. Untuk tajuk entry tu. Betul ke aku akan start busy? hurm. Busy ke? [sambil tangan kat dada dan mata ke atas]. :p Tak de lah. Aku mana reti nak busy-busy ni. Stay cool okayss.. :)


Cuma kan. Aku la yang rasa macam konon-konon busy sebab esok dah start ada kuiz. Math. Aku tak kisah sangat coz I DO LOVE MATH! haha. Lepas tu hari ahad ada lagi kuiz. Erm. Lebih kurang macam LAW. Suka lah kot. Depend on lecturer yang mengajar jugak. Kalau tak best, memang aku tak berapa nak suka lah kot lecturer tu. Hehe.. Next week jugak dah kena start buat assignment group. Next week lagi pulak ada Olympiacc. Program budak2 account. DLL. 


Then. Lagi satu yang aku rasa agak problem sikit, aku nak kena cari tempat praktikal untuk AUDIT FIRM. Start sakit kepala laa nanti kan.. Tapi. This kind of problem aku nak settle kemudian. Haha. Gila sempoi! 


P/S : Apa lagi ek. Okay lah. Hari ni ni aku tulis more on my personal story jer kot. Tak de idea dah nak tulis. MALAS! haha. Dah update ni kira bagus lah jugak kan! Berlagak gile kot! Hehe.. 


Saturday, September 24, 2011

Hujung Minggu

Assalamualaikum dan selamat petang semua! ^^


Okaysss.. Hari ni rasa macam nak menulis pula yerp.. Mungkin dalam masa terdekat nak mengecat blog aku dengan colour2 baru kot. Kalau ada mood rajin lah kan. Haha.




Btw. Semalam aku and roomates pergi Kuantan. And kitorang pergi tengok movie Bini-biniku Gangster! Lawak giler cerita dia sebab aku gelak agak kuat lah kan. Siapa yang tak tengok lagi. Boley review sinopsis nya dekat sini. Haha. Tapi.. Kelakar tu memang la kelakar. Cuma bagi aku, cerita tu macam tak sesuai kalau budak-budak tengok. Sebab ada macam unsur-unsur 18 sikit yerp. Walaupun just komedi tapi aku nampak cerita tu terlalu open. So, memang tak sesuai lah kan ? Tak pe lah. Apa pun cerita tu memang kelakar! ^^ Aku nak bagi 4.5 bintang lah. Huahuahua..


Then, just window shopping je la. Ahaaa. Aku ada beli 2 pashmina tau and jam tangan and lain-lain. Macamana nak pakai pun tak tau lah kan. Hehe.


Apa pun. Aku still dalam mood penat lepas banyak berjalan semalam. Nanti jalan lupa tengok cerita Bini-biniku Gangster tau!! :)


P/S : Agak sedih sebab aku pergi potong rambut. Punya sayang dengan rambut panjang aku kan. Haha..! :p

Tuesday, September 20, 2011

Cita-cita

Assalamualaikum semua. :)



Lama gilaaaa aku tak mengupdate blog yg busyuk ni. Kalau ada pun just Wordless Wednesday. Bukan tak de masa. Cuma macam malas jer. Sebab lately banyak je hal yang nak kena settle. Time-time cuti hari tu kerja la sekejap before masuk UiTM. Then. Time-time nak masuk tu, banyak benda la nak kena kemas kan. Masa sampai lak, nak kena berpindah randah pulak kan. Haa. So. Macam tak de masa la pulak nak tulis blog. Weee.. [alasan semata-mata]. 



Masa aku sekarang hanya tertumpu dekat buku and friends. ahaa.. And ada cita-cita nak buat novel sendiri. Cita-cita sambilan. Cita-cita okaysss..! ^^ Tapi semua tu akan berlaku bila aku rajin. Kalau tak. Jangan harap  laa.. haha



Cita-cita aku nak jadi salah seorang board of director sebuah syarikat yang sangat besar. Besar betul impian kan? Well. Biasa la. Nama pun cita-cita kan. Haha.



Masa kecik-kecik dulu nak jadi doktor. Lepas tu nak kawen dengan anak raja. Masa tu umur 8-10 tahun. Ni nama nya terpengaruh dengan cerita-cerita kartun .



Lepas tu bila dah masuk sekolah menengah nak jadi lawyer. Sebab nak ikut jejak mak long aku. Kononnya lah kan. Macam la aku ni bijak sangat ye. Cakap depan orang pun tergagap-gagap. haha Tapi kalau loyer buruk dengan kawan-kawan yang segila-gila dengan aku tu pandai lah. ^_^



Then. Bila dah jadi mahasiswi, cita-cita berubah. Nak jadi seorang akauntan atau juruaudit. Sebab jurusan aku pun ke arah tu kan.



Sekarang pulak? haaa. Aku nak ada sebuah firma perakaunan sendiri. Lepas tu aku nak jadi bos yang baik. Dan aku nak ada pekerja sendiri. Hahaha



Amacam. Best tak cita-cita aku? ^^



Okay lah. Tiba-tiba nak cerita pasal cita-cita. Merepek-repek dah aku tulis ni. Got to go. Ada hal yang perlu disettle kan dengan segera.! :)



P/S : Apa cita-cita korang pulak ?