Tuesday, May 31, 2011

Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglists



Siti join lagi untuk bloglist..
Siti nak pilih Blog Mahasiswi Pilihan sebabnya Siti adalah seorang Mahasiswi..
 :):):)

Ramainya budak baru..!

Assalamualaikum..


Wah. Semalam aku tak dapat pun nak berblogging atas sebab line UiTM tak berapa betul sekejap..Ngee~

Tadi lepas kelas, aku n adik aku pergi bank. Kat situ ramai lah pulak adik-adik yang nak amek duit ke apa ntah. Aku tau, diorang budak-budak baru UiTM. Sebab nya. Ada la 2 3 orang budak laki ni. Tak pernah jumpa kot. Dengan peramah nya diorang berkenalan. Soklan2 bese kalau nak berkenalan tu kan :

Ko budak mana ah?
Ko dulu sekolah mana eh?
Ko kat UiTM jugak eh?
Ko amek course ape?
Weh, duit PTPTN dah masuk belom?
Eh. Ko dah daftar ke belom PTPTN?
Nanti nak balik U dengan apa ek? Bas kunyit tak nak datang la.




Haha.. Kelakar2. Tapi aku kesian jugak ngan budak2 ni tadi. Sebab aku tau bukan dekat nak cari transport kalau dari bank nak pergi bandar tu.

Then, kat luar bank tu ada sorang mak cik ngan 2 orang anak dia. Ya Allah. Sedih giler aku tengok anak-anak dia. Serius aku terasa kot. Sedih betul. Tak tau kenapa. Mungkin sebab anak-anak dia kecik lagi kot. Mak cik ni jual sabun dengan minyak kat tepi bank tu. Lastly, aku cakap kat adik aku, beli je lah sabun tu. Yang lebih dia tu kira halal. Sayu gile kot weh tengok anak-anak dia tu. Hurm.

Aku selalu pergi kelas dengan mereka..:)

Pastu, time balik tu, ramai jer budak-budak baru ni nak pergi kelas. Dari kolej tu kena lalu jambatan kat tasik. Pastu baru la sampai kelas. Pastu, time2 ni lah aku teringat zaman aku dulu. Jalan kaki 10 minit nak pergi kelas. Dengan kawan-kawan. Kat jambatan ni banyak giler kenangan aku. Sebab kalau aku nak kuar or gi kelas, of coz lah kena lalu jmbatan tu! Hehe..Nak lupa kan, sayang. Kalau tak lupa, sedih. Haha. =.=' poyo jer.. :p

Haa.. berbalik kepada cerita aku tadi, apa yang pasti, hari ni memang ramai budak2 diploma sebab before ni, tak de orang pun melainkan budak-budak degree. Kan diorang habis paper awal hari tu. :)


Nway., Kepada bebudak baru, belajar betul-betul yer.. Jangan main-main belajar tu. Masa awal-awal ni lah nak score. Nanti dah last2 makin susah. Haa..

:):):)


Sunday, May 29, 2011

Sangat relax malam ni.

Assalamualaikum..

Wah.. Relax gila aku malam ni.. Macam tak de kerja sekolah pulak nak buat ek. Takpe laa.. Hari ni rehat sikit. Semalam tidur pukul 4 kot nak study. Sebab hari ni aku ada ujian bulanan. Haha

Currently aku ada dekat Emba. Korang tau? Of coz laa tak tahu. Sebab korang bukan student sini. Tadi baru lepas meeting debat. Datang jer pun. Bukan buat pape pun. Ingat aku ketua?? Anak-anak jer boleh lah. Haha  Next week dah start Pertandingan Debat Pantai Timur. Mai pakat datang ramai2 yerr.. :):):)

Malam ni ingat nak study. Mimie dah start study. Ada bukti.. Tengok2. Serius gila muka dia study.


Ha. Yang satu tu kalkulator aku. Yang satu lagi tu mimie punya. Kononnya aku ni nak study. Last2, ngadap laptop jer ni ha. Haha.



Kucing ni comel kan. Dia ada adik beradik tau. Ade kaler kuning, oren. Dengan ada mak dia. Comel giler kucing ni. 

....Mioww....
:):):)

Saturday, May 28, 2011

Apa orang kata mengenai ingat orang jauh?



Dulu kan.. Masa aku kecik-kecik mak aku ada cakap. Kalau kita ingat seseorang tu, orang tu akan ingat kita balik. Biasanya orang jauh lah. Aku pun tak tau kebenarannya. Kalau betul baguslah kan. At least ada jugak orang ingat kat kita.

Ada sekali tu kan. Aku asyik teringat kat sorang cikgu ni. Tak tau lah. Dah lama giler tak jumpa kot kan. Hari tu, aku asyik ingat jer kat cikgu ni. Tetiba time aku pergi beli barang, memang aku terjumpa dia. Instinct aku kot. Sebab tu aku asyik teringat jer kot kan? Haha

Hurm. Agak-agak nya lah kan. Kalau kita ingat orang tu, orang tu akan ingat kita balik tak? Aku pun terwonder2. Aku teringin nak tau lah jugak kan. Aku pernah buat eksperiman dengan kawan aku dulu. Alah. Tu zaman budak-budak. Aku cakap kat dia, 'kalau kau ingat aku, esok kau bagitau aku tau. Aku nak tau samada aku ingat kau ke tak masa kat rumah'. Haha. Ada pulak macam tu kan? Tapi tu masa aku sekolah rendah. Macam budak2.


Tak pe lah. Aku tak kisah kalau orang ingat aku atau tak. Yang penting aku akan selalu ingat semua kawan-kawan aku. Dan family aku. Mak. Ayah. Adik-adik. Dan aku juga ingat dia.. perhaps. Erm.Tak kisah lah kan.

BTW.
Friends. PLEASE DONT FORGET ME.. :):):).

Mencari blogger Wanita

Selamat pagi semua.. 


Sape yang rasa dy perempuan. Sila lah click disini.

Sonang ja. Dop susah mane pom.
:):):)


KOSONG

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PENANTIAN ADALAH SUATU PENYEKSAAN. AND I HATE IT!

Friday, May 27, 2011

Blogger Support Blogger : Wajib Support!

I wanna to join it again..again.. and again..:)



BLOGGER INI DIKELILINGI OLEH BUNGA-BUNGA DAN KUMBANG-KUMBANG MAYA

Bloglist NMirmo ^.^

Harini nak join bloglist Nnirmo.. Asyik menjoin jer kerja aku untuk minggu ni kan..^^



Siti nak pilih gambar yang ni sebab comel sangat. :):):)

My nickname : Siti Suriani

Selamat Pagi !



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Woah. Dah pukul 10.31 rupernyer ye.. Pagi-pagi bangun terus buka my blog yang kucar kacir ni. Guest what. Dari malam tadi aku tak ley nak follow sesape. Sebabnya, follower dekat blog diorang tak keluar pun. Either my blog is mengong or blogger yang buat hal. Besenyer blogger lah yang buat problem kan. ^.^

Aku tak leh nak tido ngan lena pun semalam. Kul 4 lebih kot baru boleh tidur. Tergolek sana. Tergolek sini. Pusing sana. Pusing sini. Pastu baru boleh tidur. Ni lah akibatnya kalau aku tido petang. See, malam pulak susah nak tidur.. AIsh.. =.='

Bese nya kan, kalau aku tido,mesti kena ada benda2 alah ni .. :
My pink bear
My pink pillow
My Green and purple kaen pelikat

Haa.. Kalau ada 3 benda ni pun dah cukup untuk buat aku lena especially kain pelikat. Dah 5 tahun kot weh. Habit aku time tidur, letak kaen pelikat kat muka. Tak pelik pun kan.kan.kan. Tapi semalam. =.='


^^Lama giler baru aku nak tengok ^^

Eh. Malam tadi kan, aku baru tengok citer aku tak bodoh dekat Youtube. Dah lama baru nak tengok kan. Biar lah! Kelakar tu memang kelakar. Tapi yang last tu. Aisey. Quite touching la. Sampai aku pun boleh menangis kot. Sikit la. Haha

Nway.. Good morning okay.Brush your teeth. Take a bath. Don't make your body smelly. Take a breakfast. Enjoy your day today. And to man. Dont forget your semayang Jumaat okay! Haha


Thursday, May 26, 2011

Ben Ashaari Ajak Serbu Blog Baru



Jom kita terjah.. hehe :)

Malam ni malam jumaat. Hee~



Assalamualaikum to readers.

Woah.I'm really tired right now..! Padahal kelas pagi je kot hari ni!
Ni pun baru balik from makan malam. Makan aku for this 2 weeks di support oleh UiTM! THANK YOU. THANK YOU..hehe

Actually aku baru balik dari pasar malam Dungun. For your information, pasar malam ni yadalah yang paling besar kat Malaysia ni. Ye lah kau. Tengok la pasar dia. Sampai boleh sesat kot! *Sesat la sangat siti!


Citer yang aku nak story mory ni sebenarnya : Aku men hujan atas motor tadi! Abis basah seluar. Yes.. Yang paling bes tu. Ada kereta langgar air kat jalan. Sekaligus.. Pufff! Waa. Habis basah kitorang. Memang kureng punyer kereta. Tau laa ada kereta. Bawak la slow2. Cian kat kitorang tau basah. Dah la hujan kan. =.='


Tapi oke lah. Dah lama tak merempit bersama my BFF.. Amilla.. haha.. Aku promote ko weyh kat sini..Haha..



P/S : Gi beli Tongkengss ayam jer pun tadi.. hehe


Giveaway Belog Nemomimosh



Bes nyer kalau dapat hadiah kan..kan..kan..
hehehe
:):):)

Inform them :


Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia


Aku nak letak blog aku ni under kategori :

Blog Personal Wanita Pilihan

Actually blog ni lebih kepada personal dan juga pendapat-pendapat tentang berita terkini.
Guest what. Sebenarnya ni blog aku ni yang KETIGA! Yang first and second tu tak ingat pasword pun. Melampau2 punyer pasword. Last2 tak hengat..hehe

Misssabrinaa Spirit ni aku buat pada 22 June 2010. Sehari selepas hari istimewa untuk diri aku..erm.. :) Kenapa nama dye MiSssabrinaa Spirit? Tak pe lah.. Biar aku jer yang tau. Lagi pun, tak suruh citer pun kan.. :p

Sape yang ajar aku buat blog? Tak de sape pun. Buat sendiri. Aku ni jenis suka tulis diary. So, mestilah suka menulis kan. That's why teringin nak ada blog sendiri. Tapi before ni, line internet susah nak cari. So, jarang update. Sekarang dah ada line internet. Sokmo2 lah update yer.. :)

Tapi yang pasti. Aku sangat puas dalam berblogging. Entah. Seronok pun ada. Ye lah. Budak baru nak belajar lah kot ni kan. Hehe.. Dekat blog ni, aku banyak belajar benda-benda baru. Dan juga tahu isu-isu sekarang. Pendapat2 kawan2. Info-info yang memang aku tak kan cari kat dalam google tu pun. Haha

Lagi satu, kat blog aku boleh suke2 ati je nak tulis ape pun. Sedih ke. Ketawa ke. Gembira ke. Marah ke. Everything lah..:)

Btw,
I really love my blog!

Tuesday, May 24, 2011

CM5 : Wahai Pembuang Bayi, bacalah ini.

'Pembuang bayi?? Bunuh bayi? Kau dah jadi pembunuh!'




Zaman sekarang ni kan. Dah terlampau banyak berita-berita yang kita dengar tentang pembuangan bayi. Apa ni? Tak sayang ke dengan baby2 comel ni. 9 bulan. 9 bulan okay korang mengandung. Then, dengan senang hati korang buang baby2 ni. Alahai. Kenapa perlu tambahkan dosa.? Dengan dosa kalian berzina lagi. Pastu kalian buang bayi tu lagi. Sekaligus kalian bunuh bayi tu. Ini semua dosa-dosa besar okay!


Pada pendapat aku, pembuang bayi ni, akan membuang bayi mereka kerana tertekan dengan apa yang telah mereka lakukan sebelum ni. Mereka fikir yang mereka dapat menutup salah mereka yang memang dah ternyata salah !

Aish.. Aku kesian sangat dengan bayi2 ni. Apa salah diorang? Apa dosa diorang? Andai kalian tak nak baby tu. Berikan jer dekat orang yang lebih memerlukan anak. Orang yang nak kan anak, akan sanggup mengambil dan menjaga baby kalian tu. Anak itu rezeki. Orang yang tidak pandai menggunakan akal saja yang snggup buang anak ni.! =.=' 

Ni adalah contoh-contoh nasib bayi yang telah dibuang. Aku sedih sangat tau tengok baby2 ni. Kenapa kalian tegar buat macam ni!




Aku nak letak banyak lagi gambar. Tapi aku tak sanggup nak tengok. Wahai pembuang bayi. Tegarkah kalian melihat gambar-gambar ni? Suka lah hati kan? Tak rasa bersalah kah dengan tindakan kalian?

Ni la stastistik yang aku cari kat google untuk tahap umur orang yang membuang bayi. 


Aku sangat berharap yang mereka insaf dengan perbuatan mereka. Please lah jangan buat macam ni. Ni tindakan yang sangat kejam. Bunuh Bayi tu ingat tak kejam ke? Nak2 perempuan yang lakukan perbuatan ni kan? Sejak bila kaum yang lemah ni boleh menjadi kuat untuk membunuh,???

Hurm. Kalau nak kurangkan pembuangan bayi ni lah kan. Baik kalian kahwin je lah. Itu lah jalan yang paling sesuai sekali. Kalau kahwin, pasti! Kalian akan sayangkan baby2 comel kalian. Dan aktiviti-aktiviti seks bebas ni, henti2kan lah. Buat tambah dosa je. Karang mengandung, buang lagi anak. Insaflah wahai Pembuang bayi. Dan kepada sesiapa yang ada niat tu, bertaubatlah!

Semoga mereka dibukakan hati untuk bertaubat dari apa yang telah mereka lakukan.





Tag :

Monday, May 23, 2011

Cerita Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari



Nisha OTW ke LRT

Nisha : Adoyaii.. Lambat dah aku ni.. Nak dekat kul 8 dah ni!! Dah laaa hari ni ada interview nak jadi eksekutif akauntan.. Ni sume pak cik teksi ni punya pasal lah ni! Lambat sangat nak amek aku... Aku kata pukul 7. Dia datang kul 7.40! Ish..

Lari punya lari lepas beli tiket train. Tetiba Nisha terlanggar ngan sorang mamat ni dekat depan tempat beli tiket. 2 3 keping fail yang dibawa Nisha pun terjatuh. Berselerak.

Nisha : Eh. Awak ni! Tak nampak ke saya dah lambat ni?? Saya ada interview tau tak kejap lagi! Yang awak pergi langgar saya ni kenapa? Mata letak kat mana? Ish!

Areliff : Hello sis! Saya peduli apa ngan interview awak tu? Awak yang langgar saya, nak kata saya salah pulak?? Patutnya awak yang kena mintak maaf kat saya okay! Awak tak nampak saya tengah Kupas Oren ni????

Nisha : Ah. Gi Kupas Oren tengah 2 jalan tu pasal apa?? Bukan nak mintak maaf! Dah laa ..! Saya dah lambat ni!!

Nisha berlari ke tempat train tanpa menyedari tiket nya dah terjatuh sekali tadi.

Areliff : Eh.. Tiket awak?? Yang lari tu pasal ape? Tiket ada kat aku. =.='

Nisha pun berlari nak pergi naek train. Tetiba :

Nisha : Eh. Mana pulak aku punya tiket ni? Alamak.. Adoi! Macamana ni. Aku nak gi interview ni.. Mak!Ayah!Waa.. Tiket Nisha dah hilang!

Nisha menangis. 

Maggiboy : Kak. Kenapa kak menangis.


Si cilik menegur. 

Nisha : Tiket akak dah hilang dik.

Maggiboy : Ada abang hensem tu bagi tiket ni kat kakak.


Nisha : Ha? Abang hensem?

Meggiboy : Haah. Dia cakap. Sori pasal dia langgar dia tadi.

Nisha : Oh. Yeke. Terima kasih ye adik.

Nisha pun memasuki train dengan gembira. Tapi serba salah.

Lalu train itu pun bergerak dengan lajunya. Selaju impian Nisha untuk sampai ke tempat tujuan nya. 


Dalam train. 

Nisha : Hurm. Kesian pulak aku tengok dia tadi. Tak pasal2 kena marah ngan aku. Tapi kalau tengok balik. Macam muka Abg Ben Ashaari pun ada. Macam muka Ashraf Muslim pun ada. Hensem. (gelak Nisha dalam hati.) 

Dah sampai ke destinasi. Firma akauntan Big Gigi Luna Lanun.

Nisha : Fuh. Nasib bek tepat pada masa.

Setiausaha Fara : Cik Nisha? Sila masuk untuk interview.

Nisha : Oh. Baik. (nasib baik tul sempat)

Nisha pun masuk ke bilik pejabat.

Nisha : Assalamualaikum.

Pihak temuduga tu pun palingkan muka nya pasal kerusi tu mengadap tingkap.

Areliff : Waalaikumusalam.
Nisha : Awak????????Yang dekat terminal LRT tadi????

Lalu Nisha pun terkejut pasal Areliff tu rupanya lelaki yang dia terlanggar tadi. Rupanya Areliff tu CEO! 


Lastly.. Nisha pun dapat kerja kat Firma Big Gigi Luna Lanun. And diorang bercinta. Inilah kisah pendek Cinta Pandang Pertama Di Terminal LRT bersama Buah Oren.


Pelakon-pelakonnya :
Firma Big Gigi Luna Lanun
Setiausaha Fara
Meggi Boy
Nisha
Kupas Oren
Areliff
Pelakon Tambahan :
Abg Ben Ashaari
Asyraf Muslim

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Asssalamualaikum wrb..




Jom click kat header.. Kita ramai-ramai join segmen kreatif Ben Ashaari.. :)


CM4 : Persiapan sebelum UPDATE Blog




Assalamualaikum semua.

Wah. Oleh kerana aku nak mengejar cabaran 30 ni kan..so, aku dah abiskan masa 2 hari iaitu hari ni dan semalam untuk buat 4 entry ni ek. Semangat gila aku kan? Tapi tak pe lah. Dah aku nak sahut cabaran tu kan. Nak kata apa? Ada aku kisah? :)

Berbalik pada tajuk kat atas ni. Persiapan nak Update Blog. Nak Update pun kena ada persiapan ke? Hurm.Ada persiapan2 ni macam nak raya pun ada. Haha..

Oke2.Kalau aku lah kan. Before aku nak update blog. Bese nya aku tak de pun nak buat2 persiapan ni. Sebabnya blog aku ni lebih kepada personal. Yup. Luahan hati aku. Cuma stail aku tak de lah terlalu direct to the point.. Maybe aku luahkan ngan sajak ke.. Err.. Ye ke sajak?






Honestly, aku tak de pun buat apa-apa persiapan untuk update blog ni. Just tulis bila idea tu datang . Lantas jari-jemari aku pun cepat menaip. Pastu, bila aku dah siap tulis, aku baca balik sampai aku puas hati. Bila dah puas hati sume2 , aku akan masukkan gambar. Nanti bosan lak kan takde gambar. Normally aku cari kat google tu jer. Sebab aku bukan photographer yang ada banyak gambar2 ni. Lepas dah siap , baru aku post kan. SIAP.. Camtu jer. Haa.

Sometimes, tak semestinya entry aku berkenaan dengan personal. Ada juga aku selitkan lirik2 lagu, or berita2 terkini kan. So, apa yang aku kena buat, aku kena search kat google untuk latest news. Then, baru aku olah sikit. Untuk lirik lagu lak, aku just search je la. Keluar lah lirik tu untuk aku kongsikan. Haa..




Tapi..! Haa.. ada tapi nya. Kalau aku nak update blog, time2 aku free je lah. Time-time takde keje. Boleh lah aku update blog aku yang tak seberapa ni. Pastu, kena ada wireless or broadband. Kalau tak cane lak nak update blog kan? Kalau tengah2 buzy tu, jangan harap aku nak buka blog. Especially time final. Kalau buka lah kan. Memang lambat ah nak tutup. :p

Besenyer lah kan, aku blogwalking dulu dekat blog rakan2 yang lain. Kadang-kadang, bila aku baca blog orang len, aku boleh la dapat idea sikit-sikit kan. So, from there, aku dapat lah idea, samada aku nak buat ayat skema, or professional ke, or, cam ala-ala otai ke, sempoi ke. Haa..

So, apa yang aku dapat cakap. Itu je lah persiapan aku untuk UPDATE blog. Sempoi jer..

:):):)








Nak tag sape yer..

Haticikgadis
Sayabintang

CM3 : Keghairahan Popular Di Dunia Maya



Keghairahan Popular Di Dunia Maya? Apakah kita semua boleh popular di dunia maya? Di dunia tanpa sempadan ni? Adakah popular di dunia maya ini sama dengan popular seorang artis, penyanyi or pelakon?

Of course lah boleh..! Popular tak semestinya di dunia luar seperti mana yang kita kenal artis-artis di luar sana. Kita juga boleh menjadi popular hanya melalui dunia maya tanpa batasan ni. Sebagai contoh. Sape yang tak kenal dengan Ben Ashaari? Fatin Liyana? Mempunyai followers sehingga puluhan ribu. Mereka dikenali kan? Hanya melalui blogger je kan.




Jadi, ramai bloggers yang ingin menjadi seperti mereka yang saya sebut tadi untuk menjadi popular seperti mana Ben Ashaari dan yang lain-lain. So, diorang akan cuba untuk membuat segala bagai menda supaya diorang boleh jadi popular.


Popular kat dunia maya ni bukan setakat di blog. Zaman IT sekarang dah mempunyai pelbagai jenis laman sosial contaohnya Facebook, Twitter, Myspace dan Friendster. Mereka akan try untuk add ramai rakan2 yang dikenali atau pun tidak hanya kerana nak tengok friends diorang tu ramai. So, nampak cam femes lah tu kot kan. Haa..

Especially Facebook. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang. Ye lah. Tak salah pun nak kongsi gambar. Tapi kalau dah gambar tayang body sana. Tayang sini. Peluk BF/GF lah. Itu lah. Ini lah. Hanya untuk nak jadi femes. Bek tak payah la yer.. Macam tak berapa nak sesuai jer.

Contoh lain yang aku boleh bagi cam Yuna. Tak silap aku dia femes pun melalui dunia maya ni jugak. MySpace tak silap aku. See..From that kind of social web pun, she's can be famous jugak kan? hehe
Haa.. Ada satu lagi.. Using YouTube pun, kita boleh jadi famous. Kan? Contohnya Cikgu Sheeda. Dia nyanyi lagu kat dalam YouTube. Dia dikenali kan? From the ordinary person, she's can be a famous person by using IT..! kan?!

So.. Ramai orang2 bese nak jadi popular di dunia maya. Itu memang tak dapat dinafikan.. :):):)


And..Sesape yang nak join sile klik dibawah ni yer.. :)