Sunday, May 22, 2011

CM1 : Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan ...



RM100?? Wah.. Kalau lah tetiba kan, ada orang nak bagi aku Rm100.. Bersyukur gila aku. Nak-nak aku sekarang ni pun tengah agak2 sengkek lah jugak kan. Duduk sini, duit mak ayah bagi. Kesian pulak lah kat diorang kan. Asyik2 mintak duit kat diorang jer... Ingat senang nak cari duit? haha


Haa.. So, duit RM100 ni, of course lah aku nak beli makanan aku time aku belajar ni. Makan itu penting ok. Kalau tak makan sakit perut pulak. Kalau sakit perut sapa susah? Aku jugak susah. Mujur jer klinik ada kat depan kolej aku ni ha. Kalau tak? Lu pikir la sendiri. Haha. Tapi betul lah. Makan tu penting kan? Kalau tak, mana nak dapat tenaga. Tenaga tu penting sebab aku ni kuat cakap. Nak cakap perlukan tenaga kan. Haha.




Then. Aku nak gi isi minyak kereta aku. Nak gi kelas nek kete. Bila nek kete, guna minyak. Bila guna minyak, kena lah isi minyak kan? Bila dah isi, of course lah kena bayar guna duit. Haa.. Apa lagi. Guna la separuh dari RM 100 tu. Kan.Kan.Kan. Tahan la untuk 2 minggu ke. Okey la tu. Kerete kecik2 jer pun. Kereta pun nak makan jugak. Ingat manusia macam kita je nak makan? Kereta pun nak ada tenga jugak. Kalau tak tersemput-semput pulak yer.. =p




Haa. Lagi satu. TOPUP. Ye lah. Nak kol mak ayah. Adik-adik. Kawan kawan. Kena guna topup kan?? So, orang dah bagi RM 100 tu. Pandai-pandai la budget untuk topup sikit? Jangan lah nak boros2 sangat. Aku ni sokmo2 rindu mak ayah. Boleh dikatakan hari-hari aku kol, or diorang akan kol aku. So, TOPUP itu penting kan? :)

Ha.. Tu je lah kot. Kalau ada orang betul-betul kasi aku RM100 pun oke gak. Alhamdulillah. Bersyukur itu penting ok. Rezeki datang nya dari Allah. Faham kawan-kawan? Hehe Apa-apa pun, beli yang penting-penting. Beli benda ikut keperluan, bukan kemahuan. Ni prinsip aku dari dulu lagi. Kalau nak beli tu beli benda-benda yang patut je. Tak de lah aku nak kata tak boleh beli apa yang aku suka. Maksudnya benda-benda yang tak penting tu tak payah lah nak beli kalau tengah-tengah sengkek ni. Understand? Berjimat tu kan lebih baek dari berboros. Make sure dalam dompet tu kena ada duit. Biar sikit, tapi ada. Lebih baek dari tak de langsung kan? Nanti tetiba urgent ke, boleh jugak guna duit tu.. Ni sekadar pandangan sahaja,.. :):):)

Urm...Tu je lah kot untuk kali ini.. Walawehhh~~

Mangsa tag :

Lemon
Shikin Sunshine
CikTom

sape nak join.. Ni link dy.. http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html

P/S : Ni yang buat aku nak men ngan churp2 ni.. Haha.


:):):)

4 comments:

100penulis said...

salam,

maaf lambat baca entri.. ada keja harian kblkgn ni. anyway nk maklumkan link entri ni da masuk senarai, dapat markah penuh lagi

Siti Suriani said...

thanks sebab dah msuk senarai.. :)

fA!Z said...

wahh.. cukup ke rm100 tu?? hehe.. tahniah dapat markah penuh.. ni yang terasa nak join ni..

humbleyat said...

wah...nak isi minyak keter jugak :-)