Thursday, June 28, 2012

F.R.I.E.N.D.S

As'Salam semua.. :)

So. Harini dah 28hb June 2012. Kawan-kawan praktikal aku sepanjang kitorang kat Pharmaniaga ni dah habis dah belajar kat sini kelmarin. Diorang kene habis awal sebab course kitorang lain-lain. Ada yang finance, akaun, operation management, logistic, and macam-macam la. Campur-campur. 

Hurm. kitorang selalu makan sama-sama. Tempat yang selalu kitorang pergi tak laen tak bukan kat Kelantan Piow, belakang Kelantan Piow tu, Barra, Ridance, Medan Seksyen 7, Hakim [ Eh, macam jarang jer ] , seksyen 13, Padang Jawa, Wang Solo, and tempat laen tu jarang laa. Haha. [AKU PUN TAK FAHAM KENAPE PERLU AKU TULIS SEMUA NAMA-NAMA KEDAI NI. HAHAHAHA]. 

Mula-mula dulu memang selalu laa keluar sama tengahari. Cuma lately, not lately jugak la, dalam sebulan ni, jarang dah makan sama ngan diorang. Tersedih pulak. hehe

Kalau dulu, ada si Laila Syamimi. Tapi beliau keluar pindah kat tempat laen. [Mimi, aku masukkan nama kau kat sini sekejap]. Motiff sangat kannn.. hak hak hak.



Dari si adik maniss baju putih ni nama dia Nani, Fatimah, Dayang, Izzatul, Ily Nadrah dan Siti Suriani yang dah makin gemuks ni! [ Terobses dengan kegemukan sebab sangat terkejut dengan perubahan diri yang makin ketara! Opss! Terlebey sudaaa.. hik hik hik ]


Jap, satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Laa.. Tertinggal sorang lagi. Arip! Haha. Dia pun salah sorang dari 'geng budak praktikal' yang rapat ngan kitorang. Tapi time ni dia duk kat bawah. Dekat tingkat 1. So, tak dapat jumpa. Tak pe laa.. Ada jugak ko kat kad yang Zatul tolong buatkan. Special untuk diorang. Hehe. Comel kan.kan.kan... Tengok la sape yang wat. Kan Zatul kan. Hahaha


So, apa pun, good luck untuk korang. Best dapat jumpa kawan macam korang. Good luck okay atas apa pun korang lakukan.

Nani, Dayang, Illy and [Zatul, Arip and Fat in advance..hehe] :  Gonna miss u all friends! Muaxxxx! Chiowww..! :D

P/S : Nani, special aku wat entry ni untuk korang tau. haha.

Tuesday, June 26, 2012

Tresure Hunt

As'Salam,

Tweet-tweet. Eh. Bertwitting pulak.. Haha Ahaa.. Sabtu hari tu aku ada join program yang company tempat aku praktikal buat. TREASURE HUNT! Kitorang just main dekat Putrajaya. And gambar yang 4 orang ni adalah group aku! :) [terserlah kegemukan dah aku weeehhhh.haha]



Banyak sangat pengalaman and pengajaran yang aku dapat dalam game ni. Yang penting kerjasama. Nak main benda ni bukan nak cepat sangat sebenarnya. Tapi jawapan yang betul-betul tepat. Kan dia ada bagi masa yang secukupnya nak cari jawapan kan? Cume kitorang banyak careless. Jawapan dah jumpa tapi tak jawab dengan lengkap. So?

Apa yang penting lagi? Enjoy that game. Whatever game yang korang men, fikir it's just untuk fun jer.. Tak yah nak stress sangat.

Lagi satu, jangan terlalu ego. Haa. Kenapa aku cakap macam ni? Tak pe lahh. Biar aku jer yang tahu. heh3

So, tak kisah laa aku tak menang pun, janji aku dah dapat banyak pengalaman dari game ni. SERONOK jugak pe.. Habis hitam muka aku. hehe



P/S : Nak upload gambar banyak2. Tapi ini jer yang boleh diupload. Yang lain jadi corrupt. Sebab apa pun tak tahu..

Wednesday, June 20, 2012

Bersih!

As'Salam,


Betapa penuh nya desktop aku dengan icon-icon yang agak tak berguna..Haaa.. semak tau tak semak? Haha



Haa.. ni dalam proses nak clean up desktop aku yang cantik sangat ni..


Tadaa..!!! Bersih kot! Sayang betul.. Tak boleh nak tukar gambar.. kalau tak aku dah buat kosong jer dah.. hehe..



P/S : tak sabar nak join treasure hunt dekat Putrajaya Sabtu ni.. Tema Euro 2012 kot! hehe

Wednesday, June 13, 2012

Muhasabah



'Apabila Allah mengambil dari kamu apa yang kamu tidak sanggup kehilangannya, maka Allah memberi kamu sesuatu yang kamu tak sangka akan memilikinya.'

Sheikh Mutawalli Sya'arawi

Monday, June 11, 2012

Life must be go on. :')

As'Salam,

Tiada apa yang diceritakan hari ni. Mood untuk menulis masih tiada. Ahaa. Jadi, aku merehatkan kepala ku dengan membaca blog rakan-rakan blogger. Dan tiba-tiba ada satu artikel lama yang menarik perhatian aku. Jom baca tentang topik : BUAT MEREKA YANG BERCOUPLE.? Artikel ni dia tulis masa bulan Januari lalu. Time aku baca, macam-macam perasaan yang aku rasa. Bersyukur, redha, sedih, kesal. Macam-macam la. Apa-apa pun, life must be go on. Allah is always beside you. Trust Him and you will get the best from Him.


Doalah:

“Ya Allah, kalau dialah yang ditakdirkan untuk diriku,maka simpanlah perasaan cintaku padanya ini hingga tiba masanya dan selamatkan kami dari murkaMu”. Namun, jika dia bukanlah yang ditakdirkan untuk diriku,maka berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku lempar perasaan cinta ini, jauh ke ufuk langit. Semoga perasaan cintaku ini dapat ku curahkan pada seseorang yang benar-benar ditakdirkan untuk diriku". “Ya Allah, janganlah Kau jadikan seseorang tu leka disebabkan diriku”. Amin.



Waallahualam.

Monday, June 4, 2012

Oh hari Ahad ku. ^_^

As'salam,

Okay. Ni cerita bersambung dari hari Sabtu tadi. Disebabkan aku bukan orang Shah Alam [ Saya bangga jadi orang Bentong aka belajar di Terengganu ] , so saja nak bagitau yang lastly aku berjaya jugak pergi kat Pasar Karat kat Stadium Shah Alam sana. Ahaa. Ingat senang nak gi situ? Kena bangun pagi-pagi tuu. Kalau orang yang malas nak bangun pagi, memang tak yah laa pergi sana. Haha


Tempat dia lebih kurang macam kat Uptown jer. Cuma dia pagi and hari Ahad jer. Barang murah-murah plak tu.


Ahaa.. Lastly. Tak faham aku asal aku excited nak bagitau yang aku pergi tempat ni. Haha


Then, aku and adik aku pergi kat Library Tun Uda kot kalau tak silap nama dia. Besar giler kot. Selesa plak tu. Kalau laa aku belajar kat Shah Alam, sure aku study kat sini. [ Ye ke? ] :p

Gambar kat atas ni, aku siap boleh tido lagi. Pastu online youtube. Haha



Petang tu kitorang balik rumah siap-siap sume sebab pagi time kitorang gi tu, kitorang tak mandi pun lagi.Teruk betul laa anak dara macam ni. Wakakaka..


Petang tu pi pusing makan angin jap kat Tasik Shah Alam seksyen 2 tu. Mengurangkan 110 kalori. Haha Pastu, malam tu nak pergi Sunway sebab ana nak cari barang apa entah. So, sampai jer Sunway, terus pekena Ayam Penyet kat situ. Sambal dia sedap! Sampai tak terkata pedas dia. Member kitorang suggest tempat ni. Nyummmm.. :p


Pilih-pilih laa combo mana korang nak..


Sebelum dannn..


Selepas.. Habis licin. Haha


Ni dia adik aku..! Haha


And ni member kitorang yang suggest kan! malu-malu plak nak amek gambar. bwerk. hahaha


Gambar ni tak de motif pun. Ni laa tempat yang Ana nak pergi tu.. Weeee~


P/S : Okay! Penat berjalan. Kitorang pun balik. TIDO! :D

Hari minggu hari menghabiskan duit!

As'Salam,

Hari ni hari bekerja. Cepat giler masa berlalu. Cepat jer dah bulan 6.. :')

Ahaa.. Hari minggu kali ni memang hari menghabiskan duit. Cepat giler. Padahal baru awal bulan! Haha

Ni nama jer pegi kedai makan. Tapi tak pi makan pun. Kenyang weh.. Makan kat kenduri kawen, ada pulak laa lauk super faveret aku. Acar asam manis. nyumm..

Order pehelizzz.. :D

Teman adik aku jer makan. Pekene roti canai jer boss..

Sampai 3 keping adik aku bantai. Ish3..


Then, malam tu pergi Uptown. Plan nak window shopping jer.. Kui3. Nama jer plan. Tak ley cayee langsung.


Jangan tertipu. Tak ori punyer. Tapi disebabkan aku semangat nak joging. Then ada netball hujung minggu ni, terpaksa laa beli sepasang. Peace.. v(^-^)v



Ni lagi 2 pashmina aku beli. Konon nak beli satu jer. Tapi disebabkan orang tu bagi murah, aku pun terpedaya sehingga terpaksa beli 2 helai. Sobbss.. :')


Ni terpaksa beli jugak keronsang kecil ni sebab memang adat laa, beli sepuluh keronsang, sepuluh2 tu hilang. Haha


P/S : Fiuhh. Memang tersangat penat!

Saturday, June 2, 2012

Kak Nurul dan Abg Jako !

As'Salam,

Fiuhhh.. Penat giler! hehe Aku baru je lepas pergi ke kenduri kahwen Kak Nurul dan Abg Jako. Waa.. Tahniah.. tahniah..


Seronok jer bile tengok dia kawen. Oh yer. Lupa. Kak Nurul tu bos aku dekat Bigtaste. Ahaa.. Muda-muda dah jadi tokey kedai western food kan.. :p


Okay2. Tadi ada juga laa snap2 gambar. Tapi nya belum di upload lagi dari kamera. Tapi bukan kamera aku laa.. Kamera kawan aku. Nak ambik gune kamera sendiri, tapi bateri habis.. Nak ambik gune phone, tapi memory card pulak tibe-tibe wat hal.. Wakakaka..


Penat dah. Nak berehat bersama kitkat! Eceee.. Chowww!


P/S : Yey. dapat coklat free lagi. Memang makin-makin tembam dah aku ni.. Hehe
P/S : Nak kawen jugakk macam bos saya! ;p

Friday, June 1, 2012

Malang Tak berbau.

As'Salam.. :)



Ya..ya..ya..Aku still kat opis.. Tapi dah nak balik.. Tapi before nak balik, tersangat sempat laa kan nak mencoret kan sesuatu kat sini. hehehe


Ehem. malang tak berbau. Sapa yang boleh tau kan? Tadi, time lunch hour aku tak pergi makan tengahari. So, aku dan adik aku Ana, pergi Ole-Ole sebab dy nak beli kasut sukan. Pastu, time nak balik tu, tak tau kenapa aku pergi ikut jalan jauh, yang pergi ikut Pusat bandar Shah Alam. Then, yang pasti memang kena ikut bulatan la kan? Tengah- tengah aku tunggu nak jalan, ada pulak minah 2 ekor ni pakai Savvy hitam pi langgar kereta kancil kenit aku ni..! Aduhai, lain kali pakai laa cermin mata besar sikit kalau ye punn.. PANDANG DEPAN ! Aku ni dah laa cepat gelabahh..


Pastu, disebabkan tempat dah jadi macam agak jem, aku and adik aku pun mintak dia ke depan sikit. Aku terus, pastu boleh pulak dia tak ikut? Tu laa.. Salah aku jugak. Patut suruh dia jalan dulu.. Hermm..


Tapi aku takde laa marah sangat sebab aku pun tak tau asal aku tak marah-marah. Haha. Adik aku je laa agak baran sikit.. Aku laa yang kena dengar dia membebel kat kereta tu. Hehe


So, Kitorang pun pergi laa kat balai polis Seksyen 7. HAMPEH! Then, terus gi kat seksyen 9. Tapi lama sangat. Orang pun ramai. So, balik opis je laa jawabnya.. Malam baru nak buat report. Hehe


APa-apa pun , aku tak de laa rasa sangat sebab aku anggap benda tu ujian Allah. Series ni.. Hak3.
Cuma aku harap orang tu dapat balasan jer.. Kitorang dah ajak cara baik, korang lari kan? Korang masih BERHUTANG dengan kitorang. Tanggung laa dosa korang. huhu


P/S : Walaupun aku tak membebel and marah-marah.. Tapi geram tu mesti sebab aku cakap elok-elok okay. Korang plak boleh blah jer camtu.. =.='

Sape jumpa plat kereta ni tolong bagitau aku : MNE / WNE 8357 Savvy Hitam (bukan mettalic)