Monday, March 26, 2012

Annual Dinner

Assalamualaikum semua.. :)

Penat. Penat. Penat.

Sabtu baru ni aku ada Annual dinner Pharmaniaga. Lokasi dekat Hotel Royal Raja Chulan KL. Start majlis pukul 8 malam. Tapi aku dengan kengkawan kena datang pukul 10 pagi kot! Awal gilerr. Haha.

Datang awal pun bersebab. Sebab aku jadi committee untuk bagi door gift kat orang yang ramai dia lebih kurang 1000 orang. Fiuhhh..

 Aku datang awal. So, Ambik je laa gambar dulu puas2. Hak3


 Weeee~

 Door gift yang kitorang dah susun. 40 minit jer pun buat mende alah ni. 

 Makan tengahri kitorang yang unutk committe.

 Taddaaa.. Dah siap pun aku. 

 Dengan sebahagian dari finance staff. :)

 Dengan kak ros and husband. Dia macam cikgu yang banyak ajar aku kat sini. hihi

 Dengan kawan aku dari warehouse. :)

 With committee.

 Menu untuk malam tu. Nyumm. Tapi tak banyak makan pun. :(

Ni bahagian depan. Bahagian taman belakang ada lagi meja. Woahh. :p

Wednesday, March 21, 2012

Hari merah Pharmaniaga

Assalamualaikum. :)

Dah 21hb March dah rupanya kan. Sekejap je masa berlalu. Ehemm.. :')

Ahaa.. Now is lunch hour time. Tapi disebabkan aku berpuasa, tak da laa nak pergi makan pulak kan. Haha. Tadi aku baru jer lepas ada meeting JCC4U. Aku as one of the committee dinner kene jugak laa pegi. Tapi tugas aku just bagi door gift dekat 1500 guests. Pukul 10 pagi dah kena sampai dekat tempat destinasi. Awal gilerr sebab actual masa dia start pukul 6 petang. *Sigh*


Oh yer.. Hari ni warga Pharmaniagarian pakai baju merah sebab just nak bagi sokongan untuk Dinner Sabtu ni. So sweettt.. hehe

Operation Finance Department.
Gambar dalam ni sangat menampakkan aku gemuk! Mungkin sebab baju and kaen tau kot? 
[Tak nak ngaku diri gemuk] haha

Other Department.

P/S : Alhamdulillah sangat-sangat sebab syes aku lupa nak check minyak hitam kereta aku. And guess what. Rupanya minyak hitam tu dah tersangat kering kot..! Kalau berasap? mau terbang duet aku wehh.. Thanks to Pok su sebab tolong aku. hehe

Monday, March 19, 2012

Mengembara

Assalamualaikum .. :)

Ahaaa.. Tajuk entry aku hari ni MENGEMBARA??? Tak payah nak mengembara sangat laaa.. Haha
Sabtu and ahad baru ni ialah hari hujung minggu aku. Sabtu pagi aku ada game ping pong. Second time aku maen sepanjang hidup aku. Keh2. So, memang tak menang laa kan. Dapat nombor 4 jerr.. :(

So, sepanjang sabtu tu, kerja aku cuma baca novel! Habis jugak satu buku akhirnya. Tajuk dia Hijab Sang Pencinta. Actually novel ni ialah sambungan dari Bagaikan Puteri dan Sang Ratu. Aku dah habiskan 3 novel ni and aku bagi 5 bintang! :))

Then hari ahad aku pergi Kajang. ALONE. Betapa berdikarinya aku duduk kat sini sorang-sorang kan. Then, aku pi amek sepupu aku nak pergi KL. Sop sap sop sapp.. Bukan pergi mana pun. Pergi Jalan TAR dengan Times Square jer pun.

Ehehee.. Dapat jugak aku cari buku ni dekat Jalan TAR sebab kat Shah Alam aku cari kat banyak kedai, semua takde. :))


Lepas dah cari cari buku, kitorang pergi TImes Square ingat nak main roller coaster. Tapi disebabkan dah terlebih bajet, kitorang window shopping jer.. :)


Tamak punya pasal + memang aku sukakan jam tangan. Sampai 3 pasang aku beli. Putih + pink + Hitam. Yang lagi 2 tu cousin aku punye okayss. Then, jaln punya jalan punya jalan, aku ternampak wallet merah ni. Sweet kan? :p 

So, lepas dah berwindow2 shoppingan, kitorang pun balik. Aku hantar cousin aku dulu kat Kajang, then baru balik Shah Alam. 

Sekian. 

P/S : itulah alkisah ceritaku dihujung minggu.. :)

Friday, March 16, 2012

Sebuah ukiran.


Ketika aku bersendirian.
Aku bermuram.
Aku teringat nostalgia semalam.
Perkara yang banyak membuatkan hidupku kelam.
Lalu aku berfikir.
Mengapa aku perlu bermuram lagi?


Lalu aku tersenyum.
Aku berfikir.
Dengan lebih mendalam.
Semuanya aku fikirkan dari pandangan positif.
Aku masih gembira.
Aku masih ceria.
Dengan hamba-hamba Allah disisiku.
Dan ya.
Sesungguhnya akan ada yang terbaik untukku.
Kerana DIA telah merencanakannya.
Sesuatu yang terbaik untuk ku. 
Insyaallah.

Kata-kata itu.
'Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya'.
Masih tertusuk di sanubariku.
:):):)

Thursday, March 15, 2012

Sakir tayar betulll laaa..

Assalamualaikum,

Tengahari tadi, kereta pancit. Duit terbang. Aduhai.. Nasib baik kedai tayar dekat jer dengan tempat kerja aku. Mintak tolong pak lang tengok-tengokkan dulu. Syukur sebab ada sedara yang boleh minta tolong. :) Nak mintak tolong kawan, tak tau nak mintak tolong sape dekat sini. :p



Then pergi klinik UiTM. Nanti 19hb ada appointment dengan doktor UiTM. Masuk kerja lambat. Tapi bos bagi balik lambat sikit tauu. :)

Tiba-tiba kawan aku kol. Dia kasi tau tak boleh buat short kos. Tak pasal aku nanges sorang-sorang dalam kereta! Haha.


P/s : Petang ni mau main ping pong. Nak try test jer. Ekekekee

It's rainy cats and dogs! Watchaaaa.. Macam mana gua mau balik rumah! Hattoiii..

Wednesday, March 14, 2012

Gumbira bum bang bum bang!

Assalamualaikum. :)

Yey! Malam tadi aku jumpe kawan lama aka kawan baik aku best ever friend!

Dia datang Shah Alam malam tadi. Ahaa. Tengah-tengah malam tak de tempat laen nak pergi pun. Uptown lagi laa jawab nyer. Sobss.

Alah. Tak kisah lah kat mana pun. Yang penting aku happy jer sebab dapat jumpa dia walau pun sekejap. RINDU kot weh. Ketawa nanges aku, ketwa nanges dia. Semua sama-sama. :)


Gambar gelap la pulak kan. Ape ade hal? Janji aku gumbira! :)

Maznira. Lap u so much lah yunk! :) 

Tuesday, March 13, 2012

Hujung minggu aku. =.='

Assalamualaikum semua. :)

Harini dah hari Selasa dah kan. sekejap jer masa berlalu. Aku rasa macam semalam baru hari Sabtu. :)

Well. Minggu ni aku tak balik rumah. So, hari minggu aku terisi dengan kawan-kawan yang ade dekat sini jer la.. :)

Jumaat malam aku maen badminton dengan budak-budak Pharmaniaga Logistic. Tengah malam sikit, aku pergi uptown Shah Alam dengan Kawan-kawan tempat kerja part time aku. Suddenly aku terjuper dengan 'kawan lama' aku kat situ secara tak sengaja. :)

Sabtu aku ada game badminton. Maen saje2 jer pun. Sebab tu kalah. Haha. 12-30 dengan 28-30. :p


A part of Pharmaniaga friends. :)

Bajet hebat laa konon. Haha

Malam aku pergi uptown lagi sekali. Salah beli saiz kasut. Alang-alang aku beli la baju dinner Pharmaniaga. Ala-ala merah gitu. :p
Ahaa. yeay! Aku dah tau jalan pergi sana lastly. Sebab aku ni bukan jenis yang senang ingat jalan. Sebab tu sesat banyak kali! :p

Okayss.. Ahad aku takde pape aktiviti. So, pergi Klang lawat ayah sedara aku jer laa. Bagus kan? ;p

okay laaah. kerja banyak.. Juper lagi !

Watchaaaa! xD

Friday, March 9, 2012

Badminton. Terror kah?

Assalamualaikum semua! :)

Ting tong..! Ting tong..! Ting tong..!
Aku buka emel. Ahaa. Dapat map sebab ada game badminton esok.
Haha. Giler aku tak pandai main weh. Serious! Ni tak tipu punyer!

Nasib laa. Tapi aku main just nak have fun jer sebab under company ni. Nak eratkan silaturahim la kot. Eh? Macam kelakar jer main badminton sebab nak erat silaturahim, Tapi betul la kan? haha.

So, tak payah nak stress sangat lah konon nak menang. Sebab  memang tak pun. Main pun baru sekali dua. :p

Apa pun, just good luck for me.

Wednesday, March 7, 2012

Rindu

Aku rindu 
kat mak ayah aku. 
Dekat adik-adik aku. 
Nak gaduh dengan diorang.
Haha
Nak dekat sebulan tak jumpa mak ngan ayah dengan adik.
[Eh macam tipu jer]
Oh yer. Dah dekat 2minggu aku tak jumpa dengan diorang
RINDU...

Nak balik. nak balik. Nak balik. Ke kampung halamanku.
Cewahhh..

Tuesday, March 6, 2012

Housemate baru. =)

Assalamualaikum wrb.. :)

Habis sudahh waktu lunch aku. Aih. Tak boleh blaa. Terus bukak blog! Cait. Kerja laa Siti oi! :D


Alkisah cerita, aku memang tengah mencari seorang roomate baru untuk bilik aku yang kosong tu. So, my prennn dah dapat cari sorang. So kelmarin dia datang. Ting tong ting tong, bagi laa duet sewa and deposit kat aku. Dengan tetiba nya petang tu, dia cancel and nak balik duet tu.
' Oh. I'm sorry adik, akak dah bank-in kat tuan rumah la. Kalau nak awak cari orang lain untuk gantikan awak. Okayh? ' 
And, dengan usaha keras yang ada, beliau pun mencari..mencari dan mencari..And hari ni ada lagi budak baru datang. Pukul 7.45 am datang tauu. Haa. So, 1st tu dia okay je and aku rasa aku pun boleh get along dengan dia sebab dia nampak baik. :) Unfortunetely, dia cancel sebab barang dia agak banyak sangat la. So, apa boleh buat. Kena cari yang lain laa pulak kot kan.

'Sori ye Siti, barang saya banyak sangat. Kesian kat awak takut tak selesa pulak and bla.bla.bla...' Aku pun :  'Tak pe la, tak de rezeki duk sebilik dengan awak. Sokay lah.. ;)'

So, dengan semangatnya aku baru nak buat iklan dekat ibilik.com nak cari orang. tak sempat aku nak post tetiba jer, ada sorang ni kol. Kring kring. [ Aku tak sure kenapa aku punya ringtone aku bertukar bunyi. ]
'Rumah ada kosong lagi? Boleh cerita tak macamana rumah tu?' Aku pun cerita laa. Bla. bla. bla. 
Tengahari tadi, Zupp! Aku pun lepas makan dengan kawan-kawan, terus balik rumah sebab dia nak tengok rumah. Sedang aku tangah mendrivekan diri, ada pulak sorang ni kol aku. Time tu aku drive, so aku suruh dia kol balik laa lepas ni. And aku pun jumpa orang yang nak sewa tu and masuk rumah.

'Wah! kemas nye rumah ni! Ok. Saya konfirm nak rumah ni terus. Jangan bagi sape2 ek? Aha,.. Cuba cerita sikit pasal rumah ni..' Aku pun dengan bersopannya : 'Mana ada kemas, sepah la sikit-sikit. [Eceee. Cover2. Padahal baru pagi tadi aku kemas. Muahaha]. Ada peti ais, meja makan, sofa, astro, mesin basuh, masak2 bla.bla.bla.

So, tiba-tiba budak yang kol aku dalam kereta tadi kol balik.

'Awak drive lagi ke? Em. Ada bilik kosong lagi tak? Saya nak sewa boleh?' Aduh! 'Sori awak, awak lambat setengah jam la. Dah ada orang nak tengok rumah. And dia pun dah konfirm. Saya minta maaf yer?'

Maaf ye awak, lambat sikit jer. Kalau pagi tadi pukul 10pagi tu awak kol. Sure awak dapat! Tak de rezeki la tu. Hehe


So, itu lahh alkisahnya mereka yang nak tengok bilik aku. :)

Hope, roommate baru aku ni okay-okay aje lah ye.. Watchaaa!

Monday, March 5, 2012

Hari minggu kah ?

Assalamualaikum.. :)

Oh yeahh.. Ada 10 minit lagi nak balik rumah. Sekarang jalan dah semakin jem sebab students degree dah balik. Atoiii.. Awat laa korang balik awal sangat. Aku nak balik and pergi kerja and pergi lunch pun kena lalu jem sikit-sikit. Before ni smooth jerr jalan tu. :D


Ok. Sabtu lepas aku tengok Adnan Sempit 2 dengan Atie. Ahaaa.. Cerita komedi TERBAEKKKK punyerr. Meleleh air mata aku kot wehhh tengok citer tu. Kelakar tahap gaban. Even lambat sikit aku tengok, at least dapat gak tengok. Memang aku laa ketawa paling kuat kot dalam wayang hari tu. ekekeke.. So, rugi kalau tak tengok! 


And semalam hari ahad, takde ape pun aku buat. Aku pun pergi kat car wash. Basuh laa kereta kenit aku yang dah bermingu-minggu tak basuh. Ehemm. Tu je laa kot aktiviti semalam.

Oh yea. Semalam jumpa kawan lama aku aka roommate aku time Diploma. 'So sweet' [ macam Shaheizy Sam  cakap ] haha


Tak de apa yang menarik laaa nak bagitau.. Sebab dari semalam tibe-tibe aku hangin semacam. Stay cool.

Ok lah. Sekian sampai di sini sahaja okay.

Got to go. Nak balik sudaaaa..

Daaaaaaa...

P/S : Tak de pictures laa nak kongsi. Sebab gune PC office kan. Faham-faham je la.. 
:):):)



Thursday, March 1, 2012

Draft berlambak!

Assalamualaikum semua.

Plan harini nak MENGEMAS draft aku. Tak sangka pulak aku ada lebih kurang 50 lebih draft yang 'tertunggak' untuk dilunaskan dalam tempat publish..! haha

But, it's all just a plan. Wheither it can be done today or it's just an angan-angan jerr nak kemas draft-draft tu. :D

Sekian, terima kasih untuk hari ni, waktu ini, tarikh hari ni.


Welcome 1 March 2012. Oh. See you again 29 March 2012 after next 4 years.
:):):)