Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Luka kecil

Aku tak tahu apa yang aku rasa.
Peluh seakan membasahi dahi
Badan menggigil.
Jantung bagai mahu tercabut.

Tapi. Aku tak tahu. Benar. Benar aku tak tahu.

Mungkin sangat gembira. Dan mungkin juga sedikit kecewa.
Luka yang walaupun kecil. Pasti meninggalkan parutnya.

Aku berserah pada Mu ya Allah.

Friday, March 16, 2012

Sebuah ukiran.


Ketika aku bersendirian.
Aku bermuram.
Aku teringat nostalgia semalam.
Perkara yang banyak membuatkan hidupku kelam.
Lalu aku berfikir.
Mengapa aku perlu bermuram lagi?


Lalu aku tersenyum.
Aku berfikir.
Dengan lebih mendalam.
Semuanya aku fikirkan dari pandangan positif.
Aku masih gembira.
Aku masih ceria.
Dengan hamba-hamba Allah disisiku.
Dan ya.
Sesungguhnya akan ada yang terbaik untukku.
Kerana DIA telah merencanakannya.
Sesuatu yang terbaik untuk ku. 
Insyaallah.

Kata-kata itu.
'Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya'.
Masih tertusuk di sanubariku.
:):):)

Tuesday, February 28, 2012

Alhamdulillah.




'Bersyukur alhamdulillah.
Itu yang patut aku ungkapkan sekarang.
Hari ni, esok dan selamanya.'

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Tuesday, August 16, 2011

Putaran masa.



Andai masa boleh diputar kembali.
akan aku hargai waktu itu sebaik-baiknya.



Perkara lepas adalah kenangan.
Manis, pahit, suka dan duka.
Dan ia ialah masa lampau.



Lihat lah terus ke masa hadapan !



Ah. Aku kalah jua akhirnya !
Aku.
aku benar-benar.
Rindukan.
Saat itu.

dia dan kesemuanya.
:'(


oh 'kawan'?
yg dulu ?
:'(


banyak touching lak bulan-bulan puasa ni kan. hehe :')

Monday, August 8, 2011

Sajak 5

Assalamualaikum semua. :)



Syukur. Syukur. Syukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada.



Jika kau fikir kau hidup susah.
Fikir lah bahawa ada yang lebih susah dari kau.



Jika kau fikir rumah kau kecil dan tak seindah banglo mewah. Sedangkan kau masih ada tempat tidur dengan tilam yang empuk. Tempat masak. Tempat tonton tv Astro bagai. 
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih kecil rumah nya. Bahkan. Tempat tidurnya hanya berempukkan lantai. Dan siling yang berlubang-lubang, terkadang basah dek hujan.



Jika kau fikirkan makanan yang kau makan tak sedap ala-ala makanan hotel. Malah sedikit dan tak cukup makan.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang masih berlapar kerana kekurangan makanan. Sehingga ada yang sanggup makan siput babi dan pasir. Dan menjadi kurus kering tanpa vitamin yang cukup.



Jika kau fikir kau tiada duit. Sedangkan kau masih mampu membeli itu dan ini. Baju, kasut bagai.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih susah mencari duit hanya kerana untuk membeli sesuap makanan. 



Jika kau fikirkan kau tidak bahagia sedangkan kau masih mempunyai ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang sebatang kara dan tiada sesiapa di dunia ini. Sehinggakan ada ibu dan bapa dibuang anak. Dan ada juga anak yang dibuang ibu.



Jika kau fikir kan kau keseorangan.
Fikir lah bahawa kau masih ada Allah yang sentiasa bersama untuk kau meminta.


Wednesday, June 8, 2011

Sajak 3

Sudah. Aku sudah cuba.
Aku dah mulakan dulu.
Biarpun aku takut.
Biarpun aku gentar dan berdebar.
Tapi kini aku berani.
Kerana aku telah cuba.!

Ya. Percubaan itu penting.
Biarpun pada mula nya aku takut.
Ya. Takut sehingga memerlukan bantuan rakan taulan.
Dan kerana itu, kita akan tahu apa yang akan jadi selepas percubaan dilakukan.
Dan aku berani kerana telah mencuba.
Ya.. Aku berani.
Dan aku juga perlu kuat.
Kuat. Dari segi fizikal dan mental.
Mental adalah yang paling penting memainkan peranannya.
Kerana sebagai perempuan, ketahanan mental adalah tidak sekuat mana jika ia bermain dengan emosi.
Emosi yang menyebabkan berlakunya titisan air mata.
Dan ia berlaku!

Semua keputusan adalah keputusan yang dibuat bersama.
Dan aku tak nak memberi keputusan itu!
Dan aku juga tidak suka kan negatif melainkan positif!

Diriku masih bergantungan dan berterbangan di awang-awangan.
Semuanya terserah.

Terima kasih! :'(

Saturday, June 4, 2011

Sajak 2

Aku tidak tahu apa yang ku rasa
Setelah aku sujud kepada-Nya
Aku mendapat satu ilham
Ya, mungkin juga kekuatan

Aku berserah sahaja
Apa sahaja keputusan aku terima
Aku inginkan jawapan!

Jika sudah ada jawapan nya
Aku lega
Biarpun jawapan itu satu petanda aku takkan memiliki
Walaupun pada hakikatnya aku masih mahukannya
Ah!
Itu sudah cukup! (Cukup kah?)

Kerana lega itu adalah satu nikmat
Kekusutan juga akan hilang
Aku benci dengan kekusutan itu!

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan.

Thursday, May 12, 2011

Sajak kah?

Sungguh..
Aku rindu dia..

Aku buat semua ni bersebab..
Sebab yang aku masih tidak pasti ?
Mengapa. 
Mungkin kah aku yang bersalah?
Atau aku sahaja yang melayan perasaan ?

Tapi aku percaya.
Semua yang berlaku pasti.
Ada hikmah yang tersembunyi.

Masa yang menentukannya.
Dan aku redha.
Andai iu takdirnya.
Aku sekali lagi redha.
Jika itu yang dimahukannya.

Aku.
Aku tetap aku.
Masih seperti dulu.
Dan aku tidak berharap.
Lagi.
Kerana aku sudah penat.
Penat bermain tali.
Tali yang mungkin akan putus. 
Atau mungkin tidak?

Tidak nya adalah kerana kekuatan tali itu.
Andai kekuatannya tiada.
Maka putus lah ia.

Sungguh.
Aku rindukan dia.
Dia yang dulu.