Wednesday, August 31, 2011

Wednesday, August 24, 2011

#11 Wordless Wednesday : Baju raya

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. :)


This is not mine okay.

Baju raya aku dah siap dah. Yey. hehe 

Kaler grey + ade merah2 sikit. Tapi major kaler grey. 

Baju kedua kaler biru. Tapi tak siap lagi. Haha

Selamat menyambut Aidilfitri tak lama lagi.
:):):)


Thursday, August 18, 2011

Okay FINE !

Assalamualaikum semua. :)


Fuh. Tak tau laa kenapa hari ni macam penat sangat. Selalu tak macam ni. hua2. Okay. Alkisah nya. Aku just nak cerita pasal rabbits okay hari ni.

Ni bukan rabbit aku. Tapi ala-ala cam ni kot kaler dia. ngee~


Kisah pertama. 

Salah seekor anak rabbit aku dah mati. SEBAB ? bunuh diri ? Bukan. Kena bunuh ? Bukan jugak. Kena buli dengan mak rabbit ? Pun bukan. Tak cukup makan ? Lagi laa bukan..! Bukan. Bukan. Bukannn.! SEBAB nye, dia mati lemas. LEMAS. Huuu... Aku tengok laa rabbit tu tengahari tadi. Tengok-tengok dia ade dah kat dalam mangkuk tempat si mak rabbit ni minum air. Huwaa.. Sedih2. Dah laa warna dia je yang comel. Sobssss.. T__T .. Tapi apa boleh buat. Terima jer laa dengan redha. 



Kisah kedua.

Dulu. Masa mula-mula aku bela rabbit. Aku tak suka. Sebab awal2 dah kena kencing and cakar. Kejam punya rabbits. Har har har. Okay. Lepas dah besar and dah jadi mak and bapak dah pun. Diorang pun okay. And stay cute. And aku pun tak de laa tak suka kan. Sebab diorang comel and baik-baik. 


Then, petang tadi, kira aku nak suruh baby rabbit ni minum susu mak dia la kan. Aku pun bawak masuk rumah. [ Nasib bukan atas karpet ! ] . Then. Secara tiba-tiba si baby rabbit pun membuang air kecil yang sangat banyak ! Grrr.. Aku baru nak buat baik. Tetiba ko wat 'baik' balik ngan aku ek. Fine. Aku pun masuk kan balik kat tempat dia. *Terpaksa laa aku buat amal jariah ngelap lantai hari ni ek. haha.


Anyway. Diorang dah besar dah sikit. Dah boleh nampak kaler badan dia dah. hehe


P/S : Nanti dah besar, mesti rabbit tu comel macam aku. Hahahahaha ! ^___^


*Tajuk kat atas tu poyo*

Tuesday, August 16, 2011

Bukan Budak Kacamata

Assalamualaikum semua.. :)

Aku nak doodle comel from cik Scya ni!!hehe



Sape nak jugak korang click kat sini atau kat gambar tu pun boleh tau..
hehe.. 
:):):)


p/s : blog beliau sangat comel.. 
^___^


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
v
v



COMEL KAN ? SUKE !
Thank you Scya !
:):):)

Putaran masa.



Andai masa boleh diputar kembali.
akan aku hargai waktu itu sebaik-baiknya.



Perkara lepas adalah kenangan.
Manis, pahit, suka dan duka.
Dan ia ialah masa lampau.



Lihat lah terus ke masa hadapan !



Ah. Aku kalah jua akhirnya !
Aku.
aku benar-benar.
Rindukan.
Saat itu.

dia dan kesemuanya.
:'(


oh 'kawan'?
yg dulu ?
:'(


banyak touching lak bulan-bulan puasa ni kan. hehe :')

Sunday, August 14, 2011

Tak kisah tajuk apa-apa pun.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. :)


Tak kisah tajuk apa-apa pun ? Apa punya tajuk laa kan.. haha Actually entry ni just nak promote blogger lain jer.


Okay. Oleh kerana aku dah tiba-tiba 'ter'rajin join segmen hencik Kotak Bulat. So, sekarang kena la buat apa yang dia suruh buat kan ? So, aku dah survey beberapa blog. Nak tau ? Tengok bawah. :)



Ni blog Bro Ahmad. Aku dah kenal lama dah dengan Bro. Dia selalu jugak laa lawat2 blog aku. And aku pun selalu gak tengok blog dia.
Kalau korang komen entry dia kan, sure beliau akan komen balik kat entry korang. 
Bagus laa kan macam tu. Kire macam still keep in touch laa. Heh~
:):):)




Yang kedua ni pulak nama nya Ali. Aku rasa umur dia sama laa ngan aku sebab dia lahir tahun 1989 jugak. Kuang2.. And orang Johor. In relationship. So, kepada girls sana, jangan ngorat si Ali ni pulak. Dia dah ada gf okay.. haha Jangan marah yerp en Ali. Hua2.. 
Based on apa yang aku tengok,lihat dan baca, kata-kata dalam blog dia kan, agak puitis ala-ala sasterawan negara tau. Jom tengok sama-sama jom! Thinker <---
:):):)




Anak dara tercekik halkum. Assalamualaikum.
Wah. Sampai tercekik2. Haha. Blog dia sangat-sangat-sangat-sangat unik. Aku pun tak tau cane dia buat kan. Blog dia boleh dikatakan kreatif la. Macamane nak terang eh? Susah nak terang la. Apa kata korang bukak terus blog dia yang comel ni ?
:):):)




Kalau based on dia punya header kan. Mungkin 3 orang ni anak-anak dia kot. Atau anak sedara? Or adik2 comel? Hehe Kalau aku baca blog dia ni kan. Aku rasa beliau adalah seorang guru sebab salah satu entry dia, dia ada cakap pasal seorang murid bukan islam tegur murid islam sebab bising masa azan. Haa. Kalau nak tau lebih lanjut, awak awak awak semua boleh bukak blog Syareena ni yerp.
:):):)




Haa.. Aku jadi follower yang ke 888.. Comel tak? haha Blog ni comel sebab berbintang-bintang. Tak payah tunggu malam. Sekarang pun dah boleh tengok bintang. Tapi kena pergi kat blog bui laa.. Baru laa boleh tengok bintang. hehe
:):):)






Nama pengurus blog ni, nama dia Ainon Fathihah . Lahir tahun 1992. Muda lagi Ainon yerp. hehe 
Dia tak suka kan konsep I follow you, you follow me. Mesti dia tak suka bedak follow me tu kan? haha *kidding. :p
Anyway, blog dia kemas. Tak serabut. And dia nak kan ramai readers berbanding ramai followers tapi tak suka datang blog dia. Haa. Sebab? Tu kena tanya cik Ainon.
:):):)






Wah. Sekali buka, macam blog yang suka cerita pasal hantu lak. Ecece.. Mentang-mentang entry last dia pasal hantu kan? hehe
Tuan punya blog ni, seorang yang sangat periang and seorang pemarah jugak. Macamana tu ? Kalau nak tau lagi lanjut , gi la terjah kat blog si adik manis ni.
:):):)






Tengok header dia. Comel kan? Kaler pink lak tu. I like it ! :D 
Tak banyak info mengenai Cik Yumida ni. Tapi mungkin dia sangat sangat sangat sukakan pink sebab semuanya pink.
Tak pecaya ? Baik tengok sendiri di blog Yumida. 
:):):)





Aku adalah pengunjung yang ke 416493. Wow. Ramai giler pengunjung Cik Fira. hehe. 
Latar belakang blog dia kaler coklat. Yummy. Macam kek pulak kan. Jom singgah ke blog Dak Fira !
:):):)






 You can judge me by the person i used to be or like me for the person i have become. Mendalam kata-kata tu yerp cik nana. hehe Nama sebenar dia Alyana Shafinas. Nak panggil ALya boleh ? Orait. Umur dia 20 tahun. Muda 2 tahun dari aku. Dia kata single is cool. So, boys kat sana. Tak de can laa nak ngorat Cik Alya ni yerp. Hehe. Gurau je. :p Nway. Sape mau tengok blog comel beliau, ni blog dia yer. --> Blog Nanaker.
:):):)





Orait. Settle. Nice to meet you all my new friends.
:):):)


Saturday, August 13, 2011

Segmen Promote Blog [kotak bulat]

Assalamualaikum. Kantoi tak pergi taraweh.. :p


Dah lama aku tak join segmen or contest or apa-apa la seangkatan dengan nya. hehe So, tiba-tiba nampak segmen ni, rasa macam ada mood lak nak menjoin. So, sapa-sapa mau join, sila click kat gmbar dekat bawah ni okay ? :)





Syarat nombor 3 dia suruh membebel dekat sini. Tapi tak tau nak bebel apa. hehe. Lepas dia suruh follow blog dia. Aku dah follow dah dari zaman dulu kala lagi. :D


Okay laa. Tu je kot nak cakap. Oh yer. Rabbit aku beranak semalam. Lepas sahur. 3 ekor. Yang len mati. Hak3..


:):):)

Oh kad raya

Assalamualaikum semua. Dan selamat tengahari. hehe



Kad raya?? Mentang-mentang laa lagi setengah bulan nak raya. Terus fikir kad raya eyh? hehe Kad raya. Siyes laa. Aku teringin nak dapat kad raya. Macam dulu-dulu. Masa sekolah dulu, aku dengan geng aku selalu main tukar-tukar kad raya. Siap main paksa lagi sebab nak dapat kad raya punya pasal. Kalau aku bagi kad kecik, kau kena bagi kad kecik jugak. Kalau aku bagi kad besar, kau kena bagi yang besar jugak. So childish kan? Tapi tu zaman budak-budak la. Hurm. Takde la budak sangat sebab time tu dah sekolah menengah dah pun. Haha.



Then, zaman universiti pun, aku still terima kad raya. Tapi by hand la. Aku just dapat kad raya masa aku sem 1. Sem 2 from kawan-kawan aku. Then tak dapat dah. Sebab sekarang dah guna 'kad teknologi tinggi'. haha.. Zaman sekarang kan cuma guna SMS and sekarang just guna FB jer. Tak best!! Sebab tak boleh nak simpan lama-lama. Dah lama tu kena delete inbox yang banyak mesej raya sebab inbox full. Hehe



Aku actually suka bagi orang kad raya. Dulu-dulu la. Tapi aku nak jugak kad raya kan. So, ko bagi aku, aku bagi kau balik. Haha. Kedekut punya Siti! Tak la. Aku jenis betul-betul appreciate apa orang bagi. So, even bagi kad raya pun, aku tetap simpan elok-elok tauu. Siap ada beg untuk kad raya lagi. Haa.. Dalam beg tu, ada banyak kad raya and sikit surat2 cinta lama and surat perpisahan time sekolah rendah dulu and ada jugak 2 keping duit raya and sekuntum bunga kecil. ececeee~



Hurm. Ada sape-sape yang nak bagi aku kad raya??? ~~~~ Poyoo jer.
:):):)

Thursday, August 11, 2011

Selamat berbuka :)

Assalamualaikum. hehe


Nak buat entry pendek jer buat masa sekarang sebab nak berbuka dah. 


Macam biasa. Kuih wajib yang aku makan setiap hari - Tauhu sumbat. Feveret aku beb. Nak2 campur dengan kuah kacang yang mak aku buat.



Nasi? Erm. Ikut mood nak makan. Kadang-kadang aku makan. Kadang-kadang time sahur jer makan nasi. Tapi biasanya malam2 sikit baru aku makan nasi. 



Diet? No la. Mungkin sebab kenyang giler bila dah minum banyak air kot.



Anyway, selamat berbuka puasa semua untuk Ramadhan yang ke 11 ni okay..
:):):)

Wednesday, August 10, 2011

#9 Wordless Wednesday : Paint





I really love red and pink colour. And orange. Also purple. Haha
But I have to accept maroon and grey colour.
Anyway, it's also beautiful what ?
:):):)

Monday, August 8, 2011

Sajak 5

Assalamualaikum semua. :)



Syukur. Syukur. Syukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada.



Jika kau fikir kau hidup susah.
Fikir lah bahawa ada yang lebih susah dari kau.



Jika kau fikir rumah kau kecil dan tak seindah banglo mewah. Sedangkan kau masih ada tempat tidur dengan tilam yang empuk. Tempat masak. Tempat tonton tv Astro bagai. 
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih kecil rumah nya. Bahkan. Tempat tidurnya hanya berempukkan lantai. Dan siling yang berlubang-lubang, terkadang basah dek hujan.



Jika kau fikirkan makanan yang kau makan tak sedap ala-ala makanan hotel. Malah sedikit dan tak cukup makan.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang masih berlapar kerana kekurangan makanan. Sehingga ada yang sanggup makan siput babi dan pasir. Dan menjadi kurus kering tanpa vitamin yang cukup.



Jika kau fikir kau tiada duit. Sedangkan kau masih mampu membeli itu dan ini. Baju, kasut bagai.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih susah mencari duit hanya kerana untuk membeli sesuap makanan. 



Jika kau fikirkan kau tidak bahagia sedangkan kau masih mempunyai ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang sebatang kara dan tiada sesiapa di dunia ini. Sehinggakan ada ibu dan bapa dibuang anak. Dan ada juga anak yang dibuang ibu.



Jika kau fikir kan kau keseorangan.
Fikir lah bahawa kau masih ada Allah yang sentiasa bersama untuk kau meminta.


Saturday, August 6, 2011

Mak dah bising~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~ :)



Blog aku dah tak macam dulu. Update pun nak ikut mood jer. Bulan-bulan puasa ni macam malas pulak nak m'update2. And dah lama jugak tak join BCR. Hak3. 



Okay. Mak aku pun agak dah bising jugak lah kan. Dia selalu cakap. Apa laa yang ada dekat komputer tu. Kalau FB tu apa la yang ada kan. Buang masa jer. Paling-paling pun cuma komen-komen kawan-kawan. Nak makan bagitau. Nak tidur bagitau. Nak pergi kedai pun bagitau. Pastu ada orang komen. Pastu suka. Buang masa tauu. -Kata mak kepada aku- har har har.



Tapi betul jugak kata-kata mak tu. Aku tauu. Semua orang kalau dah online, mende first yang dia buka mesti FB! kan? haha. Then, baru lah buka menda lain. Blog ke, berita-berita ke, lagu ke.game ke.. Apa-apa lah. Tapi yang pasti first yang kita buka mesti FB.! 



Well. Sekarang pun aku dah kurangkan jugak pe online2 ni. Bukak pun kejap2 jer. -Untuk kesihatan mata aku gak!- [buwekkk!] and tak nak jadi hamba komputer~ eceeeee~


-So, apa-apa pun. Saya sayang mak dan ayah saya-


Wednesday, August 3, 2011

#8 Wordless Wednesday : I'm so confused !

Assalamualaikum dan selamat hari rabu! :)

 

Konfius dengan keadaan aku sekarang. Poyo jerp !
=.=' 

Tuesday, August 2, 2011

I Stalk Your Profile





I stalk your profile – Jazz Hayat

Ooh... Ini kisah sedih ku
Aku mengharap kan
Sesuatu yang tak pasti

Disaat kau disisiku
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh
Warna warni
Seperti pelangi

Ku akui ku rindukanmu
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku
Bila kau Sudah berpunya...

(chorus)

I stalk your profile when I miss you
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkan ku

Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionnya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau Jua..

(Repeat chorus)

Bridge:
Kau seolah memberiku harapan
Disaat sunyi rasa kesepian
Kau seolah memainkan perasaan
Ingin ku membenci mu tapi aku yang
Tak tahaan

(Chorus)

Composed & lyrics by Jazz Hayat



Wah. Sedap kan lagu ni? Hehe. First time dengar dulu time Dinner UiSF hari tu. Orang Brunei yang nyanyi. Okay. Masa aku dengar lagu ni kan. Aku tengah makan tau dengan team aku tau. Lepas tu, sambil aku tengah makan tu, memang aku asyik tersenyum je dengar lagu ni. Padahal lagu ni dikira lagu sedih lah jugak an ? Sebab apa aku senyum? Sebab dulu aku stalker. Macam dalam lagu ni la.  Kena sebijik kat muka aku kot. Eh. Tak sebijik. 80% tu kira macam betul lah. Oh. kisah kita ni sama laa wahai Jazz Hayat. Haha Tapi tu dulu la. DULU tauu.. Sebab tu aku tersenyum bila teringat balik kan. Weeee~  :):):)



P/S : Lepas lagu ni, ada lagu I Blocked your Profile dengan Dont Stalk my Profile tak silap aku. Cari lah. Tapi aku lagi suka lagu ni. Haha. 

 

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan.. :)

Assalamualaikum semua. 

Ahlan wah sahlan ya Ramadhan. :)



Hari ni dah bulan August. Lama dah aku tak update blog. Busy lah kot kan. Hehe. And hari ni jugak adalah first day umat Islam berpuasa. Lapar dahaga itu mesti.. :p



Sepanjang kita hidup ni kan. Mesti masing-masing ada pengalaman puasa. Ponteng puasa tu pun mesti ada punya lah. Sama gak cam aku. Haha. Alaa. Tu time kecik2 okay. Sahur tu mak buat ayam goreng. Tengahari pulak mak buat kueh tart nenas. Sodap nya. So, time mak busy2 wat kueh tu, aku and adik aku, kidnap ayam goreng tu and makan belakang kerusi. Haha. BELAKANG KERUSI tu beb. Tak de challenge langsung.! Pastu rasa bersalah. Aku pun bagitau mak yang kitorang makan ayam. Mak buat dono jerr.. haha. Memang laa. Time tu aku baru darjah 2 ke darjah 3 entah. Kecik lagi,, :D



Tu nama nya puasa yang yok bukak periuk. Hehe. Actually banyak lagi kisah2 puasa aku. Tapi aku lagi berminat kisah yang aku makan belakang kerusi ni kot. Sebab macam comel jer curik2 makan belakang kerusi. Haha. 



Anyway. Selamat menjalani ibadah puasa dan solat okay? Semoga kita semua menjadi seorang mukmin yang lebih baik di bulan yang mulia ni. And aku juga nak mintak maaf awal2 kalau aku ada pernah buat dosa kat korang secara sengaja atau tak sengaja. :)



Apa-apa pun jangan ponteng puasa tau!