Monday, August 8, 2011

Sajak 5

Assalamualaikum semua. :)



Syukur. Syukur. Syukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada.



Jika kau fikir kau hidup susah.
Fikir lah bahawa ada yang lebih susah dari kau.



Jika kau fikir rumah kau kecil dan tak seindah banglo mewah. Sedangkan kau masih ada tempat tidur dengan tilam yang empuk. Tempat masak. Tempat tonton tv Astro bagai. 
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih kecil rumah nya. Bahkan. Tempat tidurnya hanya berempukkan lantai. Dan siling yang berlubang-lubang, terkadang basah dek hujan.



Jika kau fikirkan makanan yang kau makan tak sedap ala-ala makanan hotel. Malah sedikit dan tak cukup makan.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang masih berlapar kerana kekurangan makanan. Sehingga ada yang sanggup makan siput babi dan pasir. Dan menjadi kurus kering tanpa vitamin yang cukup.



Jika kau fikir kau tiada duit. Sedangkan kau masih mampu membeli itu dan ini. Baju, kasut bagai.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih susah mencari duit hanya kerana untuk membeli sesuap makanan. 



Jika kau fikirkan kau tidak bahagia sedangkan kau masih mempunyai ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang sebatang kara dan tiada sesiapa di dunia ini. Sehinggakan ada ibu dan bapa dibuang anak. Dan ada juga anak yang dibuang ibu.



Jika kau fikir kan kau keseorangan.
Fikir lah bahawa kau masih ada Allah yang sentiasa bersama untuk kau meminta.


8 comments:

cart kartika said...

singgah bce sni jup..
terbaek lah sajak ni..hihi
yang penting kna igt allah selalu ad ngn kte.. ^^

Siti Suriani said...

yup. betul2.. :)

liyanalalala said...

hebatt!!! :)

Siti Suriani said...

haha. ape yg hebatnyer ?

liyanalalala said...

reminder untuk diri sendiri.. :)

sifu im said...

dh boleh jd pengganti a samad said ni..hoho

Siti Suriani said...

liyana ~ juz peringatan ntuk kita lebih b'syukur.. :)

Siti Suriani said...

sifu im ~ haha. tu dah pro punyer org laa. :D