Monday, December 26, 2011

Pantai Dungun mengaummm!

As'Salam kawan-kawan semua.. Sihat? :)

Hari ni cuaca macam selalu. Sejuk. Dingin. Memang sweater kene bersama dengan aku selalu. Hujan turun dengan lebat. Hurm. Macamana lah keadaan dekat luar tu kan.


Ni pictures yang kawan aku amek semalam. Kira latest lah kot kan? Haha Pic ni jauh sikit dari UiTM Dungun. Kalau naek kereta ambil masa 5 minit nak pergi tempat ni kot. Kat depan UiTM pun agak teruk jugak. Besi jalan pun habis berkarat. Air laut dah naek ke jalan. Ehem. Esok pagi cadang nak survey. Kalau rajin aku pergi la kot pagi esok. Haha.



FYI, pokok ni tinggi tau.Pokok yang tinggi pun senang je ditumbangkan oleh sang laut. MasyaAllah..

Korang nampak tak ade macam sebatang kayu kat laut tu? Actually ada dua tau. Pastu. Biasa nya tinggi kayu tu 3 kali ganda tinggi nye dari yg korang nampak tu. Means that, air laut tinggi lah kan? T_T


See.. Jalan ni aku selalu gi bandar dengan kawan-kawan aku. Sekarang dah tinggal separuh. Malam tadi aku pergi jalan tak macam ni lagi tau. Still dua hala. Tapi sekarang tinggal sehala jer.


Agak-agak berapa la nak maintain jalan ni balik kan? Atau satu hari nanti.. Jalan pantai dah tak de lagi? :(


Semua ni kuasa Allah. Kita just tunggu dan lihat. Yang pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)


Pantai Dungun


As'Salam semua.. :)


Wah. Tak sangka followers aku semakin bertambah. Diam tak diam jer. Maaf ye kawan-kawan. Sekarang tak de masa nak BW. Sebab sekarang study week. Lagi seminggu jer dah nak final. Mak tak bagi balik rumah. So, terpaksa merajinkan diri untuk final ni lah. :)


Okay. Petang tadi, aku dengan rumates, pergi tengok pantai. Masyallah. Ombak dah makan jalan. Teruk giler. Pokok-pokok banyak tumbang. Ehem. Nampak macam teruk lah kan. Sikit-sikit ombak tu makan jalan. Risau jugak sebab kalau apa-apa jadi ke kan. UiTM Dungun ni dah la tepi pantai kan. Wuwuwuwuu.. Mintak dijauhkan..


Pic ni time kat Teluk Bidara. Cuaca time ni okay lagi. 

P/S : Hope laut makin reda sebab paras air laut sekarang tinggi giler kot! Mesti bahaya kan kalau sesiape yang duduk kat rumah tepi-tepi pantai! Banyakkan lah berdoa yerp..:)



Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu

ASsalamualaikum :)

Hari ni.
Aku dah habiskan satu presentation aku ! Yeay ! Siap satu kerja. Lepas ni nak habiskan dua lakonan. Satu untuk mandarin and satu lagi untuk kelas. Wah. Jadi pelakon gituu~ :D

Okay la.. Semalam kan, aku and kawan-kawan lain tengok wayang Ombak Rindu dekat Mesra Mall je. Dah lebih seminggu baru sempat nak tengok. Biasa laa. Dah nak habis semester ni kan. Dipaksa lah membusykan diri dengan kerja-kerja sekolah yang lecturer bagi.



Ramai kata best and ramai kata tak best.
So, yang mana satu nak pilih ni? Best ke tak best? AHaa.. Actually best jer. Erm. Berjaya jugak lah mengeluarkan air mata mutiara aku ni. Eceee.. Tapi memang sedih pun. Nak-nak tiba-tiba aku membayangkan aku kat tempat orang tu and lelaki tu macam. Err.. Macam? Macam siapa? Ahaa.. Adela. haha.



Belakang tu kereta aku. Tak boleh nak start sebab dah lama tak panaskan . Semalam baru aku tau, macam mana nak start enjin kalau kereta tak boleh start. Belajar benda baru kot semalam. haha Then, memang malang tak berbau betul lah. Cermin kereta retak. Grr. Aku rasa macam pemotong rumput tu je punya kerja. Sebab time tu, rumput habis dah kena mesin. Memang kesian laa.. :(

................................................................................................................................................................................................................................


So, just enjoy your life well!

Sunday, December 11, 2011

Curi-curi masa

AS'salam...

Nak curi-curi masa berblog sekejap ! :)

Pagi ni kelas macam biasa.
Sangat seronok sebab ada 2 kelas jer. Semester ni kelas aku tak ramai. Eh. Tak ramai? Tak BANYAK la! haha Selalu sangat nak menyalahgunakan perkataan..! :p

Takde apa yang menarik nak kongsi. Just nak kongsi lagu-lagu menarik yang ada dalam LIST windows media players aku. Jom layanzzzzz.. :D





         
                        

P/S : Time rajin jer aku buat macam ni. hahaha :D Siapa nak ikut aku and the gang tengong wayang?? Jom !! Daaaa!

Friday, December 9, 2011

Finishing School..!

AS'salam.. :)

Hari ni sangat penat.
Sebab pagi-pagi dah kena siapkan lakonan Mandarin. Penat sebab berlakon sambil banyak ketawa, So. Penat lah kan. =p

Petang pun penat jugak. 
Sebab petang-petang dah kena pergi dengar orang bagi ceramah. Tak de mood nak dengar sebab bosan. Modul pasal usahawan. Tapi. the way orang tu bagi speech. Tak menarik minat langsung. 



Malam?
Tak penat sangat sebab ingat nak rest. Tapi mata macam dah kuyu jer. Hehe. Esok pagi kena bangun awal sebab esok kena perdi modul pukul 8. Gila awal kot! :(


...............................................................................................................................................................................................................


23hb ni dah start study week!! yey! Tapi.. mak tak bagi balik! Haha. Mak cakap balik rumah bukannya study pun. Baik duduk je dekat UiTM ni. Dari buang banyak masa balik rumah. Ingat dekat ke? wuwuwuwu..


B.O.S.A.N tau..!!


P/S : APa-apa pun , jangan buat macam apa yang dah jadi semester lepas. Kalau dah banyak sangat main dengan emosi ni, nak pergi exam pun susah nak fokus! Pastu, jawab pun dah macam orang tak belajar. So, don't do like that again okay Siti! #eh. Termerepek pulak.


Kisah sedih menyayat hati.

AS'salam.

Sejak akhir-akhir ni. Banyak juga berita-berita yang sedih dan menyayat hati terdengar ke gegendang telingaku. Ibu senior aku, mengadap Ilahi kerana demam panas. Kawan kepada kawan aku kini kritikal diserang barah. Ya Allah. Kau sembuhkan lah dia dan berikanlah dia peluang kedua untuk meneruskan hidup. Amin. :)

...................................................................................................................................................................

Hari-hari kuliah aku bermula pukul 8 pagi. 8 PAGI OKAY? Dan apa yang penting, aku kena naik basikal dari kolej gemia sampai ke kelas. Sekarang ni small matter je la sebab dah biasa dah. Biasanya aku selalu pergi kelas dengan kawan aku aka Laila. Teman sebilik. Sekelas. Senegeri. dan mungkin Setempat bekerja. Hahaha. 


Hujan renyai-renyai. 
Sedang aku berbasikal dengan dengan Laila, dekat selekoh aku ada nampak sebuah kereta kancil hijau. And ada sebuah motorsikal dekat depan kereta tu. ACCIDENT! Cecair merah banyak dekat atas jalan tar. Students berkumpul disitu untuk menjdi saksi kejadian..! Aku dengar pihak polis bagi announcement yang diorang semua kena jadi saksi dalam mahkamah. Mak ai. Ramai betul!


Aku dan Laila cuak. Motor macam teruk. Cecair merah bnyak. Orang banyak. Kat dalam kawasan universiti pun boleh accident ? Aku pun teruskan perjalanan nak pergi kelas. Tapi aku takut. Sebab aku fobia accident memandangkan aku pernah tengok orang accident depan mata aku sendiri.. Lepas tu, aku tanya pak gad. Apa yang jadi? Pak gad jawab. Mangsa mati on the way pergi hospital. Student situ jugak. Muka pak gad serius. Ish. Aku dan Laila debar. Takkan teruk macam tu sekali..? 


Aku dan Laila pun pergi kelas. Semangat nak cerita dekat kawan-kawan apa yang dah jadi. Laila siap hantar message dekat kawan-kawan lain! Macam cerita Gossip Girl. Semua berita terkini tersebar dengan cepat. Aku dan Laila masuk kelas. Cerita dekat classmates lain. Semua sedekah kan al-fatihah. 


TIBA-TIBA..
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l 
 l
 l
 l
 l
 l
V

Eh. Yang accident tu lakonan je la. Diorang tengah buat kempen kesedaran jalan raya. OK FINE!!  Aku malu sekejap sebab aku rasa macam .. ish. Nasib baek ada classmate yang bagitau!

Kuang ajo punya pak gad. Yang pergi buat muka serius tu apahal? Motif cakap student mati? Aku percaya kot! Please,...... Kalau ye pun nak tipu, jangan la cakap pasal nyawa! Memang aku anti dengan sorang abg guard tu laahh! Grr~


P/S : Tipah tertipu bang!

Friday, December 2, 2011

Jari manis ku.

Assalamualaikum and good evening peeps!

Ahaa. Hari ni dah pun masuk bulan December kan. Hampir sebulan sahaja lagi untuk menuju ke tahun 2012. Usia semakin meningkat. Hidup masih perlu diteruskan. Wah. Adakah malam ni malam untuk aku berfalsafah? Mesti lah tak. Sebab ni cuma intro sahaja. :D




Tajuk hari ni? Jari manis? Aik. Nak pakai cincin kahwin dah ke? Haha. Apa. Ingat kalau jari manis tu mesti sebab kahwin ke? Mesti laa tak. Okay. Back to normal. Aku nak tanya korang. Korang pernah tak sakit jari? Macam ni. Pernah tak ada satu kulit keras. Halus je, dekat tepi kuku korang..? Then, korang cabut. Or mungkin korang ketip jer dengan pengetip kuku? Mesti pernah kan?? Haa..


So, sama la dengan aku. Disebabkan aku rasa diri aku kejam. Jadi, aku pun ambil keputusan untuk cabut je kulit keras kat tepi kuku aku tu. DAN... HASIL dia? Hujung jari manis aku bengkak sebab aku dah keluarkan kulit tu secara paksa. HAHA. 


SAKIT wooo.. Berdenyut-denyut pulak tu. Tobat laa lepas ni tak nak terkena macam ni..! D':


P/S : Sakit dia macam sakit gigi. Or sakit kepala. Cuma beza dia. Yang ni kat tangan. Sekian terima kasih.

Thursday, November 10, 2011

Bentong

Assalamualaikum people! :)

Aku kat Bentong! hehe.. cuti-cuti Malaysia. UiTM bagi 9 hari je pun cuti. Sempena raya haji hari tu plus midterm lah kot kan? ekeke.. so, bila aku nak balik Terengganu balik? Macam biasa. HAri Sabtu ni baru aku bertolak ke Dungun. Jangka sampai dalam pukul 3 petang. Awal kan? :)


Apa cerita terbaru aku? Ahaa.Setelah sekian lama tak berjumpa dengan blog aku ni.. weeee.. Tapi aku tak de cerita baru pun. Sama macam dulu, kini dan sampai bila-bila. Haaa.. Aku dah dapat tempat praktikal. Yang pasti bukan AUDIT FIRM sebab aku pilih nak buat kat COMPANY. Senior cakap kalau sekali dah pergi audit firm tu, memang tobat laa nak pergi kat situ lagi.. Sebab nanti kepala sakit. So, aku pun pilih company. Company apa? Company biasa-biasa je. Tapi yang pasti bukan kat Terengganu or Pahang. Haa.. Kat mana? Teka lah,. :p


Okay.. cerita lain? Tauuu tak.. Kat Bentong kann.. ada orang minyak.! Dan.. Berita dia sampai masuk paper. Well. cerita ni dah basi. Aku tak kisah pun basi ke tak. Tapi sekarang aku duduk dekat Bentong. Alamat rumah aku kat bentong. Bentong. Bentong and Bentong.. So, HARUS lah aku takut sebab orang minyak tu semakin berleluasa.. Dekat pulak tu dengan rumah aku. Maksud aku lebih kurang 1 km or 2km macam tu.. 


Mak aku dah letakkan ayat al-walasr dekat setiap penjuru rumah. Untuk perlindungan. Semoga penduduk Bentong selamat dari ancaman-ancaman orang-orang yang jahat ni..


P/s : Serius aku takut! :(


Monday, October 17, 2011

Olympiacc!

Assalamualaikum. :)


Penat sangat hari ni..! Actually program Olympiacc baru je habis semalam. And aku betul-betul have fun sepanjang program ni. Yang best sebab ade kampus lain join jugak. UiTM Perak, Pahang and Melaka. Kawan-kawan lama aku ada jugak..


Hari first, sumenya game akademik and lepas tu ade sukaneka. Okay, acara debat dalam program ni aku ngan kawan-kawan yang jaga budak debat.  Terengganu dapat nombor satu. Ahaaa.. Alhamdulillah. Hehe.. Petang tu hari untuk bersukaneka dan berexplorace! Time bersukaneka, aku main terompah gergasi!! Dapat nombor 1 beb!! haha [suka sangat. :p] Tapi, time main tarik tali memang confirm Terengganu tak menang sebab kecik-kecik jer sume yang tarik tali tu. Aku laa tu salah sorang yang konon-konon hebat nak tarik-tarik tali tu. Haha.. Yang seronoknya sebab kitorang main kat tepi pantai. Ada jugak laa feel duduk Terengganu yang memang tepi pantai ni kan. ^__^


Hari kedua lak, sume nya game sukan. Aku join netball. Team kitorang yang dari UiTM Terengganu ni dapat tempat kedua. Aku tak reti man sangat pun. Tapi sebab rezeki kot. Keh3. Then, seronok jugak sebab hari kedua ni, kitorang dapat jerit kuat-kuat beramai-ramai sebab nak sokong team badminton masing-masing. Aku mesti laa sokong terengganu. Melaka akan sorak untuk Melaka. Pahang untuk Pahang and Perak pun sama macam tu jugak. So, sangat bising sampai aku pun dah sakit kepala. Haha. Apa pun, team Terengganu jugak yang menang.


Malam pulak, ada dinner untuk semua student account. Ahaa.. Macam biasa. Makan sampai kenyang okay! And time diorang nak balik. Agak sedih jugak laa sebab diorang dah nak balik. Memang harus lah aku nages kan. Oh, tertouching pulak malam-malam tadi kan. Hehe.


Hurm.. Agak terpanjang lebar pulak aku bercerita. Ahaa.. Lagi satu. Muka aku memang dah sangat-sangat terbakar sebab sehari suntuk duduk bawah cahaya matahari. Kerja sekolah pun tak siap agi!! Huwaaa..!!


P/S : Harap lepas ni ada lagi program macam ni! I love it! ^^


Tak de gambar lagi laa nak tunjuk. Lepas-lepas ni laa eh.. :)

Thursday, October 13, 2011

Whatever lah.

Assalamualaikum semua.. :)



Ayat yang macam biasa aku nak cakap. Aku dah lama tak bukak blog aku!! haha


Banyak sebab. Antara nya sebab malas nak update - sangat tak patut

Kedua nya sebab banyak kerja sekolah lecturer bagi - tak boleh malas-malas sem ni

Ketiga nya sebab buat-buat busy pasal banyak men. Eh. Main squash. Men netball. Dan macam-macam. - Okay. Aku terpaksa membusy kan diri atas sebab-sebab tertentu. =)


Keempat nya sebab esok lusa tulat ada program Bacc. - Akan aku bersuka ria sepuas-puasnya!! haha

Kelima nya sebab banyak test and kuiz berlambak2 - okay. Ini alasan semata-mata

Keenam nya sebab assignment banyak giler. Apasal entah lecturer sem ni 'baik-baik' belaka.

Ketujuhnya sebab tak ada idea nak tulis apa - Tak de bakat kot.

Kelapan nya sebab ----------------------> Asyik bukak fB dengan twitter jer. Sebab tu MALAS bukak blog.


Sekian. Terima kasih.. =)

P/S : Gambar kat atas tu tak de apa-apa maksud pun. Gambar tu salah satu dari assignment group aku yang baru siap pagi tadi. Haha ^__^

Friday, September 30, 2011

Aku banyak penyakit!

Assalamualaikum semua! :)

Waaaa.. Aku ada penyakit! Tapi tak boleh nak ubat laaa.. HURM... Aku kalau ketawa susah nak berhenti laa.. Aishh. HAti banyak geli maa.. Bila hati geli, aku ketawa maaa.. Bila aku ketawa aku manyak susah mau berhenti maaa.. Waa..




Okayss..Bila aku ketawa aku jadi tak serius. Bila aku tak serius. Memang benda yang orang suruh buat tak menjadi lah. COntohnya. Macam tadi. Orang pejabat kolej suruh buat announcement. Sebab aku dengan kawan duduk lepak2 kat situ kan sebab tak ada kerja. Orang tu pun suruh la aku buat announcement. 2 kali aku tekan bunyi tu, tapi tak boleh nak bercakap sebab tahan gelak. Kali 3 tekan button nak announce, tapi separuh jalan je aku cakap sebab nak gelak. Nasib baik kali ke 4 dan 5 tu okay je. Waa.. Gelak tu bukan sebab apa. Sebab diorang gelak jugak. Lagi laa aku tak boleh nak stop. Sobbsss...




Habis laa ilmu-ilmu aku banyak keluar sebab banyak ketawa. Bukan elok sangat ketawa banyak-banyak ni. Hari tu pernah ada orang suruh aku jadi MC. Memang tak laa kan sebab aku tau, bila duduk kat depan tu, sure aku gelak + gagap. Apasal entah. Belum ada keyakinan diri kot. Haha. 


Lately aku banyak betul salah cakap. Waa.. Apasal ni.. Sobsss.. Before ni tak macam ni pun.. :( Sedih betul laaa.. Aishh..


What should I do friends ?


P/S : Apa pun. Nak buat macam mana. Bila dah terlebih-lebih happy kan. Hak3. Happy bukan sebab apa. Sebab kawan buat lawak! Aku tak kata aku tak suka ketawa tau! Cuma susah nak berhenti.. Tu jer.. ^___^

Wednesday, September 28, 2011

Start Busy. Betul kah?

Assalamualaikum semua! :)


Macam biasa. Rasa macam rajin sikit nak coretkan something kat dalam blog comel aku ni. hehe Rasa macam nak dekat seminggu tak coretkan apa-apa kan..? Blogwalking pun macam dah tak da masa sangat macam dulu dah. Masa itu emas. Sekejap je masa tu berlalu. Huwaaa. Apa ntah aku mengarut. Wee~


Macam nak dekat sebulan aku masuk UiTM dah kot kan. Entah. Aku pun dah tak berapa ingat sangat tarikh-tarikh ni. Haha. Tak kisah lah kan. Ahaa.. Untuk tajuk entry tu. Betul ke aku akan start busy? hurm. Busy ke? [sambil tangan kat dada dan mata ke atas]. :p Tak de lah. Aku mana reti nak busy-busy ni. Stay cool okayss.. :)


Cuma kan. Aku la yang rasa macam konon-konon busy sebab esok dah start ada kuiz. Math. Aku tak kisah sangat coz I DO LOVE MATH! haha. Lepas tu hari ahad ada lagi kuiz. Erm. Lebih kurang macam LAW. Suka lah kot. Depend on lecturer yang mengajar jugak. Kalau tak best, memang aku tak berapa nak suka lah kot lecturer tu. Hehe.. Next week jugak dah kena start buat assignment group. Next week lagi pulak ada Olympiacc. Program budak2 account. DLL. 


Then. Lagi satu yang aku rasa agak problem sikit, aku nak kena cari tempat praktikal untuk AUDIT FIRM. Start sakit kepala laa nanti kan.. Tapi. This kind of problem aku nak settle kemudian. Haha. Gila sempoi! 


P/S : Apa lagi ek. Okay lah. Hari ni ni aku tulis more on my personal story jer kot. Tak de idea dah nak tulis. MALAS! haha. Dah update ni kira bagus lah jugak kan! Berlagak gile kot! Hehe.. 


Saturday, September 24, 2011

Hujung Minggu

Assalamualaikum dan selamat petang semua! ^^


Okaysss.. Hari ni rasa macam nak menulis pula yerp.. Mungkin dalam masa terdekat nak mengecat blog aku dengan colour2 baru kot. Kalau ada mood rajin lah kan. Haha.




Btw. Semalam aku and roomates pergi Kuantan. And kitorang pergi tengok movie Bini-biniku Gangster! Lawak giler cerita dia sebab aku gelak agak kuat lah kan. Siapa yang tak tengok lagi. Boley review sinopsis nya dekat sini. Haha. Tapi.. Kelakar tu memang la kelakar. Cuma bagi aku, cerita tu macam tak sesuai kalau budak-budak tengok. Sebab ada macam unsur-unsur 18 sikit yerp. Walaupun just komedi tapi aku nampak cerita tu terlalu open. So, memang tak sesuai lah kan ? Tak pe lah. Apa pun cerita tu memang kelakar! ^^ Aku nak bagi 4.5 bintang lah. Huahuahua..


Then, just window shopping je la. Ahaaa. Aku ada beli 2 pashmina tau and jam tangan and lain-lain. Macamana nak pakai pun tak tau lah kan. Hehe.


Apa pun. Aku still dalam mood penat lepas banyak berjalan semalam. Nanti jalan lupa tengok cerita Bini-biniku Gangster tau!! :)


P/S : Agak sedih sebab aku pergi potong rambut. Punya sayang dengan rambut panjang aku kan. Haha..! :p

Tuesday, September 20, 2011

Cita-cita

Assalamualaikum semua. :)



Lama gilaaaa aku tak mengupdate blog yg busyuk ni. Kalau ada pun just Wordless Wednesday. Bukan tak de masa. Cuma macam malas jer. Sebab lately banyak je hal yang nak kena settle. Time-time cuti hari tu kerja la sekejap before masuk UiTM. Then. Time-time nak masuk tu, banyak benda la nak kena kemas kan. Masa sampai lak, nak kena berpindah randah pulak kan. Haa. So. Macam tak de masa la pulak nak tulis blog. Weee.. [alasan semata-mata]. 



Masa aku sekarang hanya tertumpu dekat buku and friends. ahaa.. And ada cita-cita nak buat novel sendiri. Cita-cita sambilan. Cita-cita okaysss..! ^^ Tapi semua tu akan berlaku bila aku rajin. Kalau tak. Jangan harap  laa.. haha



Cita-cita aku nak jadi salah seorang board of director sebuah syarikat yang sangat besar. Besar betul impian kan? Well. Biasa la. Nama pun cita-cita kan. Haha.



Masa kecik-kecik dulu nak jadi doktor. Lepas tu nak kawen dengan anak raja. Masa tu umur 8-10 tahun. Ni nama nya terpengaruh dengan cerita-cerita kartun .



Lepas tu bila dah masuk sekolah menengah nak jadi lawyer. Sebab nak ikut jejak mak long aku. Kononnya lah kan. Macam la aku ni bijak sangat ye. Cakap depan orang pun tergagap-gagap. haha Tapi kalau loyer buruk dengan kawan-kawan yang segila-gila dengan aku tu pandai lah. ^_^



Then. Bila dah jadi mahasiswi, cita-cita berubah. Nak jadi seorang akauntan atau juruaudit. Sebab jurusan aku pun ke arah tu kan.



Sekarang pulak? haaa. Aku nak ada sebuah firma perakaunan sendiri. Lepas tu aku nak jadi bos yang baik. Dan aku nak ada pekerja sendiri. Hahaha



Amacam. Best tak cita-cita aku? ^^



Okay lah. Tiba-tiba nak cerita pasal cita-cita. Merepek-repek dah aku tulis ni. Got to go. Ada hal yang perlu disettle kan dengan segera.! :)



P/S : Apa cita-cita korang pulak ?

Wednesday, August 31, 2011

Wednesday, August 24, 2011

#11 Wordless Wednesday : Baju raya

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. :)


This is not mine okay.

Baju raya aku dah siap dah. Yey. hehe 

Kaler grey + ade merah2 sikit. Tapi major kaler grey. 

Baju kedua kaler biru. Tapi tak siap lagi. Haha

Selamat menyambut Aidilfitri tak lama lagi.
:):):)


Thursday, August 18, 2011

Okay FINE !

Assalamualaikum semua. :)


Fuh. Tak tau laa kenapa hari ni macam penat sangat. Selalu tak macam ni. hua2. Okay. Alkisah nya. Aku just nak cerita pasal rabbits okay hari ni.

Ni bukan rabbit aku. Tapi ala-ala cam ni kot kaler dia. ngee~


Kisah pertama. 

Salah seekor anak rabbit aku dah mati. SEBAB ? bunuh diri ? Bukan. Kena bunuh ? Bukan jugak. Kena buli dengan mak rabbit ? Pun bukan. Tak cukup makan ? Lagi laa bukan..! Bukan. Bukan. Bukannn.! SEBAB nye, dia mati lemas. LEMAS. Huuu... Aku tengok laa rabbit tu tengahari tadi. Tengok-tengok dia ade dah kat dalam mangkuk tempat si mak rabbit ni minum air. Huwaa.. Sedih2. Dah laa warna dia je yang comel. Sobssss.. T__T .. Tapi apa boleh buat. Terima jer laa dengan redha. 



Kisah kedua.

Dulu. Masa mula-mula aku bela rabbit. Aku tak suka. Sebab awal2 dah kena kencing and cakar. Kejam punya rabbits. Har har har. Okay. Lepas dah besar and dah jadi mak and bapak dah pun. Diorang pun okay. And stay cute. And aku pun tak de laa tak suka kan. Sebab diorang comel and baik-baik. 


Then, petang tadi, kira aku nak suruh baby rabbit ni minum susu mak dia la kan. Aku pun bawak masuk rumah. [ Nasib bukan atas karpet ! ] . Then. Secara tiba-tiba si baby rabbit pun membuang air kecil yang sangat banyak ! Grrr.. Aku baru nak buat baik. Tetiba ko wat 'baik' balik ngan aku ek. Fine. Aku pun masuk kan balik kat tempat dia. *Terpaksa laa aku buat amal jariah ngelap lantai hari ni ek. haha.


Anyway. Diorang dah besar dah sikit. Dah boleh nampak kaler badan dia dah. hehe


P/S : Nanti dah besar, mesti rabbit tu comel macam aku. Hahahahaha ! ^___^


*Tajuk kat atas tu poyo*

Tuesday, August 16, 2011

Bukan Budak Kacamata

Assalamualaikum semua.. :)

Aku nak doodle comel from cik Scya ni!!hehe



Sape nak jugak korang click kat sini atau kat gambar tu pun boleh tau..
hehe.. 
:):):)


p/s : blog beliau sangat comel.. 
^___^


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
v
v



COMEL KAN ? SUKE !
Thank you Scya !
:):):)