Monday, December 26, 2011

Pantai Dungun mengaummm!

As'Salam kawan-kawan semua.. Sihat? :)

Hari ni cuaca macam selalu. Sejuk. Dingin. Memang sweater kene bersama dengan aku selalu. Hujan turun dengan lebat. Hurm. Macamana lah keadaan dekat luar tu kan.


Ni pictures yang kawan aku amek semalam. Kira latest lah kot kan? Haha Pic ni jauh sikit dari UiTM Dungun. Kalau naek kereta ambil masa 5 minit nak pergi tempat ni kot. Kat depan UiTM pun agak teruk jugak. Besi jalan pun habis berkarat. Air laut dah naek ke jalan. Ehem. Esok pagi cadang nak survey. Kalau rajin aku pergi la kot pagi esok. Haha.



FYI, pokok ni tinggi tau.Pokok yang tinggi pun senang je ditumbangkan oleh sang laut. MasyaAllah..

Korang nampak tak ade macam sebatang kayu kat laut tu? Actually ada dua tau. Pastu. Biasa nya tinggi kayu tu 3 kali ganda tinggi nye dari yg korang nampak tu. Means that, air laut tinggi lah kan? T_T


See.. Jalan ni aku selalu gi bandar dengan kawan-kawan aku. Sekarang dah tinggal separuh. Malam tadi aku pergi jalan tak macam ni lagi tau. Still dua hala. Tapi sekarang tinggal sehala jer.


Agak-agak berapa la nak maintain jalan ni balik kan? Atau satu hari nanti.. Jalan pantai dah tak de lagi? :(


Semua ni kuasa Allah. Kita just tunggu dan lihat. Yang pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)


10 comments:

alif ismail said...

Subhanallah...

SiBudakKurus said...

Subhanallah.moga semua nya selamat dan dijauhkan dari bencana

Farhana Jafri said...

seram tgk.. hrp jlan tu cpat2 la siap.. skrg ni angin kuat gila.. takut nk kuar rumah.. take cre btw :)

sobri yaacob said...

seram plak tgok..
kuat btul kuasa allah.

H Y D E said...

wow. sampaikan rosak jalan tu.

subhanallah-

L said...

kuasa Allah takutnyer...=)

Jom baca kejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

sailaaf said...

baru ku tau..xtau lak pasal berita ni..huuu.takot nya

littledolphin said...

sampai macam ni sekali? takutnya...

insyaallah dijauhkan dari bala bencana .

~AyuyuE~ said...

follow me;)

Diyana Norman said...

hakisan yg sgt teruk.. Subhanallah