Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan.. :)

Assalamualaikum semua. 

Ahlan wah sahlan ya Ramadhan. :)



Hari ni dah bulan August. Lama dah aku tak update blog. Busy lah kot kan. Hehe. And hari ni jugak adalah first day umat Islam berpuasa. Lapar dahaga itu mesti.. :p



Sepanjang kita hidup ni kan. Mesti masing-masing ada pengalaman puasa. Ponteng puasa tu pun mesti ada punya lah. Sama gak cam aku. Haha. Alaa. Tu time kecik2 okay. Sahur tu mak buat ayam goreng. Tengahari pulak mak buat kueh tart nenas. Sodap nya. So, time mak busy2 wat kueh tu, aku and adik aku, kidnap ayam goreng tu and makan belakang kerusi. Haha. BELAKANG KERUSI tu beb. Tak de challenge langsung.! Pastu rasa bersalah. Aku pun bagitau mak yang kitorang makan ayam. Mak buat dono jerr.. haha. Memang laa. Time tu aku baru darjah 2 ke darjah 3 entah. Kecik lagi,, :D



Tu nama nya puasa yang yok bukak periuk. Hehe. Actually banyak lagi kisah2 puasa aku. Tapi aku lagi berminat kisah yang aku makan belakang kerusi ni kot. Sebab macam comel jer curik2 makan belakang kerusi. Haha. 



Anyway. Selamat menjalani ibadah puasa dan solat okay? Semoga kita semua menjadi seorang mukmin yang lebih baik di bulan yang mulia ni. And aku juga nak mintak maaf awal2 kalau aku ada pernah buat dosa kat korang secara sengaja atau tak sengaja. :)



Apa-apa pun jangan ponteng puasa tau!

2 comments:

Bro ahmad said...

salam ramadhan miss lama tak dengar khabar berita...:) selamat kembali p

Siti Suriani said...

haha. ade je. cume mood xde nak berblogging.. :)

salam ramadhan juge bro. hehe