Saturday, May 14, 2011

Sekolah kebangsaan Tuaku Fatimah

Wuhuu....

Aku baru jer lepas balik from my old schOol.. SKTF Bentong Pahang.. Pernah dengar? Mesti lah tak sal korang bukan orang Bentong.. Kalau ada bagitau lah. Entah entah korang ni kawan lama aku. Kot la kan? Haa.. :)

Oke. Banyak gila perubahan yag dah berlaku dalam sekolah lama aku tu Ye la. Tu lah sekolah rendah aku zaman kecik2 dulu.. Kalau nak lari-lari mesti kena marah pasal cikgu tak bagi lari dalam sekolah. Kat luar sekolah boleh lah ek cikgu ? haha

Tapi siyes r.. Sekarang dah cantik dowh sekolah tu. Bangunan pun dah makin bertambah..

Kat situ tadi aku jumpa cikgu Lim.Cikgu Matematik aku. Tak sangka dia ingat aku. cuma nama je lupa. Mende yang aku tak boleh lupa sal cikgu ni kan, sape yang tak siap kerja sekolah, kena denda 50 sen. Uish. Time tu 50 sen tu besar tau tak. Time kecik2 la kan. Hehe.. Kalau dulu umur aku 11 tahun belajar dengan dia. Then sekarang nak masuk 22. Wah. Berapa generasi dah tu kan dia mengajar dekat itu? ngeee~

Then, tak lama lepas tu. Aku jupa pulak ngan cikgu aku yang sorang lagi. Yang aku terharu nya tu kan.. Dia boleh ingat nama aku..? Berbelas-belas tahun aku tak jmpa dia. Dia boleh sebut nama penuh aku.? Oh. Terharu nya saya.. ^^.. Nama dia Cikgu Rostina. Aku ada gambar dia. Nanti lah upload.. Bab2 mengupload gambar ni malas sikit. :)

Ape-ape pun.. Gembira jumpa cikgu. Cikgu punya pasal dulu lah , sekarang saya dah berjaya masuk universiti. Usaha + ajaran from cikg-cikgu semua = lahirlah saya yang sekarang. :)

16 hb ni hari guru.. SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu-cikgu yang dah ajar saya..

Panjang berjela pulak aku merabai kat sini..

:):):)

No comments: