Sunday, June 5, 2011

CM6 Tutorial : Bagaimana membuat Ayam Masak Merah


Okay.. Tutorial aku hari ni adalah pasal Bagaimana nak masak ayam masak merah. Haa.. Actually ni lah yang aku masak sokmo2 time dekat rumah sewa dulu. Sampai dah naik jemu dah. Tapi tak pe. Aku tau ramai yang dah pandai masak kan sebenarnya? Tapi aku still nak jugak buat tutorial pasal cane nak masak lauk ni..Hehe..


Okay.. Memula sekali korang kena lah cari bahan2 dia dulu kan..


  • Yang kena ada mestilah ayam. Bersihkan dulu ayam tu sampai bersih Buang lemak2 sume2 tu, then potong ikut suka hati korang lah nak banyak mana. 
  • 2nd kena ada cili boh. Ni yang paling penting sekali tau. Amek 3 sudu besar cili kering jer. Pastu kisar. Jadilah cili boh..
  • 3rd, sediakan 1 senduk tomato puri dan 1 senduk jus tomato
  • Pastu sediakan juga 10 ulas bawang merah dan 6 ulas bawang putih serta 3 cm halia.  Haa.. sumer2 ni kena kisar sekali okay..!
  • Then, korang cari lah 2 batang serai. Korang ketuk2 serai tu.
  • Apa lagi eh? Haa.. Ambil 2 biji bawang besar. Pastu potong nipis2. 
  • Last sekali, kena ada daun ketumbar, daun pudina, daun sup dan daun saderi yang dikisar.
  • Oh yer. Jangan lupa gula dengan garam okay! Kalau tak , tak sedap lah lauk korang ni nanti!



Ni bab bahan2 jer.. Camne lak cara nak buat dia? Alaa.. Tak susah pun..

  • First sekali, korang gaulkan ayam yang korang dah bersihkan tadi tu dengan garam and kunyit. Then goreng. Jangan sampai hangus pulak! 
  • Pastu, dah siap goreng, gunakan minyak yang korang goreng ayam tadi untuk buat sambal dia. 
  • Tumis jer cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dah serai. Letakkan sedikit gula unttuk dia cepat pecah minyak. Pastu, bila bau dia dah naik, masukkan tomato puri dan juga jus tomato. Dah buat? Okay.. Jangan lupa letakkan garam secukup rasa tau..!
  • Pastu masukkan 4 jenis daun yang korang dah kisar tadi tu. Dah settle sume, baru korang masukkan ayam dan gaulkan dengan rata...

Siap! Okay.. So,nanti bila korang nak hidangkan nanti, korang taburkan kacang pis atas dia tau..

Tak sabar nya nak makan. Nyum3.. !

Okay. Mission complete.!




2 comments:

100penulis said...

adeh.. 'renyah' jugak proses nak buatkan ayam masak merah ni ye.. maklumlah selama ni tau makan je hehe

ok link entri da masuk senarai..

Siti Suriani said...

haha.. senang jer.. acu cube try test buat sekaliii.. :p