Wednesday, June 1, 2011

Kenapa murtad? Ya Allah..



Sepanjang aku berblogwalking, aku ada terbaca tentang kisah orang yang murtad. Ya Allah.. Kenapa jadi macam ni..? Kisah Hartina Kamarudin yang murtad dari Islam kepada Hindu. Apa dah jadi? Ye. Aku tau ni adalah kisah2 lama. Tapi bila aku baca balik. Sedih rasa. Seorang anak yang dah dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, sanggup membela teman lelaki India daripada ayahnya sendiri! 

Aku sendiri pun tak faham. Diorang tak takut dosa kah? Dia tau tak apa hukum keluar dari agama?Dalam Islam, kalau keluar dari agama Islam, dia patut dibunuh! Bukan patut, tapi WAJIB! Astagfirullah.

Sumber : Faith Freedom


Kalau nak tahu kisah lebih lanjut, sila lihat di sini - Hartina Kamarudin Murtad

Dan kisah kedua yang aku baca adalah mengenai Nor Aisyah Bokhari. Sampai sekarang dia masih tak dijumpai. Dia dikatakan memeluk agama Kristian. Astagfirullah. Kenapa boleh jadi macam ni? Dia dah tak ingat kat ayah dia? Sedih aku tengok gambar ayah dia yang sangat merindui anak perempuan nya. Sampai tengok baju-baju dalam almari si anak. Aduhai. Berbelas tahun ayah si Aisyah ajarkan agama Islam yang lengkap. Tapi, kenapa agama lain menjadi pilihan?

Kisah sedih yang diceritakan oleh ayah Aisyah boleh lihat di sini - Nor Aisyah Bokhari Murtad

Kisah-kisah lain pun ada. Orang yang memeluk Islam dan menegakkan Islam juga ada di dalam kisah ni. Kisah-kisah seumpamanya.

P/S : Orang di luar sana, sanggup bermati-matian untuk menjaga Islam. Tapi orang kat sini? Maksud aku bukan semua orang di sini, tapi sebilangan kecil. Semoga mereka sempat bertaubat dan meminta ampun daripada Allah swt. Amin..

10 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Mereka ini bukan tidak tahu atau tidak faham, mereka tidak meletakkan jiwa mereka pada ajaran Islam.

Ada org jahat, merompak atau lain2, melakukan perkara yang menyalahi undang2, tetapi mereka tidak pernah sama sekali menghina atau menukar agama. Mereka masih lagi sedar akan batas2 akhir hidup beragama.

Jadi kenapa berlakunya perkara sebegini..? Ini disebabkan kita masih dijajah oleh pihak Kristian melalui kemerdekaan yang dirancang dengan penggunaan undang2 pemerintahan acuan mereka. Lihatlah sampai kini lebih 50 tahun merdeka, masih tidak dijalankan undang2 / hukum Islam sepenuhnya di sebuah negara yg kononnya negara Islam. Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan tauladan serta panduan utk umatnya, namun ia tidak diikuti.



http://smskey.blogspot.com/2011/05/mereka-bercerita-sebab-sebab-menganuti.html

アヌム ちゃん said...

mintak di jauhkan dari benda2 mcm ni kan..takutnyaaa.

Cik Cammy Lia said...

xnak lah bace pasal murtad ni..gerun ah..nauzubillah..sentiasa bermohon agar diri ni ditetapkan hati dilandasan yg betul

p/s : cammy x bace entry ni tgk tajuk pon dh takut hihi

Siti Suriani said...

Semoga diorang insaf.
Ya Allah. Tetapkanlah iman kami. Matikanlah kami dalam iman..

najihah sahami said...

hai siti...header blog jihah tu just guna picnik.net untuk transparentkan background dan edit2 tu semua guna photoscape.

:)

Aisyan said...

Untuk mengelak kita terpesong dengan akidah kita, eloklah kita banyakkan salawat dan istighfar kepada Allah SWT.

nazirulhazwan~ said...

murtad sebab bebal~

Siti Suriani said...

ya right.. takut nyer kalo ramai lagi yang terpesong akidah..

SofieyAzwa said...

Kesian kan family dorang? Entahlaa,besar beno dosa murtad tu

Siti Suriani said...

itulah.. sian gilerr..:'(