Tuesday, June 28, 2011

5 TANDA GEJALA SAKIT JANTUNG



1. Sakit dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)
Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.
Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.
2. Sesak nafas
Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti.Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.
Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.
Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.
3. Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
4. Mudah berpeluh
Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
5. Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.
Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.




Tiba-tiba aku nak tulis pasal tanda penyakit jantung kan? Haha. Macamana kalau aku ada penyakit jantung?  Sebab aku dah pergi check. Dia just cakap ada tanda untuk dapat sakit jantung kalau tak jaga dari sekarang. So, kena jaga kesihatan Siti.! Jangan banyak makan ayam and daging. Kalau tak jaga betul2 kesihatan tu, boleh dapat penyakit jantung tau. Aku tak nak.!

So, starting from today, aku patut kena jaga makan. Jangan suka-suka hati je nak makan itu ini. Badan pun kena jaga jugak! hehe Tapi tanda yang kat atas ni aku tak alami lagi lah. Alhamdulillah. Tapi baru-baru ni aku ada berjoging dekat bukit. Bukit Bauk. And you know what. I collapsed at there. Oksigen tak cukup kot. Haha Tapi tu bukan tanda sakit jantung kan?

''Tu lah, mak suruh makan vitamin ke apa entah. Tak nak. Makan mula-mula je. Lepas tu tinggal terus. Haha.''
Aku copy ni from 5 Tanda Penyakit Jantung



2 comments:

Unknown said...

thank info menarik d...:)

surianisiti said...

haha.. u almost welcome. jage kesihatan. :)