Tuesday, July 12, 2011

Cermin mata ku~

Assalamualaikum semua.. :)



Wah.. Hari ni aku beli cermin mata baru! Itu pun mau cerita ka ? haha Okay. Survey. Punyer survey. Punyer survey. Lastly dapat jugak beli. Kaler dia, kaler HITAM + ORANGE. Comel kan? hik3. (gedix!)



Okay. Alkisah mula-mula aku beli tu kan. Kedai pertama aku pergi tu, okay la. Dia kasi aku Baek punyer layanan. Tapi aku tak berminat. Mahal and tak cantik pulak tu. Hak2. Demand! Ceh!



Then. Aku agak geram dengan Kedai yang kedua. Giler la. First time aku pergi kedai cermin mata yang macam tu. Kalau korang pergi kan. Dah laa tak ade harga kat cermin mata tu. So, tak tau laa macam mana nak decide kan? Dia just cakap.

Aku : Ini berapa harga?
Tokeh : You pillih jer mana-mana yang you suka. Nanti saya decide harga. Kita tengok lah macamana nanti. 
Aku : Apa beza semua bingkai ni? Sama je ? Laen kedai saya tengok ada harga maa..? Ini semua tak ade.
Tokeh : Itu saya kasi tau, You pilih saja mana you suka. Nanti saya kasi tau harga lah. Kita tengok itu cermin saja laa mau beza mahal atau murah. 
Aku : Erk. Macam tu pulak? First time saya tengok kedai macam ni lorh.
Tokeh : ( Pandang aku, tak serve dengan baek sekali! Ergh!) You try laa mana you suka. Pilih pun susah ka.



Aku pun try laa 2 3 cermin. Then aku memang tak selesa giler duk situ. Dah la gelap. Apa punya kedai dah ini macam. Aishh.. =.='



Aku : Mak, jom lah. Kita survey tempat laen pulak. Okay lah tokey. Lain kali saya datang lagi lah. 



Apa punya kedai daa. Dah laa tak layan aku. Nak tanya pun, apa pun tak tau.



Pastu aku pun pergi kat kedai ketiga. Haa. Aku datang-datang jer, tokey dia datang. Baik giler. Okay. Lebih baek dari yang tempat aku pergi tadi. Heh2.Taukeh cina tu pun hensem. Lalalaala~



Aku : Ini pattern je ke ada?
Tokeh : Tak de lah. Ini ada banyak lagi. Ini baru sampai ma. You try dulu laa. Okay. You try yang ni. 
Aku : Haa. Cantik jugak. Keh2. Alaa.. Tak tau la nak pilih yang mana ni. Banyak sangat. Kui3.
Tokeh : Haa. You try yang ni lah. Nice what. Sesuai dengan you.
Hahaha. Dia kata aku nice. Erk. No lah. Dia kata spek aku nice. Hahaha. Okay. Aku terperasan sekejap. 
Aku : Mak. Ni okay ke ?
Mak : Okay je. Mana-mana pun sama jer.



Aku cuba yang lain-lain jugak. Lastly, kesian lak tengok tokey tu tunggu and layan aku kan. So, aku decide pilih kaler HITAM + ORANGE. Yang macam tokey tu suggest kan. Hehe.



Lepas semua tu. Sejam lepas tu baru aku pergi ambil spek mata aku. Yang lama dah boleh simpan. Then, the way diorang serve aku, memang beza giler dengan yang second tadi. Entah apa-apa je kan. Patut la tak de orang datang. Huhuhu



So, pengajaran yang aku dapat hari ni, kalau dah berniaga tu, tolong la jaga customer baek-baek. Sebab sekali customer dah tak suka, sampai bila-bila pun dia takkan datang lagi. Tapi kalau sekali customer tu dah suka, satu hari nanti pasti dia akan datang lagi. 



You all should be a good customer service! 


:):):)

4 comments:

farahin nasir said...

kire nie post sal costmer servis la nie ea?? huhuhu.. :)

Siti Suriani said...

haha,, lebih kurang la.. :)

shahjiehan said...

haha... mmg la... bgs la pilihan tu... kita klo nk bukak kedai. itu yang penting.. org selesa..klo layanan teruk, tobat kene maki hamun... hahahha

Siti Suriani said...

haah. sakit ati ngan kedai yg second tu. hehe :)