Friday, June 3, 2011

Kalau saya dapat RM 300


Hari ni aku nak join contest Safra Shukry ni. Hadiah memang besh.. Mana tau ada rezeki kan.. :)


Kalau saya dapat RM300? Yes. Of course laa saya nakkan RM 300 itu..!! Kerana saya amat memerlukannya..!!

Siapa yang tak nak kan kalau ada orang bagi duit kat kita. Nak nak, duit tu adalah bernilai RM300!! I like it. Sebab, aku pun agak sengkek sekarang ni pun. Duit pun ala-ala kadar untuk sara hidup je tau.

Memandangkan aku sedang belajar untuk shortkos ni kan, duit ni memang sangat2 diperlukan sebab aku tak dapat PTPTN! Juz bank from my ayah n mak jer. Tu pun , macam kesian jer asyik mintak kat diorang kan. Apa kau ingat diorang kaya macam Ahmad Seth Tan dengan Nora Elena tu??? Haha



Oke. Kalau aku dapat RM 300 tu, apa yang aku akan buat? First. Makan.. Nak beli makanan lah.Itu wajib! Kenapa kena makan? Pasal hari-hari aku lapar. So, bila nak beli makanan, duit keluar lah kan? Apa kata kalau aku guna sebahagian duit tu untuk makan aku sepanjang aku kat UiTM ni kan? Menjimatkan..Haa


Then. Apa yang penting, aku nak isi minyak kereta aku. Sebab aku pergi kelas dengan kereta kontot tu. Ha.. Eh.Ingat perut aku jer berbunyi-bunyi nak makan? Kereta aku pun nak jugak tau. Terbatuk-batuk kereta tu nanti, sape susah? Kawan-kawan aku jugak yang susah. Sebab mesti aku nak mintak tolong diorang kan? Haa..Kalau aku menang lah kan, hilanglah sikit kos aku nak pergi isi minyak tu. Haha. 



Lagi satu, baru-baru ni aku memang ada bercadang nak tukar tayar kereta aku sebab macam ala-ala nak botak gitu. Tak ke bahaya kalau tetiba aku drive kereta kan, tetibe, PUFFF TRETTT.. Rupernye tayar pecah. Untuk safety, memang kena tukar lah. So, kalau lah dapat RM 300 tu, kurang sikit beban aku nak cover cost tayar tu nanti. Hehe *Ni sumer sebab ade sorang pencuri kat umah sewa aku dulu, dia pancitkan tayar kereta aku ngan pisau. TAk pasal-pasal kena guna tayar spare..*




Tolak tambah, tolak tambah, berkemungkinan tinggal lebih kurang dalam RM 50 kot kan. Surely aku nak beli TOPUP!! Haha. Eh2.. Bukan kol pakwe okay! Kol mak dan ayah kesayangan aku lah. Macam biasa, hari-hari diorang akan kol aku, atau aku yang akan kol diorang. Rindu tau. Dah lah duduk jauh. Kena lah hari-hari contact kan. Haha Anak manja! Iuww.. =p  So, bila aku yang kol diorang, hilanglah lah sikit beban diorang kan yang asyik kol aku. Biar aku lak yang kol diorang sampai habis kredit aku pun tak pe. :) Tak pun biar aku yang topup kan diorang. Tak gitu ?

Tu je lah rasanya. Kalau ada terlebih-lebih duit tu. Aku nak beli nset cikai2 jer satu. Sebab pagi semalam handset Sony aku jatuh terburai!! Sedih gilerr weh. Some keys ada yang tak berfungsi. Huwaa.. :( Itu kalau lebih. Kalau tak. Tak yah aku beli sebab ada menda len lagi yang lebih penting kan..Hehe..


Haa.. Bulan 7 ni hari jadi adik aku, Ahmad Firdaus. Boleh lah aku belikan hadiah untuk dia. Hehe Itu cara nak eratkan silaturahim antara adik-beradik yerp.. :)

Okay..Tu je lah kot yang penting untuk aku buat masa ni sebab aku tengah belajar pun sekarang ni. Duit tu memang dah macam air dah sekarang. Hehe Kalau aku menang kan, memang bersyukur giler lah. Rezeki itu kan datangnya dari Allah swt. Alhamdulillah.


Nway. Thanks.

Kawan-kawan seperjuangan:

4 comments:

Spanar Buruk said...

thanks dear coz tag saya..spanar tgah cari spanar yg hilang ni..mna la dia ea..

surianisiti said...

Haha.. Siti pinjam spanar awak tadi.. Aish.. Lupe lah tu.. :p

Lee said...

Hello Siti, I was smiling reading your very interesting post.
Love your sense of humour too.
Regret my bahasa sebelum Merdeka, suda out of tune, ha ha.

Wow! Rgt 300.....can do a lot, huh?
But makan first. I like that.
I wish you good luck. Hope you win.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

surianisiti said...

haha..Thank you Uncle.. you also can join that contest too.. :)