Monday, August 8, 2011

Sajak 5

Assalamualaikum semua. :)



Syukur. Syukur. Syukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada.



Jika kau fikir kau hidup susah.
Fikir lah bahawa ada yang lebih susah dari kau.



Jika kau fikir rumah kau kecil dan tak seindah banglo mewah. Sedangkan kau masih ada tempat tidur dengan tilam yang empuk. Tempat masak. Tempat tonton tv Astro bagai. 
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih kecil rumah nya. Bahkan. Tempat tidurnya hanya berempukkan lantai. Dan siling yang berlubang-lubang, terkadang basah dek hujan.



Jika kau fikirkan makanan yang kau makan tak sedap ala-ala makanan hotel. Malah sedikit dan tak cukup makan.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang masih berlapar kerana kekurangan makanan. Sehingga ada yang sanggup makan siput babi dan pasir. Dan menjadi kurus kering tanpa vitamin yang cukup.



Jika kau fikir kau tiada duit. Sedangkan kau masih mampu membeli itu dan ini. Baju, kasut bagai.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang lebih susah mencari duit hanya kerana untuk membeli sesuap makanan. 



Jika kau fikirkan kau tidak bahagia sedangkan kau masih mempunyai ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.
Fikirkan lah bahawa ada lagi insan yang sebatang kara dan tiada sesiapa di dunia ini. Sehinggakan ada ibu dan bapa dibuang anak. Dan ada juga anak yang dibuang ibu.



Jika kau fikir kan kau keseorangan.
Fikir lah bahawa kau masih ada Allah yang sentiasa bersama untuk kau meminta.


Saturday, August 6, 2011

Mak dah bising~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~ :)



Blog aku dah tak macam dulu. Update pun nak ikut mood jer. Bulan-bulan puasa ni macam malas pulak nak m'update2. And dah lama jugak tak join BCR. Hak3. 



Okay. Mak aku pun agak dah bising jugak lah kan. Dia selalu cakap. Apa laa yang ada dekat komputer tu. Kalau FB tu apa la yang ada kan. Buang masa jer. Paling-paling pun cuma komen-komen kawan-kawan. Nak makan bagitau. Nak tidur bagitau. Nak pergi kedai pun bagitau. Pastu ada orang komen. Pastu suka. Buang masa tauu. -Kata mak kepada aku- har har har.



Tapi betul jugak kata-kata mak tu. Aku tauu. Semua orang kalau dah online, mende first yang dia buka mesti FB! kan? haha. Then, baru lah buka menda lain. Blog ke, berita-berita ke, lagu ke.game ke.. Apa-apa lah. Tapi yang pasti first yang kita buka mesti FB.! 



Well. Sekarang pun aku dah kurangkan jugak pe online2 ni. Bukak pun kejap2 jer. -Untuk kesihatan mata aku gak!- [buwekkk!] and tak nak jadi hamba komputer~ eceeeee~


-So, apa-apa pun. Saya sayang mak dan ayah saya-


Wednesday, August 3, 2011

#8 Wordless Wednesday : I'm so confused !

Assalamualaikum dan selamat hari rabu! :)

 

Konfius dengan keadaan aku sekarang. Poyo jerp !
=.=' 

Tuesday, August 2, 2011

I Stalk Your Profile





I stalk your profile – Jazz Hayat

Ooh... Ini kisah sedih ku
Aku mengharap kan
Sesuatu yang tak pasti

Disaat kau disisiku
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh
Warna warni
Seperti pelangi

Ku akui ku rindukanmu
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku
Bila kau Sudah berpunya...

(chorus)

I stalk your profile when I miss you
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkan ku

Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionnya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau Jua..

(Repeat chorus)

Bridge:
Kau seolah memberiku harapan
Disaat sunyi rasa kesepian
Kau seolah memainkan perasaan
Ingin ku membenci mu tapi aku yang
Tak tahaan

(Chorus)

Composed & lyrics by Jazz Hayat



Wah. Sedap kan lagu ni? Hehe. First time dengar dulu time Dinner UiSF hari tu. Orang Brunei yang nyanyi. Okay. Masa aku dengar lagu ni kan. Aku tengah makan tau dengan team aku tau. Lepas tu, sambil aku tengah makan tu, memang aku asyik tersenyum je dengar lagu ni. Padahal lagu ni dikira lagu sedih lah jugak an ? Sebab apa aku senyum? Sebab dulu aku stalker. Macam dalam lagu ni la.  Kena sebijik kat muka aku kot. Eh. Tak sebijik. 80% tu kira macam betul lah. Oh. kisah kita ni sama laa wahai Jazz Hayat. Haha Tapi tu dulu la. DULU tauu.. Sebab tu aku tersenyum bila teringat balik kan. Weeee~  :):):)



P/S : Lepas lagu ni, ada lagu I Blocked your Profile dengan Dont Stalk my Profile tak silap aku. Cari lah. Tapi aku lagi suka lagu ni. Haha. 

 

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan.. :)

Assalamualaikum semua. 

Ahlan wah sahlan ya Ramadhan. :)



Hari ni dah bulan August. Lama dah aku tak update blog. Busy lah kot kan. Hehe. And hari ni jugak adalah first day umat Islam berpuasa. Lapar dahaga itu mesti.. :p



Sepanjang kita hidup ni kan. Mesti masing-masing ada pengalaman puasa. Ponteng puasa tu pun mesti ada punya lah. Sama gak cam aku. Haha. Alaa. Tu time kecik2 okay. Sahur tu mak buat ayam goreng. Tengahari pulak mak buat kueh tart nenas. Sodap nya. So, time mak busy2 wat kueh tu, aku and adik aku, kidnap ayam goreng tu and makan belakang kerusi. Haha. BELAKANG KERUSI tu beb. Tak de challenge langsung.! Pastu rasa bersalah. Aku pun bagitau mak yang kitorang makan ayam. Mak buat dono jerr.. haha. Memang laa. Time tu aku baru darjah 2 ke darjah 3 entah. Kecik lagi,, :D



Tu nama nya puasa yang yok bukak periuk. Hehe. Actually banyak lagi kisah2 puasa aku. Tapi aku lagi berminat kisah yang aku makan belakang kerusi ni kot. Sebab macam comel jer curik2 makan belakang kerusi. Haha. 



Anyway. Selamat menjalani ibadah puasa dan solat okay? Semoga kita semua menjadi seorang mukmin yang lebih baik di bulan yang mulia ni. And aku juga nak mintak maaf awal2 kalau aku ada pernah buat dosa kat korang secara sengaja atau tak sengaja. :)



Apa-apa pun jangan ponteng puasa tau!