Monday, December 26, 2011

Pantai Dungun mengaummm!

As'Salam kawan-kawan semua.. Sihat? :)

Hari ni cuaca macam selalu. Sejuk. Dingin. Memang sweater kene bersama dengan aku selalu. Hujan turun dengan lebat. Hurm. Macamana lah keadaan dekat luar tu kan.


Ni pictures yang kawan aku amek semalam. Kira latest lah kot kan? Haha Pic ni jauh sikit dari UiTM Dungun. Kalau naek kereta ambil masa 5 minit nak pergi tempat ni kot. Kat depan UiTM pun agak teruk jugak. Besi jalan pun habis berkarat. Air laut dah naek ke jalan. Ehem. Esok pagi cadang nak survey. Kalau rajin aku pergi la kot pagi esok. Haha.



FYI, pokok ni tinggi tau.Pokok yang tinggi pun senang je ditumbangkan oleh sang laut. MasyaAllah..

Korang nampak tak ade macam sebatang kayu kat laut tu? Actually ada dua tau. Pastu. Biasa nya tinggi kayu tu 3 kali ganda tinggi nye dari yg korang nampak tu. Means that, air laut tinggi lah kan? T_T


See.. Jalan ni aku selalu gi bandar dengan kawan-kawan aku. Sekarang dah tinggal separuh. Malam tadi aku pergi jalan tak macam ni lagi tau. Still dua hala. Tapi sekarang tinggal sehala jer.


Agak-agak berapa la nak maintain jalan ni balik kan? Atau satu hari nanti.. Jalan pantai dah tak de lagi? :(


Semua ni kuasa Allah. Kita just tunggu dan lihat. Yang pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)


Pantai Dungun


As'Salam semua.. :)


Wah. Tak sangka followers aku semakin bertambah. Diam tak diam jer. Maaf ye kawan-kawan. Sekarang tak de masa nak BW. Sebab sekarang study week. Lagi seminggu jer dah nak final. Mak tak bagi balik rumah. So, terpaksa merajinkan diri untuk final ni lah. :)


Okay. Petang tadi, aku dengan rumates, pergi tengok pantai. Masyallah. Ombak dah makan jalan. Teruk giler. Pokok-pokok banyak tumbang. Ehem. Nampak macam teruk lah kan. Sikit-sikit ombak tu makan jalan. Risau jugak sebab kalau apa-apa jadi ke kan. UiTM Dungun ni dah la tepi pantai kan. Wuwuwuwuu.. Mintak dijauhkan..


Pic ni time kat Teluk Bidara. Cuaca time ni okay lagi. 

P/S : Hope laut makin reda sebab paras air laut sekarang tinggi giler kot! Mesti bahaya kan kalau sesiape yang duduk kat rumah tepi-tepi pantai! Banyakkan lah berdoa yerp..:)



Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu

ASsalamualaikum :)

Hari ni.
Aku dah habiskan satu presentation aku ! Yeay ! Siap satu kerja. Lepas ni nak habiskan dua lakonan. Satu untuk mandarin and satu lagi untuk kelas. Wah. Jadi pelakon gituu~ :D

Okay la.. Semalam kan, aku and kawan-kawan lain tengok wayang Ombak Rindu dekat Mesra Mall je. Dah lebih seminggu baru sempat nak tengok. Biasa laa. Dah nak habis semester ni kan. Dipaksa lah membusykan diri dengan kerja-kerja sekolah yang lecturer bagi.



Ramai kata best and ramai kata tak best.
So, yang mana satu nak pilih ni? Best ke tak best? AHaa.. Actually best jer. Erm. Berjaya jugak lah mengeluarkan air mata mutiara aku ni. Eceee.. Tapi memang sedih pun. Nak-nak tiba-tiba aku membayangkan aku kat tempat orang tu and lelaki tu macam. Err.. Macam? Macam siapa? Ahaa.. Adela. haha.



Belakang tu kereta aku. Tak boleh nak start sebab dah lama tak panaskan . Semalam baru aku tau, macam mana nak start enjin kalau kereta tak boleh start. Belajar benda baru kot semalam. haha Then, memang malang tak berbau betul lah. Cermin kereta retak. Grr. Aku rasa macam pemotong rumput tu je punya kerja. Sebab time tu, rumput habis dah kena mesin. Memang kesian laa.. :(

................................................................................................................................................................................................................................


So, just enjoy your life well!

Sunday, December 11, 2011

Curi-curi masa

AS'salam...

Nak curi-curi masa berblog sekejap ! :)

Pagi ni kelas macam biasa.
Sangat seronok sebab ada 2 kelas jer. Semester ni kelas aku tak ramai. Eh. Tak ramai? Tak BANYAK la! haha Selalu sangat nak menyalahgunakan perkataan..! :p

Takde apa yang menarik nak kongsi. Just nak kongsi lagu-lagu menarik yang ada dalam LIST windows media players aku. Jom layanzzzzz.. :D





         
                        

P/S : Time rajin jer aku buat macam ni. hahaha :D Siapa nak ikut aku and the gang tengong wayang?? Jom !! Daaaa!

Friday, December 9, 2011

Finishing School..!

AS'salam.. :)

Hari ni sangat penat.
Sebab pagi-pagi dah kena siapkan lakonan Mandarin. Penat sebab berlakon sambil banyak ketawa, So. Penat lah kan. =p

Petang pun penat jugak. 
Sebab petang-petang dah kena pergi dengar orang bagi ceramah. Tak de mood nak dengar sebab bosan. Modul pasal usahawan. Tapi. the way orang tu bagi speech. Tak menarik minat langsung. 



Malam?
Tak penat sangat sebab ingat nak rest. Tapi mata macam dah kuyu jer. Hehe. Esok pagi kena bangun awal sebab esok kena perdi modul pukul 8. Gila awal kot! :(


...............................................................................................................................................................................................................


23hb ni dah start study week!! yey! Tapi.. mak tak bagi balik! Haha. Mak cakap balik rumah bukannya study pun. Baik duduk je dekat UiTM ni. Dari buang banyak masa balik rumah. Ingat dekat ke? wuwuwuwu..


B.O.S.A.N tau..!!


P/S : APa-apa pun , jangan buat macam apa yang dah jadi semester lepas. Kalau dah banyak sangat main dengan emosi ni, nak pergi exam pun susah nak fokus! Pastu, jawab pun dah macam orang tak belajar. So, don't do like that again okay Siti! #eh. Termerepek pulak.


Kisah sedih menyayat hati.

AS'salam.

Sejak akhir-akhir ni. Banyak juga berita-berita yang sedih dan menyayat hati terdengar ke gegendang telingaku. Ibu senior aku, mengadap Ilahi kerana demam panas. Kawan kepada kawan aku kini kritikal diserang barah. Ya Allah. Kau sembuhkan lah dia dan berikanlah dia peluang kedua untuk meneruskan hidup. Amin. :)

...................................................................................................................................................................

Hari-hari kuliah aku bermula pukul 8 pagi. 8 PAGI OKAY? Dan apa yang penting, aku kena naik basikal dari kolej gemia sampai ke kelas. Sekarang ni small matter je la sebab dah biasa dah. Biasanya aku selalu pergi kelas dengan kawan aku aka Laila. Teman sebilik. Sekelas. Senegeri. dan mungkin Setempat bekerja. Hahaha. 


Hujan renyai-renyai. 
Sedang aku berbasikal dengan dengan Laila, dekat selekoh aku ada nampak sebuah kereta kancil hijau. And ada sebuah motorsikal dekat depan kereta tu. ACCIDENT! Cecair merah banyak dekat atas jalan tar. Students berkumpul disitu untuk menjdi saksi kejadian..! Aku dengar pihak polis bagi announcement yang diorang semua kena jadi saksi dalam mahkamah. Mak ai. Ramai betul!


Aku dan Laila cuak. Motor macam teruk. Cecair merah bnyak. Orang banyak. Kat dalam kawasan universiti pun boleh accident ? Aku pun teruskan perjalanan nak pergi kelas. Tapi aku takut. Sebab aku fobia accident memandangkan aku pernah tengok orang accident depan mata aku sendiri.. Lepas tu, aku tanya pak gad. Apa yang jadi? Pak gad jawab. Mangsa mati on the way pergi hospital. Student situ jugak. Muka pak gad serius. Ish. Aku dan Laila debar. Takkan teruk macam tu sekali..? 


Aku dan Laila pun pergi kelas. Semangat nak cerita dekat kawan-kawan apa yang dah jadi. Laila siap hantar message dekat kawan-kawan lain! Macam cerita Gossip Girl. Semua berita terkini tersebar dengan cepat. Aku dan Laila masuk kelas. Cerita dekat classmates lain. Semua sedekah kan al-fatihah. 


TIBA-TIBA..
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l 
 l
 l
 l
 l
 l
V

Eh. Yang accident tu lakonan je la. Diorang tengah buat kempen kesedaran jalan raya. OK FINE!!  Aku malu sekejap sebab aku rasa macam .. ish. Nasib baek ada classmate yang bagitau!

Kuang ajo punya pak gad. Yang pergi buat muka serius tu apahal? Motif cakap student mati? Aku percaya kot! Please,...... Kalau ye pun nak tipu, jangan la cakap pasal nyawa! Memang aku anti dengan sorang abg guard tu laahh! Grr~


P/S : Tipah tertipu bang!

Friday, December 2, 2011

Jari manis ku.

Assalamualaikum and good evening peeps!

Ahaa. Hari ni dah pun masuk bulan December kan. Hampir sebulan sahaja lagi untuk menuju ke tahun 2012. Usia semakin meningkat. Hidup masih perlu diteruskan. Wah. Adakah malam ni malam untuk aku berfalsafah? Mesti lah tak. Sebab ni cuma intro sahaja. :D




Tajuk hari ni? Jari manis? Aik. Nak pakai cincin kahwin dah ke? Haha. Apa. Ingat kalau jari manis tu mesti sebab kahwin ke? Mesti laa tak. Okay. Back to normal. Aku nak tanya korang. Korang pernah tak sakit jari? Macam ni. Pernah tak ada satu kulit keras. Halus je, dekat tepi kuku korang..? Then, korang cabut. Or mungkin korang ketip jer dengan pengetip kuku? Mesti pernah kan?? Haa..


So, sama la dengan aku. Disebabkan aku rasa diri aku kejam. Jadi, aku pun ambil keputusan untuk cabut je kulit keras kat tepi kuku aku tu. DAN... HASIL dia? Hujung jari manis aku bengkak sebab aku dah keluarkan kulit tu secara paksa. HAHA. 


SAKIT wooo.. Berdenyut-denyut pulak tu. Tobat laa lepas ni tak nak terkena macam ni..! D':


P/S : Sakit dia macam sakit gigi. Or sakit kepala. Cuma beza dia. Yang ni kat tangan. Sekian terima kasih.