Thursday, July 7, 2011

Gadis berkaca mata.

Assalamualaikum semua. :)



Cerita hari ni ? Huh. Aku kena kurangkan tengok Laptop. TV. Dan lain-lain yang boleh sebab kan mata aku makin teruk! Semalam aku pergi kedai cermin mata ngan mak aku. Wahhhh.. You know what. Power aku dah naik!! Erghh.. Dua-dua mata naik 0.50. Ades... Dah laa rabun. Makin rabun. Makin pakai spek mata. Makin tinggi pulak power. =.='



Nanti nak kena buat spek baru ! Yey. Dah setahun tak tukar spek. Haha.



Tu laa. Kan mak dah suruh jaga mata elok-elok. Tak nak jaga. Haa.. Kan dah makin rabun. So, apa-apa pun. 


Saya memang dah jadi budak berkaca mata! !



Tak boleh nak tanggal-tanggal macam dulu dah. Tapi okay what pakai spek mata. Cun gak ape. Haha (Cess.. Tak malu. Perasan!Perasan!Perasan! ) Lalalaa..



Nway. Tadi aku pergi rumah jiran belakang rumah. With my mom okay. Dia ada hal. Actually aku tak kenal pun siapa jiran aku tu. Gilak! Jiran sendiri tak kenal ? Hoho. Then ada pulak baby girl. Pergh. Comel syal ! Mata bulat. Tangan kecik. Suka gelak-gelak. Tapinya air liuq meleless.. Erk. =.=' Haha. 



P/S : Mak cakap, kalau nak kaya banyak-banyak lah menderma. Sebab bila kita menderma, Allah akan bukakan rezeki berganda-ganda. :)


Dah-dah laa tu Siti.Let by gone, be by gone.  :)

Wednesday, July 6, 2011

#5 Wordless Wednesday : Stalker



I hate it!!

Found this picture at Mr Google. It's cute!
Miowwww... Grrrrr... hahahaha

:):):)

Tuesday, July 5, 2011

4 ciri perempuan yang gagah.


4 Ciri Perempuan yang Gagah

Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
 
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.



Aku dah biasa dah dengar macam ni. Entah. Bagi aku, its depend on that person. Kalau dia boleh terima segala dugaan yang macam kat atas ni, so, dia ada kekuatan dalaman sendiri as a woman. Kalau tak, means dia tak kuat la kot kan. Haha Entah laa.. hurm. 



So. Agak-agak aku ni dalam kategori perempuan yang gagah ke ? ( Perasan jer aku kan) hahahaha



Macamana dengan korang pulak ? Wahai kaum perempuan~ 



:):):)

I'm copying this points from Hasrul Hassan.

Sunday, July 3, 2011

I got nightmare !

Assalamualaikum dan selamat pagi .. ^__^ v

Okay. Awal bangun kan. ?haha


Takde la.. Aku termimpi buruk tadi. Serius macam betul-betul. Tsunami datang kat UiTM dungun. Wah. Aku memang rasa macam mimpi tu betul sangat. Ya Allah. Perasaan takut nak mati tu memang ada dalam mimpi aku. Dengan rasa macam nak menangis nye. Okay. Even dalam mimpi. Tapi aku takut kot. So, bangun2 ngadu kat blog yerp.. haha


Tsunami tu besar sangat. Dia datang pun lebih kurang macam yang kat Acheh tu. Tengok la kat youtube. Lebih kurang la cam dalam mimpi aku ni. Hoho Naseb baik mimpi. =.='


Then, aku mimpi dia. Err. Sape..? Sape..? Tak pe lah. Tapi nightmare jugak. Next time lah citer. :)


Dah la. Nak tulis pendek2 ni jer. Jom tunaikan kewajipan!

:):):)

Saturday, July 2, 2011

Kau jangan nak semak boleh tak pompuan??!!

Assalamualaikum semua.. :) 

Haha. Macam marah je kan tengok tajuk entry ni. Hehe. Aku tak marah pun. Sesaje je nak buat2 macam marah. :p Apa yang korang rasa bila ada orang cakap macam ni? Its give the bad perspective kan ? 



Aku nampak statement lebih kurang camni la kat salah sorang kenalan aku. 1 boy and 2 girls. Haha. Umur pun still baya adik lelaki aku yang baru masuk U tu je pun. Yang baru habis SPM. So. Kira budak lah kan,.? 



ALkisah nya. Si ex GF ni, comment apa entah dekat wall si ex BF yang buatkan si ex BF duk perli-perli dengan kata2 yang memang tak best langsung untuk didengar oleh budak2 18 tahun ke bawah. Hoho



Tetibe Mrs Honey si lelaki pun datang membackup si BF. Ex GF ni pun apa lagi. Bengang lah kan? So, Mrs Honey vs ex GF = Mr ex BF tersenyum jerp. Sebab bangga ada MrsHoney datang membackup. Haha Pastu si 2 orang gadis jelita ni pun bergaduh. (dalam FB je pun!) Diorang gaduh pun bukan apa pun. Cuma cakap. Ko tu gemuk. Aku ni kurus dari kau. Erk? Macam ****. (banyak kata2 kesat yg xpatut aku tulis kot) Hipokrit.! Kesian sebab suke pinjam duet laki dia lah. Ganggu hub diorang lah. Tak hormat orang tua lah. Sebab si Ex BF ni lagi tua kot. Err. Itu lah. Ini lah. ( versi ni aku tukar jadi baik sikit dan lebih kurang ar. Haha ) =.='



Pastu. Pastu. Pastu. Aku pun boleh senyum je la! Aishh.. Apa laa budak2 zaman sekarang ni. Pasal menda2 kecik camni pun nak gaduh sampai nak bermaki-makian. Kalau lah perangai aku macam tu? Sure mak ayah aku marah giler. Ish. Mintak dijauhkan. Tak de la. Diorang gaduh pun macam diorang tu laki bini. Padahal tak pun. Dalam FB pulak tu. Public kot cik adik. 





Asal aku tulis cerita macam ni ? Ada effect kat sape2 ke ? Ahaa. Takde pon. Cuma aku just agak kecewa + sedih la perangai budak2 sekarang macam tu. Perempuan pulak kan. Nak2 orang tu aku kenal. Hurm. Cakap pun macam tak de insuran. Okay. Aku tak kata aku baik! Aku pun bukan lah baik sangat sampai nak cakap macam ni. Tapi takkan la pasal lelaki pun nak gaduh2 sampai maki2 camtu. Aishh. 



Kadang-kadang kan, kata-kata tu sendiri melambangkan diri seseorang tu. Kalau ko cakap baik, tak de lah orang nak kata ko jahat kan? Tapi dah kalau kata-kata korang tu nampak jahat. Takkan lah orang nak kata kau baik ? Okay. Ni contoh.


Si A cakap. Kau ni pandai lah kira Matematik ni. Nanti kau ajar aku eh ? Aku kureng sikit bab2 kira2 ni.
Si B cakap. Kau ingat kau tu pandai sangat? Setakat buat Matematik ni, aku pun boleh laa.. ! Setakat dapat 80% pun nak berlagak. Pirah!


Okay. Ada beza tak cara diorang cakap ? Takkan ko nak kata si A ni jahat kan? Dan takkan ko nak kata si B ni baik pulak. So. Sometimes kata2 tu adalah cermin dari diri sendiri jugak.



Same goes to si budak2 yang aku cakap tadi. Kalau boleh, kita jaga lah kata-kata. Jangan sampai boleh buat orang bengang kat kita. Or. Buat orang terasa. Or yang boleh singgung perasaan orang lain. Kan? Err..





DAN . Aku memang dah banyak melalut hari ni. Anyway. Have a nice day yerp. Semoga korang gembira dengan apa yang korang buat hari ni okay! 

:):):)