Tuesday, July 12, 2011

Cermin mata ku~

Assalamualaikum semua.. :)



Wah.. Hari ni aku beli cermin mata baru! Itu pun mau cerita ka ? haha Okay. Survey. Punyer survey. Punyer survey. Lastly dapat jugak beli. Kaler dia, kaler HITAM + ORANGE. Comel kan? hik3. (gedix!)



Okay. Alkisah mula-mula aku beli tu kan. Kedai pertama aku pergi tu, okay la. Dia kasi aku Baek punyer layanan. Tapi aku tak berminat. Mahal and tak cantik pulak tu. Hak2. Demand! Ceh!



Then. Aku agak geram dengan Kedai yang kedua. Giler la. First time aku pergi kedai cermin mata yang macam tu. Kalau korang pergi kan. Dah laa tak ade harga kat cermin mata tu. So, tak tau laa macam mana nak decide kan? Dia just cakap.

Aku : Ini berapa harga?
Tokeh : You pillih jer mana-mana yang you suka. Nanti saya decide harga. Kita tengok lah macamana nanti. 
Aku : Apa beza semua bingkai ni? Sama je ? Laen kedai saya tengok ada harga maa..? Ini semua tak ade.
Tokeh : Itu saya kasi tau, You pilih saja mana you suka. Nanti saya kasi tau harga lah. Kita tengok itu cermin saja laa mau beza mahal atau murah. 
Aku : Erk. Macam tu pulak? First time saya tengok kedai macam ni lorh.
Tokeh : ( Pandang aku, tak serve dengan baek sekali! Ergh!) You try laa mana you suka. Pilih pun susah ka.



Aku pun try laa 2 3 cermin. Then aku memang tak selesa giler duk situ. Dah la gelap. Apa punya kedai dah ini macam. Aishh.. =.='



Aku : Mak, jom lah. Kita survey tempat laen pulak. Okay lah tokey. Lain kali saya datang lagi lah. 



Apa punya kedai daa. Dah laa tak layan aku. Nak tanya pun, apa pun tak tau.



Pastu aku pun pergi kat kedai ketiga. Haa. Aku datang-datang jer, tokey dia datang. Baik giler. Okay. Lebih baek dari yang tempat aku pergi tadi. Heh2.Taukeh cina tu pun hensem. Lalalaala~



Aku : Ini pattern je ke ada?
Tokeh : Tak de lah. Ini ada banyak lagi. Ini baru sampai ma. You try dulu laa. Okay. You try yang ni. 
Aku : Haa. Cantik jugak. Keh2. Alaa.. Tak tau la nak pilih yang mana ni. Banyak sangat. Kui3.
Tokeh : Haa. You try yang ni lah. Nice what. Sesuai dengan you.
Hahaha. Dia kata aku nice. Erk. No lah. Dia kata spek aku nice. Hahaha. Okay. Aku terperasan sekejap. 
Aku : Mak. Ni okay ke ?
Mak : Okay je. Mana-mana pun sama jer.



Aku cuba yang lain-lain jugak. Lastly, kesian lak tengok tokey tu tunggu and layan aku kan. So, aku decide pilih kaler HITAM + ORANGE. Yang macam tokey tu suggest kan. Hehe.



Lepas semua tu. Sejam lepas tu baru aku pergi ambil spek mata aku. Yang lama dah boleh simpan. Then, the way diorang serve aku, memang beza giler dengan yang second tadi. Entah apa-apa je kan. Patut la tak de orang datang. Huhuhu



So, pengajaran yang aku dapat hari ni, kalau dah berniaga tu, tolong la jaga customer baek-baek. Sebab sekali customer dah tak suka, sampai bila-bila pun dia takkan datang lagi. Tapi kalau sekali customer tu dah suka, satu hari nanti pasti dia akan datang lagi. 



You all should be a good customer service! 


:):):)

Nasib baik lah pakcik~

Assalamualaikum semua.

Woot woot! Lama sudaaa tak tulis blog. Idea tak de lak bila duduk2 kat rumah ni. Haha



By the way. Ada la seorang pak cik ni. Dia tanye lah aku belajar lagi ke tak. So. Of coz laa aku kata aku belajar lagi. And aku tengah cuti semester sekarang. Macam-macam dia tanya aku. Dulu SPM dapat berapa A. Belajar kat U mana. Belajar dah sampai mana dah. Bla. bla.bla. 



Then. Aku jawab la semua soalan dia. Tetiba jer dia cakap. UiTM ni universiti paling bawah sekali. Bila orang tak dapat masuk u, baru dia bagi budak-budak masuk UiTM. What the fish ? Erghh. banyak kali kot tamya aku SPM dapat berapa. Dia ingat budak yang masuk UiTM tu takde A kat SPM ke apa? Geram tau. 



Tak kisah lah aku U apa pun. Agak-agak la kan. Aku tau la. Aku tak pandai macam orang lain. Tapi at least SPM aku dapat la jugak 5A even UiTM pun. Adik aku pun even 6A je pun. Dapat gak UiTM. So, nak kira paling bawah jugak ke ? Sakit woo hati. Dah 4 tahun aku belajar. Ni first time ade orang cakap depan2 cakap macam. Menusuk sehingga ke hujung kalbu gitu noo.. 



Dah rezeki aku dekat sini. nak buat cane kan? Waa.. geram dengan pak cik tu. =.='



Nasib baik aku sabar. Huhuhu~ Kalau tak. Dah lawan dah. Haha. 



Apa pun. Tak kira lah kat mana kita belajar pun, jangan lah nak cakap menda2 macam tu kan. Jaga kata-kata tu. tak baik lah pak cik ni. 



Saya sayang sekolah saya. Universiti saya. UiTM dihatiku. hehe 

Sunday, July 10, 2011

Sepintas lalu~

Sepintas lalu untuk malam ni.


Dapur 

Mak : Eh. kawan kau tak de kirim salam dengan mak pulak ek sekarang.? Senyap je.
Aku : Kawan mana pulak mak ni.
Mak : Ala. Yang selalu kirim salam tu la.
Aku : Oo.. Entah laa mak. Tak tau laa.. (aku jawab endah tak endah) Nak take2 shower jap eh mak. 



Tengok tv 

Mak : Kau dengan kawan ko tu apa cerita?
Aku : Kawan mana ?
Mak : Kawan akak tu la. Yang selalu kirim salam kat mak tu.
Aku : Owh. Entah la mak.
Mak : Kalau tak, selalu je kan.
Aku : Akak pun tak tau mak.
Mak : Dia buat apa sekarang?
Aku : Akak tak tau la mak.
Mak : Dia keje ke sekarang ? Dia buat apa ?
Aku : Itu pun akak pun tak tau mak. Duk rumah je la kot. (aku gelak sikit)
Mak : Laa. Dulu bukan dia selalu kol2 kau tu ke ?
Aku : Bila masa pulak ni mak. Mana ada la.
Mak : Entah. Kol ke mesej pun mak tak tau lah.
Aku : Haha. Mak ni. Rindu dia ke apa?
Mak : Takde la. Dulu asyik2 kau cakap kat mak. Sekarang ni senyap je. Korang gaduh ke ? Haa..Kau pukul2 dia  ke ape? (mak gelak2)
Aku : Haha. Mak ni. Mana ade la. Eh mak. Dah la mak. Kita tengok tv jom. Meh akak cabut uban mak ek. Hehe
Mak : Haa. Bagus2. Cepat cabut.



Iklan TV Selang sejam.

Mak : Korang gaduh ke ni? Haa.(mak tanya lagi)
Aku : Haha. Mana ada la mak. Mak ni asyik tanya je.
Mak : Ye la. Selalu ada je menda kau cerita pasal dia. Ni senyap je. Korang gaduh ye? (Mak macam gelak)
Aku : Haha. Takde la mak. Macam biasa je laa. Haa. Ke mak yang rindu ni??? haa
Mak : Ada ke mak pulak. Mak tanya je laa.
Aku : Haha. Mak2. Entah la. Akak pun tak tau. Macam tu je lah kot mak. Dah2 mak. Cerita dah start. 



Sampai tiga kali kot mak aku tanya tu tak boleh bla. Nway. Ni hanya sepintas lalu. Tiada kaitan dengan siapa2. Kot. huhuhu




Actually aku tengok cerita Kau Bukan Ibuku. And aku dah decide. Aku just bagi 1 bintang je kat cerita sebab aku tak faham pun jalan cerita dia. Jalan cerita dia pun agak macam tak tersusun. 



By the way, tahniah kepada pihak polis sebab dah berjaya redakan KL. 


Saturday, July 9, 2011

Apa agak nya terjadi dengan BERSIH eh nanti ??

Assalamualaikum semua. Wah. Dah pukul 12 lebih rupanya. And aku pun tak tidur-tidur lagi kan ? heh.



Hari ni dah pun menjelang 9hb Julai 2011. Tarikh dimana BERSIH akan diadakan. Aku duduk Bentong. Kalau nak pergi KL ambik masa 45 minit lebih kurang. Aku perasan, banyak kali kot weh kereta polis pergi balik untuk jaga kat tol. Polis Bentong jadi tuan rumah tak silap untuk jaga perhimpunan ni. Tuan rumah bahagian Pahang. Tak silap aku laa sebab ada polis kasi tau hari tu. :)



Aku tak sabar nak tahu apa yang akan jadi hari esok. Eh. Hari ni lah kan ? 



Aku harap tak akan jadi perkara-perkara yang tak baik berlaku esok. Semoga tak ada lagi senjata-senjata tersorok yang akan ditemui esok. Sebab sebelum ni polis dah terjumpa bom buatan sendiri , pisau , parang dah senjata lain milik penyokong BERSIH. Harap tak ada lah senjata-senjata macam tu sebab SURE akan terjadi perkara yang tak elok nanti.



Di atas kedegilan sesetengah pihak, mereka telah berjaya susahkan sebahagian rakyat terutama di Kuala Lumpur. Motif buat di Kuala Lumpur ? Kenapa agak-agaknya tak buat dekat negeri-negeri pembangkang ek? Entah. Kena tanya penyokong baju kuning ni kot. haha



By the way. Kita tunggu okay! Jangan tiba-tiba NATO datang buat hal jugak sudaa...



P/S : Pelik jugak, kalau SPRM tak bersih kan. Kenapa Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang jatuh dekat tangan pembangkang ek ? Kalau tak bersih mesti semua negeri dah jadi milik kerajaan. Entah la labuuu... Kita tengok je laa orang-orang Melayu berhimpun esok ek. Dan ketua India ek ? Hohoho

Thursday, July 7, 2011

Bro, Kasi kritik blog gua skit ... bleh ?? "



Macam dah lama je tak join contest kan. So, siapa yang nak join. Click sini okay. :)

Harap korang kritik blog Siti yang tak seberapa ni eyh. 
Tak kisah la teguran or pujian ke, Siti terima jerp.
Apa-apa pun nanti Siti akan cuba baiki apa yang patut okay.
:):):)

Thanks all of you guys...!