Wednesday, February 2, 2011

Aman kan ?


Assalamualaikum..

Memandangkan dengan keadaan Mesir sekarang yang sememangnya kelam kabut..Dengan rusuhan yang ada. Banduan keluar dari penjara dengan senang. Polis menjadi kelam kabut.Sistem politik bercelaru. Rumah-rumah boleh sesuka hati dimasuki. Ya Allah.. Apakah ini tanda ?

Kejadian seperti ini membuatkan aku berfikir. Berfikir dan berfikir. Betapa beruntungnya kita. Betapa senangnya hidup kita. Hidup tanpa ada rusuhan. Hidup dengan aman. Betapa bersyukur nya aku kerana masih lagi tinggal di sebuah negara yang penuh aman dan damai. Biarpun terkadang aku melihat, berita tentang orang yang mahu memiliki kuasa. Tetapi, perebutan yang berlaku adalah secara adil. Demokrasi. Atas pilihan rakyat. Rakyat melihat dengan mata dan telinga. Pihak mana yang lebih layak menjadi kerajaan.

Bersyukur. Kerana negaraku masih lagi aman. Tiada rusuhan. Tiada orang yang boleh memasuki rumahku sesuka hati. Masih ada lagi polis yang menjaga keamanan negara. Politik negara masih lagi teratur. Aku bersyukur. Biarpun harga minyak naik. Gula naik. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain yang harga barang lebih mahal. Malah, kucar kacir. Seperti Mesir. Malahan Thailand juga.

Apa-apa pun. Segala yang berlaku sentiasa ada hikmah nya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Segalanya hanya DIA yang mengetahui.

Saya sayang negara saya. Malaysia.

No comments: