Monday, March 26, 2012

Annual Dinner

Assalamualaikum semua.. :)

Penat. Penat. Penat.

Sabtu baru ni aku ada Annual dinner Pharmaniaga. Lokasi dekat Hotel Royal Raja Chulan KL. Start majlis pukul 8 malam. Tapi aku dengan kengkawan kena datang pukul 10 pagi kot! Awal gilerr. Haha.

Datang awal pun bersebab. Sebab aku jadi committee untuk bagi door gift kat orang yang ramai dia lebih kurang 1000 orang. Fiuhhh..

 Aku datang awal. So, Ambik je laa gambar dulu puas2. Hak3


 Weeee~

 Door gift yang kitorang dah susun. 40 minit jer pun buat mende alah ni. 

 Makan tengahri kitorang yang unutk committe.

 Taddaaa.. Dah siap pun aku. 

 Dengan sebahagian dari finance staff. :)

 Dengan kak ros and husband. Dia macam cikgu yang banyak ajar aku kat sini. hihi

 Dengan kawan aku dari warehouse. :)

 With committee.

 Menu untuk malam tu. Nyumm. Tapi tak banyak makan pun. :(

Ni bahagian depan. Bahagian taman belakang ada lagi meja. Woahh. :p

Wednesday, March 21, 2012

Hari merah Pharmaniaga

Assalamualaikum. :)

Dah 21hb March dah rupanya kan. Sekejap je masa berlalu. Ehemm.. :')

Ahaa.. Now is lunch hour time. Tapi disebabkan aku berpuasa, tak da laa nak pergi makan pulak kan. Haha. Tadi aku baru jer lepas ada meeting JCC4U. Aku as one of the committee dinner kene jugak laa pegi. Tapi tugas aku just bagi door gift dekat 1500 guests. Pukul 10 pagi dah kena sampai dekat tempat destinasi. Awal gilerr sebab actual masa dia start pukul 6 petang. *Sigh*


Oh yer.. Hari ni warga Pharmaniagarian pakai baju merah sebab just nak bagi sokongan untuk Dinner Sabtu ni. So sweettt.. hehe

Operation Finance Department.
Gambar dalam ni sangat menampakkan aku gemuk! Mungkin sebab baju and kaen tau kot? 
[Tak nak ngaku diri gemuk] haha

Other Department.

P/S : Alhamdulillah sangat-sangat sebab syes aku lupa nak check minyak hitam kereta aku. And guess what. Rupanya minyak hitam tu dah tersangat kering kot..! Kalau berasap? mau terbang duet aku wehh.. Thanks to Pok su sebab tolong aku. hehe

Monday, March 19, 2012

Mengembara

Assalamualaikum .. :)

Ahaaa.. Tajuk entry aku hari ni MENGEMBARA??? Tak payah nak mengembara sangat laaa.. Haha
Sabtu and ahad baru ni ialah hari hujung minggu aku. Sabtu pagi aku ada game ping pong. Second time aku maen sepanjang hidup aku. Keh2. So, memang tak menang laa kan. Dapat nombor 4 jerr.. :(

So, sepanjang sabtu tu, kerja aku cuma baca novel! Habis jugak satu buku akhirnya. Tajuk dia Hijab Sang Pencinta. Actually novel ni ialah sambungan dari Bagaikan Puteri dan Sang Ratu. Aku dah habiskan 3 novel ni and aku bagi 5 bintang! :))

Then hari ahad aku pergi Kajang. ALONE. Betapa berdikarinya aku duduk kat sini sorang-sorang kan. Then, aku pi amek sepupu aku nak pergi KL. Sop sap sop sapp.. Bukan pergi mana pun. Pergi Jalan TAR dengan Times Square jer pun.

Ehehee.. Dapat jugak aku cari buku ni dekat Jalan TAR sebab kat Shah Alam aku cari kat banyak kedai, semua takde. :))


Lepas dah cari cari buku, kitorang pergi TImes Square ingat nak main roller coaster. Tapi disebabkan dah terlebih bajet, kitorang window shopping jer.. :)


Tamak punya pasal + memang aku sukakan jam tangan. Sampai 3 pasang aku beli. Putih + pink + Hitam. Yang lagi 2 tu cousin aku punye okayss. Then, jaln punya jalan punya jalan, aku ternampak wallet merah ni. Sweet kan? :p 

So, lepas dah berwindow2 shoppingan, kitorang pun balik. Aku hantar cousin aku dulu kat Kajang, then baru balik Shah Alam. 

Sekian. 

P/S : itulah alkisah ceritaku dihujung minggu.. :)

Friday, March 16, 2012

Sebuah ukiran.


Ketika aku bersendirian.
Aku bermuram.
Aku teringat nostalgia semalam.
Perkara yang banyak membuatkan hidupku kelam.
Lalu aku berfikir.
Mengapa aku perlu bermuram lagi?


Lalu aku tersenyum.
Aku berfikir.
Dengan lebih mendalam.
Semuanya aku fikirkan dari pandangan positif.
Aku masih gembira.
Aku masih ceria.
Dengan hamba-hamba Allah disisiku.
Dan ya.
Sesungguhnya akan ada yang terbaik untukku.
Kerana DIA telah merencanakannya.
Sesuatu yang terbaik untuk ku. 
Insyaallah.

Kata-kata itu.
'Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya'.
Masih tertusuk di sanubariku.
:):):)