Monday, May 7, 2012

Ca ca Ci ci Cu cu Cacicu. :p

AS'salam,

Well. Sekarang dah bulan May. Dah hampir masuk pertengahan tahun kan. Masa tu sekejap je berlalu. Tup tap tup tap, dah 3 bulan lebih aku duduk kat Shah Alam ni. Lepas tu kena sambung belajar balik dekat Dungun. Rindu Dungun.. :')


So, the latest news about me is, semalam aku hang out dengan adik aku and kawan aku. Cik Mamas namanya. Pi tengok movie The Avengers. BEST giler wa cakapp lu. Haha. 5 stars aku bagi. Kalau nak banding dengan Battleship, The Avengers lagi best wooo.. Sebab Battleship aku tertido. haha Tak rugi tengok.. :)



Then, pergi Kenny Rogers. Okay, bukan nak berlagaks okay. Pergi sana pun sebab dapat kupon free! Haha.. So, melantak 1/2 dozen muffin, sandwiches and 3 mangkuk dishes yang ada. Free kann. sapa tak mauuu. Tersipu-sipu kami bertanya kepada kakak or adik-adik yang jaga kat kaunter tersebut. Selamber sudaa.. Hak3



Lepas habis makan + wayang + window shopping + bayar sewa + beli itu. beli ini + bla.bla.bla.bla. = tetibe terpikir. Aduhhh.. Esok a.k.a hari ni.. AKU KENA KERJAAAAA daaaaaa.. haha



P/S : Men bowling ley hilang stress woo. Untuk first timer macam aku, dapat score 1** ni dah kire okay laa kan. I kan newbie. haha Nak dapat beratus2 tunggu jadi pro laa bohh..

Thursday, April 12, 2012

:')

Assalamualaikum. :)

Lunch ni aku makan kat opis jer. Tak larat nak pergi mana-mana. Selsema + batuk2. Sedey... :(

Ahaa.. Semalam birthday adik aku. Dah 21 tahun dah dia. Dah tua kot? haha Bezday dia jatuh pada hari pertabalan agung Malaysia. Gila bangga adik aku tu! Haha So, tengahari semalam aku, adik aku, poksu, moksu and sepupu aku makan kat Pizza. Konon-konon sebab birthday adik aku laa kan. Bwerkkk.. :p

Then, lepas Zohor, pergi plaza alam sentral. Beli cas bateri kamera aku. Hambek kau. Melayang RM80 aku. hehe Time tu jugak, orang cakap ada gegaran kat Shah Alam ni. Tapi aku tak rasa. Mungkin sebab aku kat tingkat 4 kot. Alhamdulillah takde pape kan. :)

Then, terus pergi Klang. Ayah and mak datang sana. Aku, adik and sepupu pergi laa drive gi Rantau Panjang. Aku drive. Aku nak potong treller. Sebab ada dua jalan. Tapi 2 jalan tu sambung jadi satu jalan. So, aku nak laa potong. Tapi aku tak perasan ade lopak besar. Secara tak sengaja aku langgar laa.. Air zuppp naek kt cermin kete aku. Terus tak nampak jalan.. Naseb aku baek sebab tak kene treller tu.. Ya Allah. Menggigil aku. :'(

Tapi aku tak bagitau mak ayah aku. Takutt. hahaa

P/S : Bawa kereta dengan berhemah okay!



Luka kecil

Aku tak tahu apa yang aku rasa.
Peluh seakan membasahi dahi
Badan menggigil.
Jantung bagai mahu tercabut.

Tapi. Aku tak tahu. Benar. Benar aku tak tahu.

Mungkin sangat gembira. Dan mungkin juga sedikit kecewa.
Luka yang walaupun kecil. Pasti meninggalkan parutnya.

Aku berserah pada Mu ya Allah.

Tuesday, April 10, 2012

Monday, April 9, 2012

Netball.

Hujung minggu ni aku tak balik rumah sebab Sabtu pagi tu aku ada game netball. Tapi tak ramai yang involve. Group finance, marketing and human resource. Alhamdulillah dapat no 1 ! Yey! hehe Nama team kitorang team Ballbusterzz.. Haha. Happy!


Then, petang tak da aktiviti pape pun. Ahad pulak aku banyak tido. Pagi bangun. Tido balik. Tengahari bangun tido balik. Petang bangun tido balik. Penat sangat kot. Sepanjang duk Shah Alam ni, tak pernah lagi aku tido sebanyak ni. Muahahaha..


Malam tadi mak ayah datang nak hantar Anna adik aku kat sini. Then Anna bagi satu surat kat aku. Jumpa kat meja rumah aku. 'Love letter' dari 'dia' dulu-dulu. Dah lama aku tak baca. SENTAP wehh. Mula nya aku nak tulis juga isi surat tu kat sini. Tapi biar je laa.. :')


Ok lah. Nak buat kerja yang terbengkalai dulu. Nanti ada masa aku nak kongsikan jersi baju aku. [ Gila batak kan ] muahahaha..


P/S : Hujung minggu ni agak memboringkan. :)