Monday, March 19, 2012

Mengembara

Assalamualaikum .. :)

Ahaaa.. Tajuk entry aku hari ni MENGEMBARA??? Tak payah nak mengembara sangat laaa.. Haha
Sabtu and ahad baru ni ialah hari hujung minggu aku. Sabtu pagi aku ada game ping pong. Second time aku maen sepanjang hidup aku. Keh2. So, memang tak menang laa kan. Dapat nombor 4 jerr.. :(

So, sepanjang sabtu tu, kerja aku cuma baca novel! Habis jugak satu buku akhirnya. Tajuk dia Hijab Sang Pencinta. Actually novel ni ialah sambungan dari Bagaikan Puteri dan Sang Ratu. Aku dah habiskan 3 novel ni and aku bagi 5 bintang! :))

Then hari ahad aku pergi Kajang. ALONE. Betapa berdikarinya aku duduk kat sini sorang-sorang kan. Then, aku pi amek sepupu aku nak pergi KL. Sop sap sop sapp.. Bukan pergi mana pun. Pergi Jalan TAR dengan Times Square jer pun.

Ehehee.. Dapat jugak aku cari buku ni dekat Jalan TAR sebab kat Shah Alam aku cari kat banyak kedai, semua takde. :))


Lepas dah cari cari buku, kitorang pergi TImes Square ingat nak main roller coaster. Tapi disebabkan dah terlebih bajet, kitorang window shopping jer.. :)


Tamak punya pasal + memang aku sukakan jam tangan. Sampai 3 pasang aku beli. Putih + pink + Hitam. Yang lagi 2 tu cousin aku punye okayss. Then, jaln punya jalan punya jalan, aku ternampak wallet merah ni. Sweet kan? :p 

So, lepas dah berwindow2 shoppingan, kitorang pun balik. Aku hantar cousin aku dulu kat Kajang, then baru balik Shah Alam. 

Sekian. 

P/S : itulah alkisah ceritaku dihujung minggu.. :)

Friday, March 16, 2012

Sebuah ukiran.


Ketika aku bersendirian.
Aku bermuram.
Aku teringat nostalgia semalam.
Perkara yang banyak membuatkan hidupku kelam.
Lalu aku berfikir.
Mengapa aku perlu bermuram lagi?


Lalu aku tersenyum.
Aku berfikir.
Dengan lebih mendalam.
Semuanya aku fikirkan dari pandangan positif.
Aku masih gembira.
Aku masih ceria.
Dengan hamba-hamba Allah disisiku.
Dan ya.
Sesungguhnya akan ada yang terbaik untukku.
Kerana DIA telah merencanakannya.
Sesuatu yang terbaik untuk ku. 
Insyaallah.

Kata-kata itu.
'Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya'.
Masih tertusuk di sanubariku.
:):):)

Thursday, March 15, 2012

Sakir tayar betulll laaa..

Assalamualaikum,

Tengahari tadi, kereta pancit. Duit terbang. Aduhai.. Nasib baik kedai tayar dekat jer dengan tempat kerja aku. Mintak tolong pak lang tengok-tengokkan dulu. Syukur sebab ada sedara yang boleh minta tolong. :) Nak mintak tolong kawan, tak tau nak mintak tolong sape dekat sini. :p



Then pergi klinik UiTM. Nanti 19hb ada appointment dengan doktor UiTM. Masuk kerja lambat. Tapi bos bagi balik lambat sikit tauu. :)

Tiba-tiba kawan aku kol. Dia kasi tau tak boleh buat short kos. Tak pasal aku nanges sorang-sorang dalam kereta! Haha.


P/s : Petang ni mau main ping pong. Nak try test jer. Ekekekee

It's rainy cats and dogs! Watchaaaa.. Macam mana gua mau balik rumah! Hattoiii..

Wednesday, March 14, 2012

Gumbira bum bang bum bang!

Assalamualaikum. :)

Yey! Malam tadi aku jumpe kawan lama aka kawan baik aku best ever friend!

Dia datang Shah Alam malam tadi. Ahaa. Tengah-tengah malam tak de tempat laen nak pergi pun. Uptown lagi laa jawab nyer. Sobss.

Alah. Tak kisah lah kat mana pun. Yang penting aku happy jer sebab dapat jumpa dia walau pun sekejap. RINDU kot weh. Ketawa nanges aku, ketwa nanges dia. Semua sama-sama. :)


Gambar gelap la pulak kan. Ape ade hal? Janji aku gumbira! :)

Maznira. Lap u so much lah yunk! :) 

Tuesday, March 13, 2012

Hujung minggu aku. =.='

Assalamualaikum semua. :)

Harini dah hari Selasa dah kan. sekejap jer masa berlalu. Aku rasa macam semalam baru hari Sabtu. :)

Well. Minggu ni aku tak balik rumah. So, hari minggu aku terisi dengan kawan-kawan yang ade dekat sini jer la.. :)

Jumaat malam aku maen badminton dengan budak-budak Pharmaniaga Logistic. Tengah malam sikit, aku pergi uptown Shah Alam dengan Kawan-kawan tempat kerja part time aku. Suddenly aku terjuper dengan 'kawan lama' aku kat situ secara tak sengaja. :)

Sabtu aku ada game badminton. Maen saje2 jer pun. Sebab tu kalah. Haha. 12-30 dengan 28-30. :p


A part of Pharmaniaga friends. :)

Bajet hebat laa konon. Haha

Malam aku pergi uptown lagi sekali. Salah beli saiz kasut. Alang-alang aku beli la baju dinner Pharmaniaga. Ala-ala merah gitu. :p
Ahaa. yeay! Aku dah tau jalan pergi sana lastly. Sebab aku ni bukan jenis yang senang ingat jalan. Sebab tu sesat banyak kali! :p

Okayss.. Ahad aku takde pape aktiviti. So, pergi Klang lawat ayah sedara aku jer laa. Bagus kan? ;p

okay laaah. kerja banyak.. Juper lagi !

Watchaaaa! xD