Sunday, December 11, 2011

Curi-curi masa

AS'salam...

Nak curi-curi masa berblog sekejap ! :)

Pagi ni kelas macam biasa.
Sangat seronok sebab ada 2 kelas jer. Semester ni kelas aku tak ramai. Eh. Tak ramai? Tak BANYAK la! haha Selalu sangat nak menyalahgunakan perkataan..! :p

Takde apa yang menarik nak kongsi. Just nak kongsi lagu-lagu menarik yang ada dalam LIST windows media players aku. Jom layanzzzzz.. :D





         
                        

P/S : Time rajin jer aku buat macam ni. hahaha :D Siapa nak ikut aku and the gang tengong wayang?? Jom !! Daaaa!

Friday, December 9, 2011

Finishing School..!

AS'salam.. :)

Hari ni sangat penat.
Sebab pagi-pagi dah kena siapkan lakonan Mandarin. Penat sebab berlakon sambil banyak ketawa, So. Penat lah kan. =p

Petang pun penat jugak. 
Sebab petang-petang dah kena pergi dengar orang bagi ceramah. Tak de mood nak dengar sebab bosan. Modul pasal usahawan. Tapi. the way orang tu bagi speech. Tak menarik minat langsung. 



Malam?
Tak penat sangat sebab ingat nak rest. Tapi mata macam dah kuyu jer. Hehe. Esok pagi kena bangun awal sebab esok kena perdi modul pukul 8. Gila awal kot! :(


...............................................................................................................................................................................................................


23hb ni dah start study week!! yey! Tapi.. mak tak bagi balik! Haha. Mak cakap balik rumah bukannya study pun. Baik duduk je dekat UiTM ni. Dari buang banyak masa balik rumah. Ingat dekat ke? wuwuwuwu..


B.O.S.A.N tau..!!


P/S : APa-apa pun , jangan buat macam apa yang dah jadi semester lepas. Kalau dah banyak sangat main dengan emosi ni, nak pergi exam pun susah nak fokus! Pastu, jawab pun dah macam orang tak belajar. So, don't do like that again okay Siti! #eh. Termerepek pulak.


Kisah sedih menyayat hati.

AS'salam.

Sejak akhir-akhir ni. Banyak juga berita-berita yang sedih dan menyayat hati terdengar ke gegendang telingaku. Ibu senior aku, mengadap Ilahi kerana demam panas. Kawan kepada kawan aku kini kritikal diserang barah. Ya Allah. Kau sembuhkan lah dia dan berikanlah dia peluang kedua untuk meneruskan hidup. Amin. :)

...................................................................................................................................................................

Hari-hari kuliah aku bermula pukul 8 pagi. 8 PAGI OKAY? Dan apa yang penting, aku kena naik basikal dari kolej gemia sampai ke kelas. Sekarang ni small matter je la sebab dah biasa dah. Biasanya aku selalu pergi kelas dengan kawan aku aka Laila. Teman sebilik. Sekelas. Senegeri. dan mungkin Setempat bekerja. Hahaha. 


Hujan renyai-renyai. 
Sedang aku berbasikal dengan dengan Laila, dekat selekoh aku ada nampak sebuah kereta kancil hijau. And ada sebuah motorsikal dekat depan kereta tu. ACCIDENT! Cecair merah banyak dekat atas jalan tar. Students berkumpul disitu untuk menjdi saksi kejadian..! Aku dengar pihak polis bagi announcement yang diorang semua kena jadi saksi dalam mahkamah. Mak ai. Ramai betul!


Aku dan Laila cuak. Motor macam teruk. Cecair merah bnyak. Orang banyak. Kat dalam kawasan universiti pun boleh accident ? Aku pun teruskan perjalanan nak pergi kelas. Tapi aku takut. Sebab aku fobia accident memandangkan aku pernah tengok orang accident depan mata aku sendiri.. Lepas tu, aku tanya pak gad. Apa yang jadi? Pak gad jawab. Mangsa mati on the way pergi hospital. Student situ jugak. Muka pak gad serius. Ish. Aku dan Laila debar. Takkan teruk macam tu sekali..? 


Aku dan Laila pun pergi kelas. Semangat nak cerita dekat kawan-kawan apa yang dah jadi. Laila siap hantar message dekat kawan-kawan lain! Macam cerita Gossip Girl. Semua berita terkini tersebar dengan cepat. Aku dan Laila masuk kelas. Cerita dekat classmates lain. Semua sedekah kan al-fatihah. 


TIBA-TIBA..
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l 
 l
 l
 l
 l
 l
V

Eh. Yang accident tu lakonan je la. Diorang tengah buat kempen kesedaran jalan raya. OK FINE!!  Aku malu sekejap sebab aku rasa macam .. ish. Nasib baek ada classmate yang bagitau!

Kuang ajo punya pak gad. Yang pergi buat muka serius tu apahal? Motif cakap student mati? Aku percaya kot! Please,...... Kalau ye pun nak tipu, jangan la cakap pasal nyawa! Memang aku anti dengan sorang abg guard tu laahh! Grr~


P/S : Tipah tertipu bang!

Friday, December 2, 2011

Jari manis ku.

Assalamualaikum and good evening peeps!

Ahaa. Hari ni dah pun masuk bulan December kan. Hampir sebulan sahaja lagi untuk menuju ke tahun 2012. Usia semakin meningkat. Hidup masih perlu diteruskan. Wah. Adakah malam ni malam untuk aku berfalsafah? Mesti lah tak. Sebab ni cuma intro sahaja. :D




Tajuk hari ni? Jari manis? Aik. Nak pakai cincin kahwin dah ke? Haha. Apa. Ingat kalau jari manis tu mesti sebab kahwin ke? Mesti laa tak. Okay. Back to normal. Aku nak tanya korang. Korang pernah tak sakit jari? Macam ni. Pernah tak ada satu kulit keras. Halus je, dekat tepi kuku korang..? Then, korang cabut. Or mungkin korang ketip jer dengan pengetip kuku? Mesti pernah kan?? Haa..


So, sama la dengan aku. Disebabkan aku rasa diri aku kejam. Jadi, aku pun ambil keputusan untuk cabut je kulit keras kat tepi kuku aku tu. DAN... HASIL dia? Hujung jari manis aku bengkak sebab aku dah keluarkan kulit tu secara paksa. HAHA. 


SAKIT wooo.. Berdenyut-denyut pulak tu. Tobat laa lepas ni tak nak terkena macam ni..! D':


P/S : Sakit dia macam sakit gigi. Or sakit kepala. Cuma beza dia. Yang ni kat tangan. Sekian terima kasih.

Thursday, November 10, 2011

Bentong

Assalamualaikum people! :)

Aku kat Bentong! hehe.. cuti-cuti Malaysia. UiTM bagi 9 hari je pun cuti. Sempena raya haji hari tu plus midterm lah kot kan? ekeke.. so, bila aku nak balik Terengganu balik? Macam biasa. HAri Sabtu ni baru aku bertolak ke Dungun. Jangka sampai dalam pukul 3 petang. Awal kan? :)


Apa cerita terbaru aku? Ahaa.Setelah sekian lama tak berjumpa dengan blog aku ni.. weeee.. Tapi aku tak de cerita baru pun. Sama macam dulu, kini dan sampai bila-bila. Haaa.. Aku dah dapat tempat praktikal. Yang pasti bukan AUDIT FIRM sebab aku pilih nak buat kat COMPANY. Senior cakap kalau sekali dah pergi audit firm tu, memang tobat laa nak pergi kat situ lagi.. Sebab nanti kepala sakit. So, aku pun pilih company. Company apa? Company biasa-biasa je. Tapi yang pasti bukan kat Terengganu or Pahang. Haa.. Kat mana? Teka lah,. :p


Okay.. cerita lain? Tauuu tak.. Kat Bentong kann.. ada orang minyak.! Dan.. Berita dia sampai masuk paper. Well. cerita ni dah basi. Aku tak kisah pun basi ke tak. Tapi sekarang aku duduk dekat Bentong. Alamat rumah aku kat bentong. Bentong. Bentong and Bentong.. So, HARUS lah aku takut sebab orang minyak tu semakin berleluasa.. Dekat pulak tu dengan rumah aku. Maksud aku lebih kurang 1 km or 2km macam tu.. 


Mak aku dah letakkan ayat al-walasr dekat setiap penjuru rumah. Untuk perlindungan. Semoga penduduk Bentong selamat dari ancaman-ancaman orang-orang yang jahat ni..


P/s : Serius aku takut! :(