'Pembuang bayi?? Bunuh bayi? Kau dah jadi pembunuh!'
Zaman sekarang ni kan. Dah terlampau banyak berita-berita yang kita dengar tentang pembuangan bayi. Apa ni? Tak sayang ke dengan baby2 comel ni. 9 bulan. 9 bulan okay korang mengandung. Then, dengan senang hati korang buang baby2 ni. Alahai. Kenapa perlu tambahkan dosa.? Dengan dosa kalian berzina lagi. Pastu kalian buang bayi tu lagi. Sekaligus kalian bunuh bayi tu. Ini semua dosa-dosa besar okay!
Pada pendapat aku, pembuang bayi ni, akan membuang bayi mereka kerana tertekan dengan apa yang telah mereka lakukan sebelum ni. Mereka fikir yang mereka dapat menutup salah mereka yang memang dah ternyata salah !
Aish.. Aku kesian sangat dengan bayi2 ni. Apa salah diorang? Apa dosa diorang? Andai kalian tak nak baby tu. Berikan jer dekat orang yang lebih memerlukan anak. Orang yang nak kan anak, akan sanggup mengambil dan menjaga baby kalian tu. Anak itu rezeki. Orang yang tidak pandai menggunakan akal saja yang snggup buang anak ni.! =.='
Ni adalah contoh-contoh nasib bayi yang telah dibuang. Aku sedih sangat tau tengok baby2 ni. Kenapa kalian tegar buat macam ni!
Aku nak letak banyak lagi gambar. Tapi aku tak sanggup nak tengok. Wahai pembuang bayi. Tegarkah kalian melihat gambar-gambar ni? Suka lah hati kan? Tak rasa bersalah kah dengan tindakan kalian?
Ni la stastistik yang aku cari kat google untuk tahap umur orang yang membuang bayi.
Aku sangat berharap yang mereka insaf dengan perbuatan mereka. Please lah jangan buat macam ni. Ni tindakan yang sangat kejam. Bunuh Bayi tu ingat tak kejam ke? Nak2 perempuan yang lakukan perbuatan ni kan? Sejak bila kaum yang lemah ni boleh menjadi kuat untuk membunuh,???
Hurm. Kalau nak kurangkan pembuangan bayi ni lah kan. Baik kalian kahwin je lah. Itu lah jalan yang paling sesuai sekali. Kalau kahwin, pasti! Kalian akan sayangkan baby2 comel kalian. Dan aktiviti-aktiviti seks bebas ni, henti2kan lah. Buat tambah dosa je. Karang mengandung, buang lagi anak. Insaflah wahai Pembuang bayi. Dan kepada sesiapa yang ada niat tu, bertaubatlah!
Semoga mereka dibukakan hati untuk bertaubat dari apa yang telah mereka lakukan.
Tag :















