Tuesday, May 24, 2011

CM5 : Wahai Pembuang Bayi, bacalah ini.

'Pembuang bayi?? Bunuh bayi? Kau dah jadi pembunuh!'




Zaman sekarang ni kan. Dah terlampau banyak berita-berita yang kita dengar tentang pembuangan bayi. Apa ni? Tak sayang ke dengan baby2 comel ni. 9 bulan. 9 bulan okay korang mengandung. Then, dengan senang hati korang buang baby2 ni. Alahai. Kenapa perlu tambahkan dosa.? Dengan dosa kalian berzina lagi. Pastu kalian buang bayi tu lagi. Sekaligus kalian bunuh bayi tu. Ini semua dosa-dosa besar okay!


Pada pendapat aku, pembuang bayi ni, akan membuang bayi mereka kerana tertekan dengan apa yang telah mereka lakukan sebelum ni. Mereka fikir yang mereka dapat menutup salah mereka yang memang dah ternyata salah !

Aish.. Aku kesian sangat dengan bayi2 ni. Apa salah diorang? Apa dosa diorang? Andai kalian tak nak baby tu. Berikan jer dekat orang yang lebih memerlukan anak. Orang yang nak kan anak, akan sanggup mengambil dan menjaga baby kalian tu. Anak itu rezeki. Orang yang tidak pandai menggunakan akal saja yang snggup buang anak ni.! =.=' 

Ni adalah contoh-contoh nasib bayi yang telah dibuang. Aku sedih sangat tau tengok baby2 ni. Kenapa kalian tegar buat macam ni!




Aku nak letak banyak lagi gambar. Tapi aku tak sanggup nak tengok. Wahai pembuang bayi. Tegarkah kalian melihat gambar-gambar ni? Suka lah hati kan? Tak rasa bersalah kah dengan tindakan kalian?

Ni la stastistik yang aku cari kat google untuk tahap umur orang yang membuang bayi. 


Aku sangat berharap yang mereka insaf dengan perbuatan mereka. Please lah jangan buat macam ni. Ni tindakan yang sangat kejam. Bunuh Bayi tu ingat tak kejam ke? Nak2 perempuan yang lakukan perbuatan ni kan? Sejak bila kaum yang lemah ni boleh menjadi kuat untuk membunuh,???

Hurm. Kalau nak kurangkan pembuangan bayi ni lah kan. Baik kalian kahwin je lah. Itu lah jalan yang paling sesuai sekali. Kalau kahwin, pasti! Kalian akan sayangkan baby2 comel kalian. Dan aktiviti-aktiviti seks bebas ni, henti2kan lah. Buat tambah dosa je. Karang mengandung, buang lagi anak. Insaflah wahai Pembuang bayi. Dan kepada sesiapa yang ada niat tu, bertaubatlah!

Semoga mereka dibukakan hati untuk bertaubat dari apa yang telah mereka lakukan.





Tag :

Monday, May 23, 2011

Cerita Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari



Nisha OTW ke LRT

Nisha : Adoyaii.. Lambat dah aku ni.. Nak dekat kul 8 dah ni!! Dah laaa hari ni ada interview nak jadi eksekutif akauntan.. Ni sume pak cik teksi ni punya pasal lah ni! Lambat sangat nak amek aku... Aku kata pukul 7. Dia datang kul 7.40! Ish..

Lari punya lari lepas beli tiket train. Tetiba Nisha terlanggar ngan sorang mamat ni dekat depan tempat beli tiket. 2 3 keping fail yang dibawa Nisha pun terjatuh. Berselerak.

Nisha : Eh. Awak ni! Tak nampak ke saya dah lambat ni?? Saya ada interview tau tak kejap lagi! Yang awak pergi langgar saya ni kenapa? Mata letak kat mana? Ish!

Areliff : Hello sis! Saya peduli apa ngan interview awak tu? Awak yang langgar saya, nak kata saya salah pulak?? Patutnya awak yang kena mintak maaf kat saya okay! Awak tak nampak saya tengah Kupas Oren ni????

Nisha : Ah. Gi Kupas Oren tengah 2 jalan tu pasal apa?? Bukan nak mintak maaf! Dah laa ..! Saya dah lambat ni!!

Nisha berlari ke tempat train tanpa menyedari tiket nya dah terjatuh sekali tadi.

Areliff : Eh.. Tiket awak?? Yang lari tu pasal ape? Tiket ada kat aku. =.='

Nisha pun berlari nak pergi naek train. Tetiba :

Nisha : Eh. Mana pulak aku punya tiket ni? Alamak.. Adoi! Macamana ni. Aku nak gi interview ni.. Mak!Ayah!Waa.. Tiket Nisha dah hilang!

Nisha menangis. 

Maggiboy : Kak. Kenapa kak menangis.


Si cilik menegur. 

Nisha : Tiket akak dah hilang dik.

Maggiboy : Ada abang hensem tu bagi tiket ni kat kakak.


Nisha : Ha? Abang hensem?

Meggiboy : Haah. Dia cakap. Sori pasal dia langgar dia tadi.

Nisha : Oh. Yeke. Terima kasih ye adik.

Nisha pun memasuki train dengan gembira. Tapi serba salah.

Lalu train itu pun bergerak dengan lajunya. Selaju impian Nisha untuk sampai ke tempat tujuan nya. 


Dalam train. 

Nisha : Hurm. Kesian pulak aku tengok dia tadi. Tak pasal2 kena marah ngan aku. Tapi kalau tengok balik. Macam muka Abg Ben Ashaari pun ada. Macam muka Ashraf Muslim pun ada. Hensem. (gelak Nisha dalam hati.) 

Dah sampai ke destinasi. Firma akauntan Big Gigi Luna Lanun.

Nisha : Fuh. Nasib bek tepat pada masa.

Setiausaha Fara : Cik Nisha? Sila masuk untuk interview.

Nisha : Oh. Baik. (nasib baik tul sempat)

Nisha pun masuk ke bilik pejabat.

Nisha : Assalamualaikum.

Pihak temuduga tu pun palingkan muka nya pasal kerusi tu mengadap tingkap.

Areliff : Waalaikumusalam.
Nisha : Awak????????Yang dekat terminal LRT tadi????

Lalu Nisha pun terkejut pasal Areliff tu rupanya lelaki yang dia terlanggar tadi. Rupanya Areliff tu CEO! 


Lastly.. Nisha pun dapat kerja kat Firma Big Gigi Luna Lanun. And diorang bercinta. Inilah kisah pendek Cinta Pandang Pertama Di Terminal LRT bersama Buah Oren.


Pelakon-pelakonnya :
Firma Big Gigi Luna Lanun
Setiausaha Fara
Meggi Boy
Nisha
Kupas Oren
Areliff
Pelakon Tambahan :
Abg Ben Ashaari
Asyraf Muslim

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Asssalamualaikum wrb..




Jom click kat header.. Kita ramai-ramai join segmen kreatif Ben Ashaari.. :)


CM4 : Persiapan sebelum UPDATE Blog




Assalamualaikum semua.

Wah. Oleh kerana aku nak mengejar cabaran 30 ni kan..so, aku dah abiskan masa 2 hari iaitu hari ni dan semalam untuk buat 4 entry ni ek. Semangat gila aku kan? Tapi tak pe lah. Dah aku nak sahut cabaran tu kan. Nak kata apa? Ada aku kisah? :)

Berbalik pada tajuk kat atas ni. Persiapan nak Update Blog. Nak Update pun kena ada persiapan ke? Hurm.Ada persiapan2 ni macam nak raya pun ada. Haha..

Oke2.Kalau aku lah kan. Before aku nak update blog. Bese nya aku tak de pun nak buat2 persiapan ni. Sebabnya blog aku ni lebih kepada personal. Yup. Luahan hati aku. Cuma stail aku tak de lah terlalu direct to the point.. Maybe aku luahkan ngan sajak ke.. Err.. Ye ke sajak?






Honestly, aku tak de pun buat apa-apa persiapan untuk update blog ni. Just tulis bila idea tu datang . Lantas jari-jemari aku pun cepat menaip. Pastu, bila aku dah siap tulis, aku baca balik sampai aku puas hati. Bila dah puas hati sume2 , aku akan masukkan gambar. Nanti bosan lak kan takde gambar. Normally aku cari kat google tu jer. Sebab aku bukan photographer yang ada banyak gambar2 ni. Lepas dah siap , baru aku post kan. SIAP.. Camtu jer. Haa.

Sometimes, tak semestinya entry aku berkenaan dengan personal. Ada juga aku selitkan lirik2 lagu, or berita2 terkini kan. So, apa yang aku kena buat, aku kena search kat google untuk latest news. Then, baru aku olah sikit. Untuk lirik lagu lak, aku just search je la. Keluar lah lirik tu untuk aku kongsikan. Haa..




Tapi..! Haa.. ada tapi nya. Kalau aku nak update blog, time2 aku free je lah. Time-time takde keje. Boleh lah aku update blog aku yang tak seberapa ni. Pastu, kena ada wireless or broadband. Kalau tak cane lak nak update blog kan? Kalau tengah2 buzy tu, jangan harap aku nak buka blog. Especially time final. Kalau buka lah kan. Memang lambat ah nak tutup. :p

Besenyer lah kan, aku blogwalking dulu dekat blog rakan2 yang lain. Kadang-kadang, bila aku baca blog orang len, aku boleh la dapat idea sikit-sikit kan. So, from there, aku dapat lah idea, samada aku nak buat ayat skema, or professional ke, or, cam ala-ala otai ke, sempoi ke. Haa..

So, apa yang aku dapat cakap. Itu je lah persiapan aku untuk UPDATE blog. Sempoi jer..

:):):)








Nak tag sape yer..

Haticikgadis
Sayabintang

CM3 : Keghairahan Popular Di Dunia Maya



Keghairahan Popular Di Dunia Maya? Apakah kita semua boleh popular di dunia maya? Di dunia tanpa sempadan ni? Adakah popular di dunia maya ini sama dengan popular seorang artis, penyanyi or pelakon?

Of course lah boleh..! Popular tak semestinya di dunia luar seperti mana yang kita kenal artis-artis di luar sana. Kita juga boleh menjadi popular hanya melalui dunia maya tanpa batasan ni. Sebagai contoh. Sape yang tak kenal dengan Ben Ashaari? Fatin Liyana? Mempunyai followers sehingga puluhan ribu. Mereka dikenali kan? Hanya melalui blogger je kan.




Jadi, ramai bloggers yang ingin menjadi seperti mereka yang saya sebut tadi untuk menjadi popular seperti mana Ben Ashaari dan yang lain-lain. So, diorang akan cuba untuk membuat segala bagai menda supaya diorang boleh jadi popular.


Popular kat dunia maya ni bukan setakat di blog. Zaman IT sekarang dah mempunyai pelbagai jenis laman sosial contaohnya Facebook, Twitter, Myspace dan Friendster. Mereka akan try untuk add ramai rakan2 yang dikenali atau pun tidak hanya kerana nak tengok friends diorang tu ramai. So, nampak cam femes lah tu kot kan. Haa..

Especially Facebook. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang. Ye lah. Tak salah pun nak kongsi gambar. Tapi kalau dah gambar tayang body sana. Tayang sini. Peluk BF/GF lah. Itu lah. Ini lah. Hanya untuk nak jadi femes. Bek tak payah la yer.. Macam tak berapa nak sesuai jer.

Contoh lain yang aku boleh bagi cam Yuna. Tak silap aku dia femes pun melalui dunia maya ni jugak. MySpace tak silap aku. See..From that kind of social web pun, she's can be famous jugak kan? hehe
Haa.. Ada satu lagi.. Using YouTube pun, kita boleh jadi famous. Kan? Contohnya Cikgu Sheeda. Dia nyanyi lagu kat dalam YouTube. Dia dikenali kan? From the ordinary person, she's can be a famous person by using IT..! kan?!

So.. Ramai orang2 bese nak jadi popular di dunia maya. Itu memang tak dapat dinafikan.. :):):)


And..Sesape yang nak join sile klik dibawah ni yer.. :)