Sunday, May 22, 2011

CM2 : Kalau lah saya seorang pengarah filem

Kalau lah aku jadi pengarah filem?? Wow.. Macam Ahmad Idham? Afdlin Shauki? A.Razak Mohaideen? Yusri KRU? Or....Chris Columbus? Alfonso Cuaron, Mike Newell, David Yates. Wah.. Besnyer kalau aku ni pengarah filem cam diorang ni kan..





Tapi tu lah. Takde bakat nak buat filem. Nak buat karangan pun berterabur. Ni kan nak buat filem. Kalo stakat tulis dalam blog ni tak pe lah jugak kan. Cikai2 jer.. Tak yah susah2 nak pikir badget. Jalan cerita yang sesuai sumer2 tu kan.

Tapi lah kan. Andai kata aku jadi pengarah filem lah kan.. For sure aku nak dapat income dari filem aku tu berjuta-juta. Paling-paling pun RM 100 000 000. Fuyohh.. Kaya aku. Kaya..!



Pelakon utama mesti lah Lisa Surihani. Dia cantik. Comel. Pandai berlakon lak tu. Suh dia berlakon sekali ngan Mia, anak angkat dia yang comel tu. Hehe. Pastu kan.Pastu kan. Hero dia kena lah hensem. Tegap. Contohnya Asyraf Muslim. Wah. Baek aku jadi pelakon gantikan Lisa camni. Haha.

Aku nak cerita aku ni ala-ala citer Korea. Pastu campur sikit ngan Hindustan. Kan.kan.kan. Ada kelainan sikit. Nampak gak kreatif nya. Kalau korea diorang kena gaduh-gaduh dulu. Pastu baru diorang suka sikit demi sikit. Wah. Romantik nya. Haha. Pastu Kalau Hindustan lak. Ada orang menari-nari tu. Romantik sikit kan. Tarian dia tu aku nak cam ala-ala Om Shanti Om. Keh3..





Haa.. Ingat senang nak cari duit buat filem?? So, aku nak mintak tajaan dari suma syarikat yang besar2 tu kan. Ley gak aku promote company diorang. Pastu. Cita-cita aku mungkin tercapai kot.

Err.. Tapi. Mungkin dalam mimpi. Sebab itu sume cuma angan2 yang memang tak pasti. Sebabnya. Ingat aku ada bakat ke nak jadi2 pangarah ni? Jadi pelakon tu boleh lah.

Akhirnya. 100 penulis dah berjaya buat aku tambah agi satu entry kat blog aku yerp..

So. Sape2 yang nak join.. Click kat bawah ni okay..




Nak tag :



CM1 : Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan ...



RM100?? Wah.. Kalau lah tetiba kan, ada orang nak bagi aku Rm100.. Bersyukur gila aku. Nak-nak aku sekarang ni pun tengah agak2 sengkek lah jugak kan. Duduk sini, duit mak ayah bagi. Kesian pulak lah kat diorang kan. Asyik2 mintak duit kat diorang jer... Ingat senang nak cari duit? haha


Haa.. So, duit RM100 ni, of course lah aku nak beli makanan aku time aku belajar ni. Makan itu penting ok. Kalau tak makan sakit perut pulak. Kalau sakit perut sapa susah? Aku jugak susah. Mujur jer klinik ada kat depan kolej aku ni ha. Kalau tak? Lu pikir la sendiri. Haha. Tapi betul lah. Makan tu penting kan? Kalau tak, mana nak dapat tenaga. Tenaga tu penting sebab aku ni kuat cakap. Nak cakap perlukan tenaga kan. Haha.




Then. Aku nak gi isi minyak kereta aku. Nak gi kelas nek kete. Bila nek kete, guna minyak. Bila guna minyak, kena lah isi minyak kan? Bila dah isi, of course lah kena bayar guna duit. Haa.. Apa lagi. Guna la separuh dari RM 100 tu. Kan.Kan.Kan. Tahan la untuk 2 minggu ke. Okey la tu. Kerete kecik2 jer pun. Kereta pun nak makan jugak. Ingat manusia macam kita je nak makan? Kereta pun nak ada tenga jugak. Kalau tak tersemput-semput pulak yer.. =p




Haa. Lagi satu. TOPUP. Ye lah. Nak kol mak ayah. Adik-adik. Kawan kawan. Kena guna topup kan?? So, orang dah bagi RM 100 tu. Pandai-pandai la budget untuk topup sikit? Jangan lah nak boros2 sangat. Aku ni sokmo2 rindu mak ayah. Boleh dikatakan hari-hari aku kol, or diorang akan kol aku. So, TOPUP itu penting kan? :)

Ha.. Tu je lah kot. Kalau ada orang betul-betul kasi aku RM100 pun oke gak. Alhamdulillah. Bersyukur itu penting ok. Rezeki datang nya dari Allah. Faham kawan-kawan? Hehe Apa-apa pun, beli yang penting-penting. Beli benda ikut keperluan, bukan kemahuan. Ni prinsip aku dari dulu lagi. Kalau nak beli tu beli benda-benda yang patut je. Tak de lah aku nak kata tak boleh beli apa yang aku suka. Maksudnya benda-benda yang tak penting tu tak payah lah nak beli kalau tengah-tengah sengkek ni. Understand? Berjimat tu kan lebih baek dari berboros. Make sure dalam dompet tu kena ada duit. Biar sikit, tapi ada. Lebih baek dari tak de langsung kan? Nanti tetiba urgent ke, boleh jugak guna duit tu.. Ni sekadar pandangan sahaja,.. :):):)

Urm...Tu je lah kot untuk kali ini.. Walawehhh~~

Mangsa tag :

Lemon
Shikin Sunshine
CikTom

sape nak join.. Ni link dy.. http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html

P/S : Ni yang buat aku nak men ngan churp2 ni.. Haha.


:):):)

Tutorial : Terdouble Blog Post ?



ASsalamualaikum..

Oke. Hari ni aku nak buat tutorial pasal blog post yang terdouble. First time ni buat tutorial. Tapi oleh kerana dah terjadi kat aku untuk kali pertama. Dan aku jugak yang mencari penyelesaian. So, aku nak kongsi. Ye la. mana la tau kan, ada pulak kawan-kawan kita yang terjadi menda yang sama macam aku ni ha. :p

Oke. First sekali, of course la dekat dashboard - design - edit HTML - Find and Delete the following line - Save setting - Delete widget . CAri line ni tau 
.. Haaa..

Saya budak bearu belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Chao cincau.. :):):)

Publish Post

Saturday, May 21, 2011

Kemasukan Pelajar Baru UiTM Dungun



Assalamualaikum kawan2.. :)

Fuh.. Penat sungguh hari ini.. Mana tak nya. Adik lelaki aku pun dapat sini jugak -> UiTM DUNGUN <- . Berkampung lah adik2 aku kat sini. Amek Accountancy pulak tu. Tengok lah. Nanti aku and adik2 nak bukak accounting firm. (berangan tak salah kan?).

Oke2. Straight to the point. Aku yang memang dah ada kat sini ni, so dekat lah nak hantar adik aku kat kolej. Ye lah. Budak-budak baru masuk kan hari ini. Based on my experience kat sini, kali ni UiTM kebih sistematik kot. Tak jem sangat macam dulu. Kalau dulu2 tu kan, alahai, jem gile. Nak keluar masuk pun susah. Ye lah. Kereta berjujut nak hantar anak-anak. Tapi hari ini dengan kemasukan pelajar yang lebih 2000 tu, para urusetia still boleh tangani masalah2 ni.

Tapi still ada kekurangan. Ibubapa ada yang kena berjalan kaki jauh2 gi kat parkir kereta sebab nak tunggu bas lambat. Kesian kat mak cik n pak cik2 tu kena jalan kaki. Kita yang muda ni tak pe lah nak jalan jauh-jauh. Tapi yang tak muda lagi? Haa..

Nway, Okay lah tadi. Tak de lah nak ambil masa yang lama nak hantar anak-anak masing-masing kan. :)

Wokeyh. Apa-apa pun tadi family aku and aku dah hantar pun adik aku tadi. Roomates dia pun ok lah. Aku tengok diorang pun student from Asis. MRSM. Integrasi kat Temerloh pun ada. Bijop2 op.. Hehe.

Haa.. Ada perkara kelakar yang berlaku tadi. Ada budak pompuan tu nangis sebab berpisah ngan family pun ada. Ada yang suka dapat duit from parents dia. Ada yang sedih. Suka jumpa kawan baru. Macam-macam lah aku tengok tadi. Seronok. Rindu zaman aku duduk kolej.. :):):)

SUMPAH AKU RINDU ZAMAN DIPLOMA AKU DULU!! :'(

PC and Laptop korang ade Lambang ISRAEL!


Selamat pagi semua!!
Amboi2..Tu.tu.. Ade yang tak bangun lagi tu..Bangun.Bangun.. Anak dara tak baik bangun lambat-lambat. Haa
Oke2.. Apa yang korang akan buat waktu-waktu pagi macam ni? Ke tengahari baru bangun korang ni? Haha.. Kantoi sudaa..

Oke2.. Macam biasa lah kan. Recently kerja aku tengok blog orang lain. Tadi aku BW kat blog qimay. Dia cerita sal lambang ni lah. So, aku pun nak kongsi jugak lah kan. Sebab selama ni kita duk kutuk-kutuk diorang. Tapi dalam masa yang sama kita sendiri tersimpan lambang diorang ni. Betapa jahatnya diorang kan.kan.kan.

First step. Korang buka kat my computer - Local Disk C - Program File - Microsoft Office - MEDIA - CAGCAT10 - then cari gambar yang bernombor J0285926. Korang kena bukak ikut paint lah. Then. DELETE terus k. Tak de makne nyer nak simpan2. Oke.. Thank kat Qimay okey.. :)

So. SELAMAT MENDELETE okey? :)