Thursday, October 25, 2012

Congratulation beb!

As'Salam,

Bosan dah, setiap kali ade intention nak tulis blog, mesti aku akan cakap, 'dah lama tak tulis blog', 'rindu nak tulis blog' dan sebagainya. Tapi memang pun, tak de idea nak tulis kot kan? sebab tu cakap macam tu.

By the way, last week merupakan minggu budak2 konvo. Tapi of course laa bukan aku yang konvo nya. Kawan baik aku yang konvo. So, disebabkan dia nak konvo sekali seumur hidup (unless dy nak amek master), aku pun datang la dari Terengganu pergi ke Shah Alam dulu sengan adik aku.

Dari Shah Alam tu, aku ajak kawan baik aku yang sorang lagi ikut. Ye laa, jaranggggg sangat dapat jumpa dia. Sebab masing2 dah jauh kan. Dari Shah Alam, nak pergi ke Bangi, kitorang ikut map yang Arip bagi. Guess what, kitorang sesat sampai 4 jam. haha. Naseb baik sampai jugak petang tu.

Dah. Cukup-cukup. Aku nak kongsi gambar yang kitorang amek masa kat sana..! :)


Okay.. ni laa Arip ngan awek dy Zura.. First time jumpa Zura. Hehe


Ni Maznira. Kawan baek aku dari Diploma lagi sampai la sekarang. :)


Ni Ariff. Actually ni konvo dia. hahaha. Dia ni kawan baek aku since kitorang praktikal sama2 dulu. First yang aku kenal masa kat Pharmaniaga dulu, budak ni laa. haha


Macam aku pulak yang graduate. hahaha. Lambat lagi woo.. Aku ada lagi satu sem lagi nak habiskan. Lepas ni turn aku laa pulak yang konvo kan? hikss. Tak sabar. haha


Then, balik tu, cuma 40 minit jer sampai Shah Alam. Nak compare dengan masa aku pergi yang ambek masa 4jam. hahahaha

Sekian, terima kasih. 

P/S : Hujung bulan ni konvo budak2 UiTM pulak kan? :')

Wednesday, September 26, 2012

Aaamat Aghiiiii Abuuuuuu.,.

As'Salam..

Selamat hari Rabuuuuu... :)

Oh ya! Aku kat kelas kot ni.. Ehehe.. Lama jaman dah aku tak menulis kat sini. Yang last pun masa birthday aku. Mungkin sebab dah tak de apa nak tulis kot.Ye la. Masa dah semakin meningkat. So, makin busy, makin banyak kerja nak buat, sampai tak de masa terluang nak tulis. Lagi satu, sebab tak deline internet kat lappy ni.

Ye laa. Kalau nak tulis blog dekat phone macam susah jer pulak kan. :)

Dah hampir nak dekat sebulan dah aku kat Terengganu ni. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kolej semester ni. Walaupun jauh sikit and terpaksa naik basikal, aku tak kisah. Aku rela macam tu dari duduk luar. Ye la, ada kisah yang menakutkan masa aku sewa kat luar. Nak2 kat Dungun ni. BAHAYA! kui3

Semester ni semester last aku. So, kena struggle habis habisan la sem ni kan. Aku tak sabar nak habiskan semester ni! Lepas tu konvo, cari kerja, and kawen!! :p

Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya.


P/S : Trip kelas. 50 : 50

Saturday, September 1, 2012

Happy Birthday!

As'salam,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Ahaa. 31 August adalah tarikh kebanggaan negara kita Malaysia yang berjaya merdeka dari penjajah negara asing. Ehem.. Dulu masa sekolah dulu, aku suka sejarah tau. Jangan memainn.. ekeke

And pada tarikh ni jugak mak aku melahirkan aku. Time-time merdeka ni laa aku nak dilahirkan yer. Haha..
So, lepas ni aku kena jadi lebih matured laa kot kan. Sebab dah makin tua. wakaka..


Thanks banyak-banyak pada semua yang wish. Ada yang call, text aku, and kebanyakannya dekat fB jer la.. Sampai seratus lebih yang wish. Hak3. Ahaa.. And thanks kat kawan-kawan sebilik sebab ny
anyikan lagu happy birthday untuk aku.. :)

Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa diberkati Allah dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya. Ameen. :)

Wassalam..


P/S : Thanks sebab ingat aku. :')

Does anyone wanna give birthday present to me? LOL!

Happy birthday to my mom on the next day after my birthday! :) love you damn much mom! :)

Thursday, August 30, 2012

Lama sangat.

As'Salam,

Wah, hari ni dah 30hb August 2012! Sekejap sangat masa tu berlalu. Aku pun dah nak habiskan intersesi aku ni hari Isnin ni sebab kitorang ade final time tu.. Lepas tu rehat sekejap, kena masuk balik ke Dungun. *Sigh*


Lama aku tak singgah kat aku punyer blog ni sebab busy dengan macam-macam. Intersesi la, hari raya la, test quiz laa.. haa.. Buzy laa kan. hehe


Okay, aku tak letak gmabar raya aku dalam blog ni sebab macam malas nak update pulak. Haha


Anyway, aku dah mengantuk sesangat ni. Time to sleep.


Daaa...

Salam.

P/S : Aku dapat duduk kolej lagi semester ni1 Yey! Alhamdulillah..:p

Monday, July 30, 2012

Bigtaste Cafe

AS'Salam,

Woot woot. Pffttt.. Panas betul hari ni. Plus ngantuk lagi ade. Ye laa. Sampai 3 jam setengah kelas sehari. Sangat mengantuk rasa. Heu heu heu.


Eh. Tajuk Bigtaste Cafe..? Nak makan ke? Uish. Aku puasa okay hari ni ! haha. Tiba-tiba pulak aku nak bercerita pasal tempat kerja part time aku ni. Ye laa. Kan aku praktikal dekat Pharmaniaga. So, malam tu, kalau aku tak banyak kerja, so aku buat la part time. RAJIN ? Rajin sangatt kan.


Ni aku time buat pizza! hehe


 Tadaa..Ni nama dia Romeo and Juliet Pizza.. :)

 Ni aiskrim. Eh. Tibe-tibe terambil gambar pegang aiskrim ni kan. hehe

Ni mimie! Comel kan. hehe

 Ni Kak Farah!! Dia bos saya! Dia baik dan sangat sempoi. Miss you kak farah! :)

Ni time setting makanan.

Ni pulak Wani. Aku kerja dengan dia laa.. Kadang-kadang aku pergi and balik kerja dengan dia la. hihi

Oraitt.. ni laaa family Bigtaste aku! Ni last picture yang aku amek from diorang. Isk isk isk

Wani, Sam, Kak Farah, Siti, Putra, Tujuh..! haha


P/S : Aku dulu time kerja kat sini agak kasar laa jugak. Tak nak jadi lembut-lembut sangat ni. No control-control ayu. Haha Kelakar pulak bile ingat balik.

Miss this moment.. :)