Friday, June 3, 2011

Blogger Hijau, Mai Singgah Sat Noo..




Saya suka Blog Ben Ashaari kerana ada banyak informasi terkini, err dan juga Seth Tan!

Apa ada hal?? Kita layann~

Nora Elena ##

Kita orang perempuan ni
kena kahwen dengan orang y sygkan kita..
bukan orang yang kita sayang terlebih2..
sedang kan kasih sayang dia pada kita tak seberapa nak
episode 8 nora elena


pergh..aku suka tul dengan ayat ni. Menarik! Haha


Penat dah aku tengok Nora Elena. Pasal diorang kata best punyer pasal lah, aku sanggup tengok dekat YouTube. Naseb bek wifi laju giler. Kalau tak, tak dapat jugak lah aku tengok. Dari malam tadi. Sampai tertido2 tengok Nora Elena.. Haha Pastu bangun pagi2 terus on my lappy. Nak sambung tengok sampai episod 16. Al maklum lah kan. Nak cari TV jauh sangat. Ingat kat rumah ke? Nasib baik ley tengok kat YouTube. haha.


Yang pasti, I like Ahmad Seth Tan. Romantik GILER kot. Tersengih-sengih aku tengok citer tu. Haha. Feeling die cam aku baca novel. Ngeh3. Gedik Siti Sue nih!  Okay. Tak sabar nak tunggu episod 17. Even dah tau jalan cerita dia, nak jugak tengok sampai habis. 

P/S : Bile ek last aku baca novel ni? Sampai dah lupe. Kalau novel 'Andai itu takdirnya' ni diadaptasikan jadi drama pun best jugak. Tapi sedih lah pasal aku pun boleh nangis tersedu-sedu baca. Zaman dulu-dulu lah sebab tu adalah one of my favourite novel yang pernah aku baca.

Walau aku bukan kaki novel sejati, tapi aku tetap seorang perempuan yang akan baca novel bila masa itu sudah terlalu free. Haha

Oh Ahmad Seth Tan..haha.. Gedik Siti!

Kalau saya dapat RM 300


Hari ni aku nak join contest Safra Shukry ni. Hadiah memang besh.. Mana tau ada rezeki kan.. :)


Kalau saya dapat RM300? Yes. Of course laa saya nakkan RM 300 itu..!! Kerana saya amat memerlukannya..!!

Siapa yang tak nak kan kalau ada orang bagi duit kat kita. Nak nak, duit tu adalah bernilai RM300!! I like it. Sebab, aku pun agak sengkek sekarang ni pun. Duit pun ala-ala kadar untuk sara hidup je tau.

Memandangkan aku sedang belajar untuk shortkos ni kan, duit ni memang sangat2 diperlukan sebab aku tak dapat PTPTN! Juz bank from my ayah n mak jer. Tu pun , macam kesian jer asyik mintak kat diorang kan. Apa kau ingat diorang kaya macam Ahmad Seth Tan dengan Nora Elena tu??? Haha



Oke. Kalau aku dapat RM 300 tu, apa yang aku akan buat? First. Makan.. Nak beli makanan lah.Itu wajib! Kenapa kena makan? Pasal hari-hari aku lapar. So, bila nak beli makanan, duit keluar lah kan? Apa kata kalau aku guna sebahagian duit tu untuk makan aku sepanjang aku kat UiTM ni kan? Menjimatkan..Haa


Then. Apa yang penting, aku nak isi minyak kereta aku. Sebab aku pergi kelas dengan kereta kontot tu. Ha.. Eh.Ingat perut aku jer berbunyi-bunyi nak makan? Kereta aku pun nak jugak tau. Terbatuk-batuk kereta tu nanti, sape susah? Kawan-kawan aku jugak yang susah. Sebab mesti aku nak mintak tolong diorang kan? Haa..Kalau aku menang lah kan, hilanglah sikit kos aku nak pergi isi minyak tu. Haha. 



Lagi satu, baru-baru ni aku memang ada bercadang nak tukar tayar kereta aku sebab macam ala-ala nak botak gitu. Tak ke bahaya kalau tetiba aku drive kereta kan, tetibe, PUFFF TRETTT.. Rupernye tayar pecah. Untuk safety, memang kena tukar lah. So, kalau lah dapat RM 300 tu, kurang sikit beban aku nak cover cost tayar tu nanti. Hehe *Ni sumer sebab ade sorang pencuri kat umah sewa aku dulu, dia pancitkan tayar kereta aku ngan pisau. TAk pasal-pasal kena guna tayar spare..*




Tolak tambah, tolak tambah, berkemungkinan tinggal lebih kurang dalam RM 50 kot kan. Surely aku nak beli TOPUP!! Haha. Eh2.. Bukan kol pakwe okay! Kol mak dan ayah kesayangan aku lah. Macam biasa, hari-hari diorang akan kol aku, atau aku yang akan kol diorang. Rindu tau. Dah lah duduk jauh. Kena lah hari-hari contact kan. Haha Anak manja! Iuww.. =p  So, bila aku yang kol diorang, hilanglah lah sikit beban diorang kan yang asyik kol aku. Biar aku lak yang kol diorang sampai habis kredit aku pun tak pe. :) Tak pun biar aku yang topup kan diorang. Tak gitu ?

Tu je lah rasanya. Kalau ada terlebih-lebih duit tu. Aku nak beli nset cikai2 jer satu. Sebab pagi semalam handset Sony aku jatuh terburai!! Sedih gilerr weh. Some keys ada yang tak berfungsi. Huwaa.. :( Itu kalau lebih. Kalau tak. Tak yah aku beli sebab ada menda len lagi yang lebih penting kan..Hehe..


Haa.. Bulan 7 ni hari jadi adik aku, Ahmad Firdaus. Boleh lah aku belikan hadiah untuk dia. Hehe Itu cara nak eratkan silaturahim antara adik-beradik yerp.. :)

Okay..Tu je lah kot yang penting untuk aku buat masa ni sebab aku tengah belajar pun sekarang ni. Duit tu memang dah macam air dah sekarang. Hehe Kalau aku menang kan, memang bersyukur giler lah. Rezeki itu kan datangnya dari Allah swt. Alhamdulillah.


Nway. Thanks.

Kawan-kawan seperjuangan:

Thursday, June 2, 2011

BCR Kontest: Kamilah Geng BCR



Hari ni aku nak join kontest oleh kerana aku adalah salah sorang ahli BCR. Actually aku dah join geng ni bulan lepas. Bes la jugak kan. Group ni happening. Hapeening. Haapening. Happeening. Happpening. Eh. Dah terpening dah ni. Haha..

Dulu masa mula-mula masuk dulu, nak terus chat. Tapi tak boleh. Rupe2 nyer kena register. Takut kena spam apa ntah kan yang memang aku tak faham. Ngeee~ Then, aku pun gi lah register dan termasuk lah aku ke dalam group BCR yang kegilaan nya tahap melampaui batasan. Hahaha

Aku nak citer serba sedikit 3 ahli geng BCR yang pening2 belake. =D

AdamXis
Adam ni kire admin lah kan sebab die adalah kaler merah..! Hehe.. Oke2.KAt blog adam ni banyak giler tutorial. And aku pun banyak belajar dari tutorial dia lah. Kalau korang nak belajar wat widget ke, tambah follower or whatsoever, buka blog dia okay. Semuanya serba biru.

Then,
Siti Saffiah
Aku suka tengok blog dia. Sebab aku suke tengok header dia. Comel sangat. Warna hijau. Bila aku nak dapat header secomel itu yer? And you know what, SS ni pun admin jugak tau. Ala-ala merah gitu. Bile nak jadi purple cam kitorang? haha Juz kidding! :p

Next is :
Feeza Macho
Haha. Macho ke Feeza? Oke. Dia suka panggil aku sabri. Padahal aku gelar rinaa. Cubit nak feeza? haha
Followers dy pun dah beratus ratusan.. Nak jugak macam tu.. =.= haha Feeza adalah salah sorang sponsor BCR.. Sebab dy hijauu...hehe

Okey..Ni je yang aku mampu describe serba sedikit.


Yang aku nak tag adalah
misznadea
mrkerro
thecrowempire



Andainya lelaki tahu~



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala di hatinya. Adaha lelaki memiliki sifat yang sama??

Andai lelaki tahu..
Jika seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi tidak mengalirkan air mata. Maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya. Sememangnya jiwa mereka sensitive dan halus.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Bukan menyesali takdir tetapi cuba mententeramkan diri.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.. Inilah sebenarnya dugaan dalai percintaan.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.. Dia mahu anda mengenali mereka secara mendalam.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.. Mampukah lelaki terima??

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Setiap masa memikirkan apa yang sedang anda lakukan.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Cukup dengan permohonan maaf yang ikhlas.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Dia mahu lontarkan kata-kata melalui alunan jiwa.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Lelaki pula bagaimana??

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi renunglah kata-kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Ingatlah sukar bagi lelaki meneruskan hidup tanpa wanita, namun wanita mampu hidup tanpa lelaki.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Yakinlah dengan kata-kata bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita disebaliknya.

Terimalah dia seadanya..kerana tak mungkin ada manusia yang sempurna..



Dipetik dari : Info from here. Adamnarzuan